Sabtu, 23 Ogos 2014

Adakah Supplement Membanyakkan Susu?

Assalamualaikum wbt.

Teks : Nor Atiqah Hamidi

Alhamdullillah, syukur pada Allah. Dapat juga bersiaran setelah lama menyepi. Entry kali ini akan membincangkan dan menerangkan kepada ibu-ibu diluar sana mengenai lambakan supplement yang sangat banyak di pasaran sekarang. Saya sering mendapat pertanyaan di FB mengenai susu ibu dan supplement.
Saya ingin bertanya kepada ibu-ibu, adakah supplement penting kepada ibu-ibu yang menyusukan?. Adakah ibu-ibu yang menyusukan perlu mengambil supplement untuk membanyakkan susu?.

Jawapan saya adalah TIDAK. Kenapa?

Susu ibu semenangnya sudah ada dan cukup untuk bayi kita. Tetapi disebabkan kerisauan dan kebimbangan kita akan sentiasa berfikir sama ada susu kita cukup untuk anak. Betul tak ibu-ibu sekalian. Allah menjadikan susu ibu cukup untuk anak. Tidak berlebihan dan tidak berkurang. Asalkan ibu percaya dengan kuasa Allah. Tidak perlu susu sampai penuh 1 peti ais. Cukuplah sekadar susu CUKUP untuk anak. Rezeki setiap orang itu tidak sama bukan. Ada yang Allah beri macam ini. Ada yang macam itu. Maka bersyukurlah atas setiap rezeki yang Allah kurniakan. Bukankah susu ibu juga rezeki?

Kebanyakkan mereka yang mahu atau sudah mengambil supplement akan menganggap susu akan banyak dalam sekelip mata berikutan testimoni-testimoni yang diberikan. Rujuk kembali artikel saya mengenai konsep utama penyusuan iaitu Supply Vs Demand di sini. Fahamkan bagaimana mahu membanyakkan susu dengan mengikut konsep supply vs demand. Bagaimana ibu-ibu mahu membanyakkan susu jika ibu-ibu tidak mengepam dan menyusukan bayi?. Hanya bergantung kepada suppment sahaja?. Tidak sama sekali. Jika mahu susu cukup untuk bayi jaga betul-betul konsep supply vs demand ini. Jika dalam sehari ibu-ibu tidak berjaya mendapat hasil yang sepatutnya, bangunlah pada waktu malam untuk mencukupkan susu untuk anak. Korbankan waktu tidur jika mahu anak mendapat makanan yang terbaik.

Jika diperhatikan betul-betul, pengambilan supplement tidak membantu dalam membanyakkan susu. Supplement hanya menjadikan tubuh badan ibu sihat dan bertenaga dalam seharian. Susu banyak atau sikit tidak ada kena mengena dengan supplement. Mengapa saya berkata sedemikian?. Saya dulu adalah pemgambil supplement. Hinggalah suatu hari saya berfikir, adakah jika saya berhenti mengambil supplement susu saya akan berkurang?. Jawapannya TIDAK. Susu saya masih ada. Masih cukup untuk Eryna.

Saya membuat kajian dan membaca di blog dan buku-buku mengenai pemakanan susu ibu. Rupanya makanan dalam seharian kita sudah mencukupi seandainya kita menjaga makanan dengan sebetulnya. Tidak perlu supplement. Hanya dengan memakan makanan yang berkhasiat dan berdasarkan kepada piramid makanan kita sudah mendapat khasiat yang cukup. Jika kita sudah mendapat khasiat yang cukup dari makanan maka susu kita akan cukup untuk anak. Tidak perlu sebarang supplement pun.



Insyaallah saya akan membuat satu entry khas mengenai permakanan ibu-ibu yang menyusu di entry akan datang. Disini saya ingin memberitahu kepada ibu-ibu sekalian bahawa Supplement tidak membantu dalam membanyakkan susu jika ibu-ibu tidak konsisten mengepam dan menyusukan bayi secara terus. Supplement menbantu untuk memberi khasiat yang sepatutnya kepada badan supaya tubuh badan seseorang itu sihat dan bertenaga sepanjang hari.

Tidak perlu supplement untuk banyakkan susu. Cukuplah sekadar menjaga pemakanan seharian dan berdoalah kepada ALLAH dengan sesungguhnya supaya susu kita cukup untuk bayi.

Salam Sayang,
Nor Atiqah Hamidi