Isnin, 22 Mei 2017

Dodol Gula Kabung Kak Mahani

Teks : Nor Atiqah Hamidi
Foto : Nor Atiqah Hamidi



Dodol adalah makanan tradisi masyarakat Melayu sejak zaman dahulu lagi. Terdapat berbagai jenis dodol adalah dalam pasaran Malaysia. Kali ini saya mahu cerita mengenai Dodol Gula Kabung Kak Mahani. Dodol ini dihasilkan oleh mak mertua saya iaitu Puan Maharani di Jerantut Pahang. 

Di Pahang gula kabung adalah pemanis yang sering digunakan seperti mana Gula Melaka yang ada di Melaka. Gula Kabung diperolehi dari nira pokok kabung. Rasa gula kabung dan gula melaka adalah beza sama sekali. Harga gula kabung juga berbeza mengikut tempat dan lokasi.



Bahan utama yang digunakan untuk membuat dodol adalah beras pulut, santan dan gula kabung. Masih menggunakan kaedah tradisional dalam proses mengacau dodol. Saya pernah tanya kepada Mak untuk menggunakan mesin dan Mak jawab mesin dodol tidak dapat kacau dodol hingga ke bawah kuali dan boleh menyebabkan dodol hangit. Kebiasaannya masa yang diperlukan adalah sekitar 2 jam dan keatas bergantung pada berat dodol yang dibuat.

Keistimewaan Dodol Gula Kabung Kak Mahani adalah tiada pengawet. Jadi rasa masih asli namun tidak boleh bertahan lama. Jangka masa Dodol sekitar 4 ke 5 hari sahaja. Selalunya tak sampai 4 hari sudah habis dimakan kerana tekstur dodol yang lembut dan mudah dikunyah membuatkan sesiapa yang makan tidak boleh berhenti. 



Nak tahu lebih lanjut boleh tengok di sini - https://www.facebook.com/DodolGulaKabungKakMahani/ 

Nak tempah Dodol Gula Kabung Kak Mahani untuk lebaran boleh terus berhubuung dengan 
Encik Izzul. Whatsapp 013-7783023

Jumaat, 19 Mei 2017

Rambut dan Wanita

Teks : Atiqah Hamidi
Foto ; Google

Bila bercerita pasal rambut ramai pandang sebelah mata. Maklum lah rambut tersembunyi dibalik tudung. Orang tak nampak pun rambut kita. Kita rasa rambut ok, sebenarnya rambut dah bermasalah. Hinggalah bila rambut betul-betul dah merajuk baru kita kelam kabut.


Penjagaan rambut sama pentingnya dengan penjagaan muka. Muka perlu ada serum, pembersih, pelembap dan sebagainya. Mak rambut juga perlu serum, pembersih, penyegar dan sebagainya. Namun kadangkala kita tak kisah mengenai perawatan rambut kerana kita anggap bila shampoo rambut dah sihat dan okey.

Satu perkara basic yang kita semua kena ambil tahu adalah perihal Shampoo rambut. Shampoo rambut hanya membersihkan rambut seperti pemcuci muka membersihkan muka. Itu sahaja. Shampoo rambut akan membersihkan segala kotoran dan minyak yang ada pada rambut dan kulit kepala. Cara terbaik untuk shampoo rambut adalah bila shampoo urut sekali dengan kulit kepala. Ini untuk memastikan darah dapat mengalir dengan baik.

Seeloknya untuk wanita yang berambut panjang melepasi bahu, anda kena shampoo setiap hari. Manakala untuk wanita berambut pendek sekurang-kurangnya dua hari sekali.

Perlu diingat ya. Shampoo hanya membersihkan. Nak rambut cantik, kuat dan sihat perlu penjagaan tambahan. Sebaiknya kita sebagai wanita bertudung, pakai tudung selepas rambut kering. Boleh gunakan hair dryer jika tak sempat. Elakkan pakai tudung ketika rambut basah. Ini boleh menyebabkan kulit kepala berpeluh lalu terjadi rambut berbau kepam.

Sekian perkongsian mengenai rambut untuk kali ini.
Jumpa lagi di entry seterusnya.

Salam Sayang,
MummyTiqa

Mak.. I LOVE YOU

Teks : Nor Atiqah Hamidi

Assalamualaikum WBT

Rasanya baru beberapa hari lepas kita sambut Hari Ibu. Hari untuk mengenang dan memperingati jasa pengorbanan seorang ibu. Saya masih punya Mak. Mak saya seorang guru. Dalam banyak-banyak kenangan dengan Mak ada satu kenangan yang saya tak boleh lupa sampai bila-bila. Ketika Mak disahkan menghidap Kanser Rahim pada tahun 2015.

Ketika itu saya masih di Pasir Gudang dan bekerja. Mak datang bersama Abah dan adik untuk ke kenduri saudara kami. Ketika dalam perjalanan, tiba-tiba Mak mengadu sakit perut. Kami segera ke klinik berhampiran dan diberitahu Mak ada gastrik. Kami terus pulang dan Mak masih sakit perut. Kemudian Mak terus ke Hospital Kluang untuk terima rawatan lanjut. 

Ketika itu saya dah pelik. Tapi disebabkan saya tiada background medical, susah untuk teka apa puncanya dan kenapa. Hinggalah suatu hari saya singgah di satu klinik untuk jumpa doktor. Mahu google pun tak tahu nak google apa. Cerita dan cerita akhirnya doktor bagitahu Mak MUNGKIN ada kanser. Saya terkejut dan dalam perjalanan balik saya menangis. Saya call suami dan suami kata apa-apa kita tunggu Mak kata apa. Jangan buat andaian sendiri. Dan selepas itu Mak senyap dan saya anggap andaian doktor itu salah.

Hinggalah suatu hari Mak bagitahu doktor Hospital Kluang dah confirmkan Mak ada Kanser Hati tahap 4. Remuk luluh hati saya. Betul lah tekaan doktor hari itu. Tak lama lepas tu Mak call lagi bagitahu yang sebenarnya Mak ada Kanser Rahim dan sel kanser dah merebak ke hati. Satu tarikh diberi untuk buat pembedahan dan selepas pembedahan Mak akan buat rawatan Chemoteraphy pula.

Saya lihat Mak tak sedih. Apa yang Mak cakap ketika itu adalah 
'Dah lama Allah bagi nikmat sihat. Kali ni Allah bagi sakit pula.Terima je la. Nak sedih buat apa. Lagi ramai orang kat luar tu yang Allah uji.'

ALLAH. Kuatnya Mak.

Ketika ini adik saya tidak tahu perihal Mak. Hinggalah bila Mak check-in di HSI barulah adik saya diberitahu. Ketika ini adik saya dua orang di KL sambung belajar dan lagi 2 masih bersekolah. Kami 5 beradik. Adik saya di IMU ambil cuti dua minggu untuk jaga Mak lepas pembedahan. Setiap hari saya akan lawat Mak dan adik. Hampir dua minggu Mak di HSI sebelum dibenarkan pulang. 

Perjalanan kanser Mak belum berakhir lagi selepas keseluruhan rahim terpaksa dibuang lantaran disitulah punca kanser. Mak kena buat chemotheraphy pula selepas itu. Pengalaman lihat Mak chemotheraphy saya tulis dientry yang lain ya..

Sayangilah Mak sementara kita masih ada Mak.
Mak adalah syurga kita didunia. 

Selamat hari Ibu untuk Ibu-Ibu sekalian.

Salam Sayang,
MummyTiqa


Khamis, 18 Mei 2017

Seronok ke Berniaga Dari Rumah?

Assalamualaikum WBT

Teks : Atiqah Hamidi

Sebelum berhenti kerja saya merasakan bisnes dan duduk rumah itu suatu yang best dan mudah. Ye la. Tak payah nak bangun pagi kelam kabut hantar anak ke rumah pengasuh, tak kena hadap jem, tak perlu berkejar jalan laju-laju nak punch kad dan macam-macam lagi. Hakikatnya bergelar seoarang WAHM sangat mencabar. Lagi bila anak sedang membesar.

Bila bekerja kita hanya fokus pada kerja dan pulang kerumah jam 5. Tidak perlu fikir pukul berapa nak mandikan anak, nak masak makanan anak, nak update status pukul berapa dan sebagainya. Disinilah pentingnya pengurusan masa. Langkah terbaik tetapkan satu jadual yang MESTI kita patuhi supaya semua perkara berjalan dengan lancar dan teratur.

Lumrah manusia adakalanya semangat tinggi meroket dan tiba-tiba semangat jatuh merudum. Seingat saya hampir 2 kali saya mengalami fasa down ini. Lagi sekali pentingnya rakan-rakan yang boleh naikkan kembali semangat kita. Walaupun hanya dalam medium Whatsapp dan Telegram. Namun sedikit sebanyak dapat membantu menaikkan kembali semangat kita.

Jangan tak tahu ye ramai sudah suri dari rumah yang berjaya pegang tittle JUTAWAN. Contoh Puan Dila Mubarak founder Mamadil, Puan Erna founder Dexandra, Puan Eida Hassan founder Ehps, Puan Fellina founder Raffelinna. Semuanya bermula dari bisnes kecail kemudian berkembang menjadi besar dan alhamdullillah berjaya. Jadikan semangat dan kekuatan mereka sebagai dorongan untuk kita berjaya dimasa akan datang.

Bisnes online sekarang sudah mudah. Pelbagai medium boleh diteroka. Untuk permulaan kita boleh pilih yang free cost seperti Facebook, Instagram, Blog, Wechat dan sebagainya. Bisnes itu mudah bila kita ada ilmu. Jadi bila sudah sudah ada wang yang cukup boleh masuk kelas marketing sama ada yang berbayar atau free. Banyak kelas marketing yang ada untuk kita tingkatkan ilmu dan tambah lebih pendapatan. 

Itu sahaja untuk kali ini.
Jumpa lagi di entry akan datang.

Salam Sayang,
Mummy Tiqa