Rabu, 15 April 2015

Penggunaan Botol Susu Ketika Berpantang

Asslamualaikum.

Teks : Nor Atiqah Hamidi



Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Alhamdullillah, syukur pada Allah. Masih diberi nikmat untuk berada dibumi. Masih diberi kesempatan untuk terus menyusukan puteri kesayangan saya. Semoga perjalanan penyusuan ibu-ibu semua dipermudahkan dan berjaya hingga ke dua tahun.

Entry kali ini akan menceritakan mengenai penggunaan botol susu dan puting kosong ketika berpantang. Seeloknya jika bayi masih berumur sebulan dan kebawah, berilah susu secara terus dari payudara. Tepikan dahulu botol susu dan puting kosong yang berlambak dalam pasaran. Saya faham ada ibu-ibu yang risau anak akan menolak puting botol setelah ibu kembali bekerja. Tetapi bukankah kita diberi cuti dua bulan dan lebih selepas melahirkan?. Jadi ambillah sebanyak masa yang ada untuk menyusukan bayi secara terus.

Apabila kita memberi susu ibu secara terus dari payudara, ianya berbeza dari kita memberi susu ibu perahan melalui botol. Ini kerana bayi perlu menstimulasikan payudara sebelum susu dikeluarkan. Ketika stimulasi ini, bayi seakan mengurut payudara ibu sebelum susu dikeluarkan. Selepas susu ada, bayi akan menghisap dan menelan susu. Ini berbeza dengan pemberian susu melalui botol susu dimana bayi akan terus menghisap dan menelan susu.

Bayi akan berusaha dahulu sebelum berjaya menghisap susu jika kita menyusukan bayi secara terus. Bayi akan menggunakan lebih 60 kali pergerakan otot berbanding menyusu melalui botol. Inilah sebabnya bayi akan mudah mengalami keliru puting dan akhirnya menolak penyusuan secara terus. Penggunaan botol akan MUDAH untuk bayi, Bukankah manusia suka yang mudah? Bila sudah dapat yang MUDAH, maka yang SUSAH akan ditolak. Inilah yang terjadi sekiranya kita hanya menyusukan anak melalui botol terlalu awal.

Bagaimana kita mahu memastikan susu kita cukup hingga anak beusia 2 tahun tanpa menyusu secara terus ke payudara?. Inilah dilema yang sering berlaku apabila anak dikenalkan botol terlalu awal. Kita kena sentiasa mengepam bagi memastikan susu mencukupi untuk anak. Anda akan bergelar pengepam tegar. Jadi, berusahalah untuk menyusukan anak secara terus seawal kelahiran lagi. Perkenalkan botol susu secara berperingkat. Saya akan bercerita bagaimana untuk memperkenalkan botol susu kepada baby di entry akan datang. InsyaAllah.

Bagaimana kita mahu menyusukan secara terus jika bayi mengelak untuk menyusu secara terus?

  1. Buat skin to skin. Buka baju baby dan tinggalkan pampers sahaja. 
  2. Lekapkan payudara pada baby. Buat dengan kerap.
  3. Duduk dalam bilik yang senyap dan tenang
  4. Cakap perlahan dengan baby. 'Menyusu secara terus ye dengan ibu'
  5. Suakan nipple apabila baby mamai terutamanya ketika bangun tidur dan sebelum tidur.
  6. Banyakkan berdoa. 

Anda boleh mencari imfo mengenai relaktasi ini didalam internet. Ada banyak info yang berguna. Nasihat saya, susukanlah anak secara terus sepuasnya TANPA botol selama sebulan. Selepas itu barulah kita perkenalkan botol secara berperingkat. Proses mengajar anak minum melalui botol adalah satu pembelajaran. Jadi ajarkan secara perlahan. InsyaAllah anda akan berjaya.

Salam susu ibu,
Nor Atiqah Hamidi