Jumaat, 16 Oktober 2015

E-Book Akademi Bekerja Di Rumah

Teks : Nor Atiqah Hamidi
Gambar : Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR)

Assalamualaikum WBT

Selain dari kelas online yang dijalankan, ABDR juga ada mengeluarkan E-book sendiri. Semua e-book ditulis oleh Puan Masayu Ahmad. Matlamat penulisan e-book ini adalah sebagai panduan kepada suri yang mahu bekerja di rumah. Ini adalah sebagai permulaan kepada impian suri untuk bekerja di rumah. Kebanyakkan isi kandungan adalah dari penceritaan kami sebagai alumni ABDR yang sudah mula bekerja dari rumah.

Di bawah ini adalah sebahagian dari e-book yang sudah dikeluarkan. Terdapat juga e-book yang sedang diterbitkan. 

Ebook Mula Bisnes Butik


E-book ini memberi panduan kepada bakal pemilik butik bagaimana mahu memulakan bisnes butik. Turut ditekankan adalah bagaimana mahu memilih produk yang sesuai dan kategori yang boleh dipecahkan dari kategori tersebut. Contohnya pakaian kanak-kanak, banyak kategori yang boleh dipecahkan iaitu, barang kelengkapan kelahiran, pakaian kanak-kanak mengikut usia, pakaian tidur kanak-kanak lelaki dan perempuan, barangan kelengkapan penyusuan eksklusif, barangan bahan bacaan awal kanak-kanak berusia 1,2,3 tahun.


Ebook Belajar Asas Blog


E-book ini merupakan ibarat buku teks bagi kami alumni ABDR. E-book ini adalah sebagai rujukan kepada penghasilan blog. Bagaimana mahu menghasilkan blog yang disukai pembaca dan blog yang mencapai capaian tinggi dalam carian Google. Turut difokuskan adalah bagaimana mahu konsisten mendapat idea dan input untuk terus konsisten menulis blog berdasarkan tajuk utama blog. Kami akan diberi tugasan untuk diselesaikan sebelum berjaya diangkat sebagai alumni ABDR. 

Ebook Super Wahm Super Mom


E-book ini menceritakan pengalaman ibu-ibu yang telah berjaya berhenti kerja dan menjadi Work at home mother (WAHM). Ini merupakan naskah yang perlu dibaca dan ditelaah sekiranya kalian berniat untuk berhenti kerja. Sejujurnya bekerja dari rumah bukanlah perkara senang. Ada cabaran dan liku-liku yang lebih mencabar akan ditempuhi. Paling utama adalah dapatkan sokongan dari suami. Mintalah pertolongan dari Allah supaya diberikan petunjuk. Kemudian sertai mana-mana kumpulan sokongan supaya kita bersedia dan berkongsi cerita yang sama. Dengan kecanggihan teknologi peluang untuk menjadi WAHM amat terbuka luas. Bacalah naskah menarik ini. 

Ebook Rahsia Khidmat Pelanggan


E-book ini khusus bagi usahawan online untuk lebih memahami mengenai pelanggan. Bagaimana mahu memantapkan khidmat pelanggan iaitu cara kita berkomunikasi dengan pelanggan agar pelanggan suka dan mempercayai bisnes kita. Ini kerana bisnes online sangat memerlukan kepercayaan dan ketelusan dari kedua belah pihak. 


Ebook 10 Langkah Mudah Bina Kedai Online


Ebook ini memberi panduan bagaimana untuk memulakan kedai online dengan cara yang mudah. Kita tidak perlu terlalu bergantung kepada FB untuk menjual. Terdapat pelbagai medium yang lain contohnya blog. Belajar bagaimana blog boleh dijadikan kedai online lengkap tanpa perlu mengeluarkan modal. Belajar dulu asas menjual menggunakan medium percuma sebelum beralih ke medium berbayar seperti website e-commerce. Selain itu juga, kita boleh memulakan bisnes dengan dropship. Sekarang sudah banyak pengusaha menjadikan dropship untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka. 

Ebook Panduan Berpantang


Berpantang selepas melahirkan dianggap kolot dan leceh oleh sesetengah wanita. Ini kerana kurangnya maklumat serta cerita yang tidak enak kedengaran bilamana berpantang. Kebanyakkan amalan berpantang sudah dimulai sejak berzaman-zaman dahulu lagi. Jadi untuk anda yang sedang hamil, wajib memiliki naskah ini agar anda bersedia untuk melalui 44 hari berpantang. Pantanglah dengan bersungguh-sungguh kerana badan kita mahu digunakan lagi selepas ini. Jaga diri agar keluarga terpelihara.


Ebook Resepi Berpantang



Kebanyakkan wanita berpantang akan keliru mengenai menu pemakanan. Seringkali wanita berpantang akan kehilangan selera untuk makan lantaran menu yang sama setiap hari. Jadi, ebook ini amat sesuai dijadikan panduan pemakanan ketika berpantang. Bukan semua masakan kita boleh makan. Ada masakan yang perlu dijauhi sementara berpantang. Malah terdapat juga makanan berpantang yang boleh melancarkan pengeluaran susu ibu. Sejujurnya masakan berpantang senang untuk dimasak. Namun perlu idea dan tunjuk ajar apa yang perlu dimasak supaya ibu bertenaga ketika berpantang. Dapatkan naskah istimewa ini untuk memudahkan urusan anda berpantang. 

Ebook Yeay Mama Sudah Resign


'Resign' adalah perkara yang bakal merubah banyak benda dalam kehidupan suri bekerjaya. Walaupun nampak mudah, namun tidak semua mampu menghadapi cabaran dan dugaan yang datang selepas meletak jawatan. Jadi, ebook ini dihasilkan khas buat suri yang masih tercari peluang dan langkah sebelum meletak jawatan. Baca perkongsian mereka yang sudah meletak jawatan agar kita terinspirasi. Namun, sebelum meletak jawatan rangkalah matlamat dan tujuan sebenarnya agar kita tahu apa perlu dibuat setelah meletak jawatan. 

Ebook 101 Idea Home Based Bisnes
KLIK SINI UNTUK LEBIH LANJUT


Apa yang saya mahu buat setelah berhenti kerja?
Saya tiada kemahiran memasak atau menjahit. Bagaimana saya mahu menjana pendapatan?
Soalan ini kerap menjadi tanda soal kepada suri yang mahu menjana pendapatan sama ada secara sampingan mahupun sepenuh masa. Tidak semestinya anda mahu menjual pakaian anda perlu belajar menjahit. Malah, jika anda mahu menjual roti, tidak perlu pandai untuk membuat roti. Peluang dan langkah-langkah untuk memulakan perniagaan ini amat senang di zaman ini. Anda hanya perlu belajar untuk menjual. Dapatkan berbagai idea yang boleh menjana pendapatan melalui ebook ini. Malah idea yang diketengahkan kita sendiri tidak terfikir. Kita juga boleh menggunakan kemahiran dan kepakaran sedia ada untuk menjana pendapatan. Dunia kan di hujung jari. 

Ini adalah antara ebook yang sudah dipasarkan dalam Akademi Bekerja Di Rumah. Jika anda berminat anda boleh dapatkan ebook ini melalui saya. Jangan malu, jangan segan untuk whatApp ya.

Salam Sayang,
Nor Atiqah Hamidi






Selasa, 6 Oktober 2015

Saya mahu jadi WAHM

Saya mahu jadi WAHM



Teks : Nor Atiqah Hamidi

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Semua ibu-ibu mahu duduk dirumah sambil menguruskan rumahtangga. Saya pasti semua ibu berimpian begitu. Saya juga berperasaan sebegitu. Terutamanya selepas melahirkan Eryna. Sedih bila memikirkan anak yang ditinggalkan bersama pengasuh. Namun untuk berhenti kerja secara mendadak adalah mustahil.

Saya mula bercita-cita untuk menjadi WAHM selepas saya membaca satu artikel mengenai wanita berkerja di Facebook karangan Warga Prihatin. Sangat tersentuh bila membacanya. Ketika itulah saya mula memikirkan untuk berhenti kerja. Namun masih belum tercapai. Akhirnya pada bulan Disember 2013 suami saya ditugaskan ke Kuala Lumpur. Bermulalah detik kami sebagai suami isteri yang berjauhan. Ketika itu Eryna berumur 6 bulan. Saya rasa ramai isteri yang memahami keadaan saya bukan?

Saya menyertai ABDR pada bulan February di bawah bimbingan Puan Nisa. Saya belajar bagaimana untuk berniaga. Ketika itu saya sudah menyertai dropship baju muslimah. Saya mula menambah kenalan di Facebook. Saya follow mereka yang sudah Berjaya dalam bisnes. Antaranya Puan Ainon, Tuan Faisal Ahmad, Tuan Aqif Azizan. Setiap yang mereka catatkan di wall facebook saya screenshot. Saya simpan dan baca semula bila ada ruang dan peluang. Maka lahirlah www.noratiqahamidi.blogpsot.com

Akhirnya selepas setahun memendam hasrat untuk menjadi WAHM, tanggal 1 Mac 2015 saya sudah meletakkan jawatan pelukis pelan yang saya sandang selama 6 tahun. Biarlah tugas mencari rezeki diberikan seratus peratus kepada suami. Saya mahu duduk di rumah dan membesarkan anak. Teringat kata kawan saya. Anak akan rapat dengan kita sebelum usia 6 tahun. Selepas usia 6 tahun anak akan kenal dengan kawan-kawan dan akhirnya renggang dengan ibubapa. Maka sebelum usia 6 tahun, sentiasalah berada disisi anak untuk melihat anak membesar.

Namun duduk dirumah bukanlah maksudnya duduk goyang kaki sahaja. Saya mahu berbisnes. Saya mahu memajukan ekonomi umat islam. Saya mahu mejadi peniaga yang berjaya seperti bangsa lain. Saya mahu menolong suri yang bekerja untuk sama-sama menjadi WAHM. Anda boleh mulakan berniaga sekarang. Ya, sekarang. Sudah banyak medium pemasaran percuma yang anda boleh gunakan. Antaranya Blogspot, Fanpage Facebook, Instagram, Twitter dan pelbagai lagi. Fikir apa yang orang mahu beli dan anda ada kepakaran untuk membuatnya. Contoh kek dan roti. Sentiasa ada pemintaan dipasaran. Jika anda minat menjahit, hasilkan sesuatu dan jual di Facebook.

Perkara paling penting dalam membuat keputusan untuk berhenti kerja adalah restu suami dan pertolongan dari Allah. Sentiasa berdoa agar kita boleh menjana pendapatan dari rumah. Perbaiki hubungan dengan Allah. Sentiasa amalkan Solat Sunat Dhuha supaya rezeki kita dibuka seluasnya. Jangan takut untuk berhenti kerja. Allah yang memberi rezeki. Maka mintalah dengan Allah. Allah yang mendorong hati orang untuk membeli dengan kita. Maka, jaga hubungan kita denganAllah.

Pastikan sebelum berhenti anda sudah ada pelan dan tindakan. Jangan pula bila sudah berhenti baru tercari hala tujuan kita. Ketika bekerja pastikan kita sedia untuk melaburkan duit bagi mencari ilmu dan mentor. Supaya apabila sudah berhenti kita betul-betul bersedia. Jangan berkira untuk membeli produk-produk ilmu yang banyak dipasaran. Ada e-book, buku fizikal, kelas online, seminar dan pelbagai lagi. Tetapi jangan pula produk ilmu tersebut disimpan sahaja. Baca dan amalkan. insyaAllah kita akan belajar banyak perkara.

Saya mula bisnes tshirt muslimah dengan menggunakkan blogspot dan fanpage Facebook. Mengapa fanpage? Fanpage adalah medium untuk kita mempromosikan produk kita. Kita war-warkan mengenai bisnes kita melalui fanpage. Kemudian saya buat blog mengenai tshirt muslimah saya. Ramai juga yang bertanya kerana blog adalah medium yang bagus untuk menceritakan mengenai produk kita. Malah blog senang dicari di google. Boleh terus ke www.pretty-muslimah-house.blogpsot.com

Setelah setahun menggunakan medium fanpage dan blogspot, saya beralih kepada laman web berbentuk e-commerce. E-commerce adalah sebuah laman web yang memaparkan produk dan terus sahaja boleh dibeli. Stok dan segala maklumat sudah ada. Ini memudahkan bakal pembeli untuk terus membeli tanpa perlu whatsapp atau pm.  Jemput singgah ke www.airyna.com. Sebenarnya dari mula berniaga lagi saya sudah mahu membuat kedai online sendiri. Tetapi kekangan modal membuatkan niat itu berlalu begitu sahaja. Alhamdullillah saya sudah ada kedai online saya sendiri. Satu persatu pelan tindakan saya mula berhasil.

Jika ada antara suri yang mahu menjadi WAHM, bertindaklah sekarang. Beranikan diri untuk menjual. Belajar bagaimana untuk menjual secara dalam talian. Tidak perlu ambil stok. Mulakan dengan peniagaan tanpa modal atau modal yang sikit.

Sekian,

Nor Atiqah Binti Hamidi