Jumaat, 6 November 2015

Pakej Single Breastpump


Pakej Single Breastpump












Sebarang persoalan boleh SMS/WhatsApp 0137793014

Jika ingin membeli Klik SINI
Masukkan maklumat yang diperlukan dan tunggu saya balas.


Jumaat, 16 Oktober 2015

E-Book Akademi Bekerja Di Rumah

Teks : Nor Atiqah Hamidi
Gambar : Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR)

Assalamualaikum WBT

Selain dari kelas online yang dijalankan, ABDR juga ada mengeluarkan E-book sendiri. Semua e-book ditulis oleh Puan Masayu Ahmad. Matlamat penulisan e-book ini adalah sebagai panduan kepada suri yang mahu bekerja di rumah. Ini adalah sebagai permulaan kepada impian suri untuk bekerja di rumah. Kebanyakkan isi kandungan adalah dari penceritaan kami sebagai alumni ABDR yang sudah mula bekerja dari rumah.

Di bawah ini adalah sebahagian dari e-book yang sudah dikeluarkan. Terdapat juga e-book yang sedang diterbitkan. 

Ebook Mula Bisnes Butik


E-book ini memberi panduan kepada bakal pemilik butik bagaimana mahu memulakan bisnes butik. Turut ditekankan adalah bagaimana mahu memilih produk yang sesuai dan kategori yang boleh dipecahkan dari kategori tersebut. Contohnya pakaian kanak-kanak, banyak kategori yang boleh dipecahkan iaitu, barang kelengkapan kelahiran, pakaian kanak-kanak mengikut usia, pakaian tidur kanak-kanak lelaki dan perempuan, barangan kelengkapan penyusuan eksklusif, barangan bahan bacaan awal kanak-kanak berusia 1,2,3 tahun.


Ebook Belajar Asas Blog


E-book ini merupakan ibarat buku teks bagi kami alumni ABDR. E-book ini adalah sebagai rujukan kepada penghasilan blog. Bagaimana mahu menghasilkan blog yang disukai pembaca dan blog yang mencapai capaian tinggi dalam carian Google. Turut difokuskan adalah bagaimana mahu konsisten mendapat idea dan input untuk terus konsisten menulis blog berdasarkan tajuk utama blog. Kami akan diberi tugasan untuk diselesaikan sebelum berjaya diangkat sebagai alumni ABDR. 

Ebook Super Wahm Super Mom


E-book ini menceritakan pengalaman ibu-ibu yang telah berjaya berhenti kerja dan menjadi Work at home mother (WAHM). Ini merupakan naskah yang perlu dibaca dan ditelaah sekiranya kalian berniat untuk berhenti kerja. Sejujurnya bekerja dari rumah bukanlah perkara senang. Ada cabaran dan liku-liku yang lebih mencabar akan ditempuhi. Paling utama adalah dapatkan sokongan dari suami. Mintalah pertolongan dari Allah supaya diberikan petunjuk. Kemudian sertai mana-mana kumpulan sokongan supaya kita bersedia dan berkongsi cerita yang sama. Dengan kecanggihan teknologi peluang untuk menjadi WAHM amat terbuka luas. Bacalah naskah menarik ini. 

Ebook Rahsia Khidmat Pelanggan


E-book ini khusus bagi usahawan online untuk lebih memahami mengenai pelanggan. Bagaimana mahu memantapkan khidmat pelanggan iaitu cara kita berkomunikasi dengan pelanggan agar pelanggan suka dan mempercayai bisnes kita. Ini kerana bisnes online sangat memerlukan kepercayaan dan ketelusan dari kedua belah pihak. 


Ebook 10 Langkah Mudah Bina Kedai Online


Ebook ini memberi panduan bagaimana untuk memulakan kedai online dengan cara yang mudah. Kita tidak perlu terlalu bergantung kepada FB untuk menjual. Terdapat pelbagai medium yang lain contohnya blog. Belajar bagaimana blog boleh dijadikan kedai online lengkap tanpa perlu mengeluarkan modal. Belajar dulu asas menjual menggunakan medium percuma sebelum beralih ke medium berbayar seperti website e-commerce. Selain itu juga, kita boleh memulakan bisnes dengan dropship. Sekarang sudah banyak pengusaha menjadikan dropship untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka. 

Ebook Panduan Berpantang


Berpantang selepas melahirkan dianggap kolot dan leceh oleh sesetengah wanita. Ini kerana kurangnya maklumat serta cerita yang tidak enak kedengaran bilamana berpantang. Kebanyakkan amalan berpantang sudah dimulai sejak berzaman-zaman dahulu lagi. Jadi untuk anda yang sedang hamil, wajib memiliki naskah ini agar anda bersedia untuk melalui 44 hari berpantang. Pantanglah dengan bersungguh-sungguh kerana badan kita mahu digunakan lagi selepas ini. Jaga diri agar keluarga terpelihara.


Ebook Resepi Berpantang



Kebanyakkan wanita berpantang akan keliru mengenai menu pemakanan. Seringkali wanita berpantang akan kehilangan selera untuk makan lantaran menu yang sama setiap hari. Jadi, ebook ini amat sesuai dijadikan panduan pemakanan ketika berpantang. Bukan semua masakan kita boleh makan. Ada masakan yang perlu dijauhi sementara berpantang. Malah terdapat juga makanan berpantang yang boleh melancarkan pengeluaran susu ibu. Sejujurnya masakan berpantang senang untuk dimasak. Namun perlu idea dan tunjuk ajar apa yang perlu dimasak supaya ibu bertenaga ketika berpantang. Dapatkan naskah istimewa ini untuk memudahkan urusan anda berpantang. 

Ebook Yeay Mama Sudah Resign


'Resign' adalah perkara yang bakal merubah banyak benda dalam kehidupan suri bekerjaya. Walaupun nampak mudah, namun tidak semua mampu menghadapi cabaran dan dugaan yang datang selepas meletak jawatan. Jadi, ebook ini dihasilkan khas buat suri yang masih tercari peluang dan langkah sebelum meletak jawatan. Baca perkongsian mereka yang sudah meletak jawatan agar kita terinspirasi. Namun, sebelum meletak jawatan rangkalah matlamat dan tujuan sebenarnya agar kita tahu apa perlu dibuat setelah meletak jawatan. 

Ebook 101 Idea Home Based Bisnes
KLIK SINI UNTUK LEBIH LANJUT


Apa yang saya mahu buat setelah berhenti kerja?
Saya tiada kemahiran memasak atau menjahit. Bagaimana saya mahu menjana pendapatan?
Soalan ini kerap menjadi tanda soal kepada suri yang mahu menjana pendapatan sama ada secara sampingan mahupun sepenuh masa. Tidak semestinya anda mahu menjual pakaian anda perlu belajar menjahit. Malah, jika anda mahu menjual roti, tidak perlu pandai untuk membuat roti. Peluang dan langkah-langkah untuk memulakan perniagaan ini amat senang di zaman ini. Anda hanya perlu belajar untuk menjual. Dapatkan berbagai idea yang boleh menjana pendapatan melalui ebook ini. Malah idea yang diketengahkan kita sendiri tidak terfikir. Kita juga boleh menggunakan kemahiran dan kepakaran sedia ada untuk menjana pendapatan. Dunia kan di hujung jari. 

Ini adalah antara ebook yang sudah dipasarkan dalam Akademi Bekerja Di Rumah. Jika anda berminat anda boleh dapatkan ebook ini melalui saya. Jangan malu, jangan segan untuk whatApp ya.

Salam Sayang,
Nor Atiqah Hamidi






Selasa, 6 Oktober 2015

Saya mahu jadi WAHM

Saya mahu jadi WAHM



Teks : Nor Atiqah Hamidi

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Semua ibu-ibu mahu duduk dirumah sambil menguruskan rumahtangga. Saya pasti semua ibu berimpian begitu. Saya juga berperasaan sebegitu. Terutamanya selepas melahirkan Eryna. Sedih bila memikirkan anak yang ditinggalkan bersama pengasuh. Namun untuk berhenti kerja secara mendadak adalah mustahil.

Saya mula bercita-cita untuk menjadi WAHM selepas saya membaca satu artikel mengenai wanita berkerja di Facebook karangan Warga Prihatin. Sangat tersentuh bila membacanya. Ketika itulah saya mula memikirkan untuk berhenti kerja. Namun masih belum tercapai. Akhirnya pada bulan Disember 2013 suami saya ditugaskan ke Kuala Lumpur. Bermulalah detik kami sebagai suami isteri yang berjauhan. Ketika itu Eryna berumur 6 bulan. Saya rasa ramai isteri yang memahami keadaan saya bukan?

Saya menyertai ABDR pada bulan February di bawah bimbingan Puan Nisa. Saya belajar bagaimana untuk berniaga. Ketika itu saya sudah menyertai dropship baju muslimah. Saya mula menambah kenalan di Facebook. Saya follow mereka yang sudah Berjaya dalam bisnes. Antaranya Puan Ainon, Tuan Faisal Ahmad, Tuan Aqif Azizan. Setiap yang mereka catatkan di wall facebook saya screenshot. Saya simpan dan baca semula bila ada ruang dan peluang. Maka lahirlah www.noratiqahamidi.blogpsot.com

Akhirnya selepas setahun memendam hasrat untuk menjadi WAHM, tanggal 1 Mac 2015 saya sudah meletakkan jawatan pelukis pelan yang saya sandang selama 6 tahun. Biarlah tugas mencari rezeki diberikan seratus peratus kepada suami. Saya mahu duduk di rumah dan membesarkan anak. Teringat kata kawan saya. Anak akan rapat dengan kita sebelum usia 6 tahun. Selepas usia 6 tahun anak akan kenal dengan kawan-kawan dan akhirnya renggang dengan ibubapa. Maka sebelum usia 6 tahun, sentiasalah berada disisi anak untuk melihat anak membesar.

Namun duduk dirumah bukanlah maksudnya duduk goyang kaki sahaja. Saya mahu berbisnes. Saya mahu memajukan ekonomi umat islam. Saya mahu mejadi peniaga yang berjaya seperti bangsa lain. Saya mahu menolong suri yang bekerja untuk sama-sama menjadi WAHM. Anda boleh mulakan berniaga sekarang. Ya, sekarang. Sudah banyak medium pemasaran percuma yang anda boleh gunakan. Antaranya Blogspot, Fanpage Facebook, Instagram, Twitter dan pelbagai lagi. Fikir apa yang orang mahu beli dan anda ada kepakaran untuk membuatnya. Contoh kek dan roti. Sentiasa ada pemintaan dipasaran. Jika anda minat menjahit, hasilkan sesuatu dan jual di Facebook.

Perkara paling penting dalam membuat keputusan untuk berhenti kerja adalah restu suami dan pertolongan dari Allah. Sentiasa berdoa agar kita boleh menjana pendapatan dari rumah. Perbaiki hubungan dengan Allah. Sentiasa amalkan Solat Sunat Dhuha supaya rezeki kita dibuka seluasnya. Jangan takut untuk berhenti kerja. Allah yang memberi rezeki. Maka mintalah dengan Allah. Allah yang mendorong hati orang untuk membeli dengan kita. Maka, jaga hubungan kita denganAllah.

Pastikan sebelum berhenti anda sudah ada pelan dan tindakan. Jangan pula bila sudah berhenti baru tercari hala tujuan kita. Ketika bekerja pastikan kita sedia untuk melaburkan duit bagi mencari ilmu dan mentor. Supaya apabila sudah berhenti kita betul-betul bersedia. Jangan berkira untuk membeli produk-produk ilmu yang banyak dipasaran. Ada e-book, buku fizikal, kelas online, seminar dan pelbagai lagi. Tetapi jangan pula produk ilmu tersebut disimpan sahaja. Baca dan amalkan. insyaAllah kita akan belajar banyak perkara.

Saya mula bisnes tshirt muslimah dengan menggunakkan blogspot dan fanpage Facebook. Mengapa fanpage? Fanpage adalah medium untuk kita mempromosikan produk kita. Kita war-warkan mengenai bisnes kita melalui fanpage. Kemudian saya buat blog mengenai tshirt muslimah saya. Ramai juga yang bertanya kerana blog adalah medium yang bagus untuk menceritakan mengenai produk kita. Malah blog senang dicari di google. Boleh terus ke www.pretty-muslimah-house.blogpsot.com

Setelah setahun menggunakan medium fanpage dan blogspot, saya beralih kepada laman web berbentuk e-commerce. E-commerce adalah sebuah laman web yang memaparkan produk dan terus sahaja boleh dibeli. Stok dan segala maklumat sudah ada. Ini memudahkan bakal pembeli untuk terus membeli tanpa perlu whatsapp atau pm.  Jemput singgah ke www.airyna.com. Sebenarnya dari mula berniaga lagi saya sudah mahu membuat kedai online sendiri. Tetapi kekangan modal membuatkan niat itu berlalu begitu sahaja. Alhamdullillah saya sudah ada kedai online saya sendiri. Satu persatu pelan tindakan saya mula berhasil.

Jika ada antara suri yang mahu menjadi WAHM, bertindaklah sekarang. Beranikan diri untuk menjual. Belajar bagaimana untuk menjual secara dalam talian. Tidak perlu ambil stok. Mulakan dengan peniagaan tanpa modal atau modal yang sikit.

Sekian,

Nor Atiqah Binti Hamidi

Khamis, 17 September 2015

VIDEO (Khasiat Susu Ibu)

Assalamualaikum.

Mari kita bersama tonton video ini untuk memberi lebih pemahaman mengenai susu ibu. Semoga kita mendapat manfaat bersama.



Salam Sayang,
Nor Atiqah Hamidi

Rabu, 15 April 2015

Penggunaan Botol Susu Ketika Berpantang

Asslamualaikum.

Teks : Nor Atiqah Hamidi



Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Alhamdullillah, syukur pada Allah. Masih diberi nikmat untuk berada dibumi. Masih diberi kesempatan untuk terus menyusukan puteri kesayangan saya. Semoga perjalanan penyusuan ibu-ibu semua dipermudahkan dan berjaya hingga ke dua tahun.

Entry kali ini akan menceritakan mengenai penggunaan botol susu dan puting kosong ketika berpantang. Seeloknya jika bayi masih berumur sebulan dan kebawah, berilah susu secara terus dari payudara. Tepikan dahulu botol susu dan puting kosong yang berlambak dalam pasaran. Saya faham ada ibu-ibu yang risau anak akan menolak puting botol setelah ibu kembali bekerja. Tetapi bukankah kita diberi cuti dua bulan dan lebih selepas melahirkan?. Jadi ambillah sebanyak masa yang ada untuk menyusukan bayi secara terus.

Apabila kita memberi susu ibu secara terus dari payudara, ianya berbeza dari kita memberi susu ibu perahan melalui botol. Ini kerana bayi perlu menstimulasikan payudara sebelum susu dikeluarkan. Ketika stimulasi ini, bayi seakan mengurut payudara ibu sebelum susu dikeluarkan. Selepas susu ada, bayi akan menghisap dan menelan susu. Ini berbeza dengan pemberian susu melalui botol susu dimana bayi akan terus menghisap dan menelan susu.

Bayi akan berusaha dahulu sebelum berjaya menghisap susu jika kita menyusukan bayi secara terus. Bayi akan menggunakan lebih 60 kali pergerakan otot berbanding menyusu melalui botol. Inilah sebabnya bayi akan mudah mengalami keliru puting dan akhirnya menolak penyusuan secara terus. Penggunaan botol akan MUDAH untuk bayi, Bukankah manusia suka yang mudah? Bila sudah dapat yang MUDAH, maka yang SUSAH akan ditolak. Inilah yang terjadi sekiranya kita hanya menyusukan anak melalui botol terlalu awal.

Bagaimana kita mahu memastikan susu kita cukup hingga anak beusia 2 tahun tanpa menyusu secara terus ke payudara?. Inilah dilema yang sering berlaku apabila anak dikenalkan botol terlalu awal. Kita kena sentiasa mengepam bagi memastikan susu mencukupi untuk anak. Anda akan bergelar pengepam tegar. Jadi, berusahalah untuk menyusukan anak secara terus seawal kelahiran lagi. Perkenalkan botol susu secara berperingkat. Saya akan bercerita bagaimana untuk memperkenalkan botol susu kepada baby di entry akan datang. InsyaAllah.

Bagaimana kita mahu menyusukan secara terus jika bayi mengelak untuk menyusu secara terus?

  1. Buat skin to skin. Buka baju baby dan tinggalkan pampers sahaja. 
  2. Lekapkan payudara pada baby. Buat dengan kerap.
  3. Duduk dalam bilik yang senyap dan tenang
  4. Cakap perlahan dengan baby. 'Menyusu secara terus ye dengan ibu'
  5. Suakan nipple apabila baby mamai terutamanya ketika bangun tidur dan sebelum tidur.
  6. Banyakkan berdoa. 

Anda boleh mencari imfo mengenai relaktasi ini didalam internet. Ada banyak info yang berguna. Nasihat saya, susukanlah anak secara terus sepuasnya TANPA botol selama sebulan. Selepas itu barulah kita perkenalkan botol secara berperingkat. Proses mengajar anak minum melalui botol adalah satu pembelajaran. Jadi ajarkan secara perlahan. InsyaAllah anda akan berjaya.

Salam susu ibu,
Nor Atiqah Hamidi

Rabu, 11 Mac 2015

Kedai Online : Airyna.com

Assalamualaikum wbt.

Teks : Nor Atiqah Hamidi


Dengan Nama Allah yang maha Pemurah lagiMaha Penyayang. Syukur kita masih bernafas di Bumi Allah ini. Entry kali ini akan menceritakan mengenai kedai online saya iaitu www.airyna.com.

Airyna adalah gabungan nama Aimi Eryna. Disatukan menjadi Airyna. Mudah untuk diingati. Mudah untuk disebut. Bermula dari tahun lepas lagi saya sudah bercita-cita mahu membuka sebuah laman web bercirikan e-commerce. Ini bagi memudahkan pelanggan saya memilih item yang mereka kehendaki. Bukanlah saya katakan Fanpage Facebook tidak releven. Tetapi dengan adanya laman web ianya lebih memudahkan orang untuk melihat koleksi pakaian yang ada.

Saya mula berbisnes dengan menggunaka medium percuma seperti Fanpage Facebook, Blog dan Instagram. Paling banyak digunakan adalah fanpage Facebook. Saya tidak mengikuti sebarang kelas khusus mengenai Fanpage Facebook. Saya hanya membaca perkongsian dan membeli e-book. Alhamdullillah saya mampu menjana pendapatan dengan menggunakan fanpage. Untuk menggunakan Fanpage, kita perlu mahir dengan Fb ads. Langkah terbaik adalah dengan mengikuti kelas yang diadakan agar kita betul-betul tahu mengenai FB ads. Ini bagi mengelakkan duit kita hangus begitu sahaja.

Pada pendapat saya, Blog adalah medium terbaik untuk mempromosikan sesuatu barang atau produk. Bayangkanlah jubah muslimah yang saya iklankan di blog masih ada yang bertanya. Sedangkan jubah tersebut sudah lama kehabisan stok. Blog ibarat kad nama di alam maya. Jadikan blog kita sebagai penyelesaian kepada masalah orang yang membaca.

Kenapa saya buat laman web ecommerce
  1. Memudahkan pelanggan untuk memilih serta melihat segala produk yang saya jual. Ketika ini saya mengasingkan produk tshirt muslimah dan blouse cotton. Menerusi website saya gabungkan semuanya di bawah satu label iaitu airyna.com. Boleh add to favourite sebelum buat pembayaran
  2. Stok sentiasa diupdate dari semasa ke semasa. 
  3. Pembeli akan terus diberi maklumat pembayaran.
  4. Maklumat seperti tracking no akan di update dalam website.
Buat suri yang baru mula berbisnes, jangan terburu untuk memiliki sebuah laman web. Pelajari dahulu bagaimana untuk menjual. Apa medium yang boleh digunakan untuk menjual. Bagaimana untuk menjual kepada orang yang betul-betul memerlukan produk kita. Jangan jual di FB personal. Ini akan mengakibatkan orang tidak suka kepada anda. Ceritakan sahaja mengenai produk anda. Kemudian link kan dengan fanpage atau blog anda. 

Saya masih ingat kata-kata Puan Ainon ABS. Gunakan apa yang ada dirumah untuk menjual. Jangan fikir untuk mengeluarkan produk. Kita juga boleh menjual produk orang lain. Terdapat banyak produk yang boleh dijual. Malah ada yang tanpa modal. Ini dipanggil dropship. Boleh baca perkongsian mengenai dropship saya di SINI.

Jika anda berminat untuk belajar menggunakan blog dan fanpage boleh whatsApp 0137793014 untuk bersama kami di Akademi Bekerja di Rumah.

Salam Sayang,
Nor Atiqah Hamidi

Rabu, 4 Mac 2015

Buku Susu Ibu

Assalamualaikum wbt.

Teks : Nor Atiqah Hamidi




Apa khabar ibu-ibu hebat sekalian?
Bagaimana dengan penyusuan ibu-ibu sekalian?

Kali ini saya akan menceritakan mengenai buku susu ibu. Buku ini adalah tulisan Puan Rita Rahayu dan Puan Faridah Idris. Kedua-dua mereka adalah senior dalam penyusuan susu ibu. Saya sangat menggalakkan ibu-ibu yang pertama kali menyusukan anak untuk memiliki buku ini. Kalau nak beli melalui saya pun boleh. Mengapa saya mengatakan buku ini penting?

Kita boleh melayari internet untuk membaca dan mengetahui pengalaman penyusuan seseorang. Namun untuk mencari ILMU kita memerlukan pendapat dan pandangan dari mereka yang betul-betul mahir dan berpengetahuan. Perjalanan penyusuan susu ibu kita dengan ibu yang lain adalah berbeza. Badan kita dan badan ibu yang lain juga berbeza. Apabila kita membaca buku, segala pemasalahan yang berkaitan dengan kita akan terjawab. 

Saya membeli buku Hebatnya Susu Ibu karangan Puan Rita Rahayu sebelum saya melahirkan Eryna lagi. Saya kaji dan baca bagaimana mahu menyusukan anak selepas bersalin. Selepas melahirkan saya masih membaca. Alhamdullillah, perjalanan penyusuan saya dipermudahkan. 

Buku Membesarkan Anak Hebat Dengan Susu Ibu karangan Dr. Faridah saya beli selepas ternampak di kedai buku. Saya sempat membelek isi kandungannya. Sungguh menarik. Ada gambar dan penerangan yang sangat teliti. Buku ini adalah buku mengenai susu ibu yang paling lengkap dalam Bahasa Melayu. Ibu-ibu patut memilikinya.

Penyusuan susu ibu mudah. Namun tidak senang. Penyusuan selama 2 tahun kita akan didatangi dengan pelbagai cabaran dan rintangan untuk berjaya. Pastikan ibu-ibu kuat ye. Sebab itulah perlunya ILMU dalam menjayakan penyusuan susu ibu.

Ada yang nak beli?
Boleh Whatsapp saya di 0137793014
Kemudian tunggu posmen pin-pin depan rumah. Sudah boleh baca.

Salam susu ibu,
Nor Atiqah Hamidi


Jumaat, 16 Januari 2015

Tips Pemlihan Breastpump (Pump Susu)

Assalamualaikum wbt

Teks : Nor Atiqah Hamidi



Alhamdullillah. Syukur pada Allah.

Entry kali ini saya akan menceritakan kepada ibu-ibu mengenai pam susu atau dalam bahasa inggeris nya disebut breastpump. Apa itu breastpump?. Breastpump atau pam susu adalah alat untuk mengeluarkan susu dari payudara. Breastpump digunakan ketika ibu-ibu berjauhan dengan bayi. Apa pentingnya breastpump?. Pada saya, breastpump amat penting untuk semua ibu. Ini kerana selepas kelahiran ibu akan mengalami bengkak susu, Bengkak susu selalu berlaku pada hari ketiga selepas kelahiran. Ini kerana susu dihasilkan dengan kadar yang optimum ketika itu kerana badan kita belum biasa dengan keadaan tersebut. Maka dengan itu breastpump digunakan untuk mengeluarkan susu bagi meredakan bengkak susu yang dialami.

Untuk ibu-ibu yang bekerja, breastpump digunakan untuk mengeluarkan susu ketika bekerja. Ini kerana ibu-ibu akan meninggalkan anak dibawah jagaan pengasuh. Ketika inilah breastpump berfungsi untuk mengeluarkan susu dari payudara ibu kerana ibu-ibu perlu mengeluarkan susu mengikut keperluan bayi. Jika ibu-ibu tidak mengeluarkan susu dari payudara, ianya akan menyebabkan payudara membengkak lantas membuatkan ibu-ibu tidak berasa selesa ketika bekerja. Kebanyakkan ibu-ibu yang bekerja akan mengepam susu sebanyak 2-3 kali dalam sehari bagi memastikan susu sentiasa terhasil dan cukup untuk bayi sepeniggalan ibu ke tempat kerja. Apabila pulang, susukan sahaja bayi secara terus dari payudara.

Terdapat berbagai jenis pump susu dipasaran sekarang. Boleh lihat jenis breastpump di SINI.
Ibu-ibu sudah lihat jenis breastpump yang ada dipasaran?

Sekarang mari kita lihat bagaimana untuk memilih breastpump pula. Apa aspek yang perlu ditekankan sebelum ibu-ibu membeli breastpump.

Single atau Double breastpump
Ini merupakan aspek yang perlu dititikberatkan sebelum ibu membeli breastpump. Lambakan breastpump dipasaran kadangkala menyebabkan ibu merasa pening untuk memilih. Namun saya sarankan ibu membeli double breastpump. Melalui pengalaman saya, double breastpump sangat menyenangkan dan menjimatkan masa. Jika kita menggunakan single breastpump, kita akan memperuntukkan 15min untuk sebelah payudara. Maka, untuk kedua-dua payudara akan mengambil hampir 30min untuk satu sesi perahan. Kelebihan double breastpump juga adalah meransang hormon prolaktin yang bertanggungjawab meransang produktiviti susu dan memastikan susu ada untuk satu jangka masa yang lama. Sekarang sudah banyak double breastpump dengan harga berpatutan.

Jenis Operasi
Di pasaran sekarang ada breastpump yang menggunakan operasi seperti bateri, electrik, battery dan elektrik juga manual. Bagaimana untuk menentukan jenis yang sesuai untuk kita. Jika ibu tidak perlu ke keluar pejabat dan ada tempat untuk mengepam yang ada plug, maka breastpump jenis elektrik sesuai. Hanya perlukan plug dan tunggu, Jika ibu sering keluar pejabat dan banyak masa di jalan raya, maka breastpump yang menggunakan bateri dan elektrik paling sesuai. Sekarang sudah ada breastpump yang didatangkan dengan power bank. Jadi ibu boleh mengepam di mana sahaja. Pastikan memlilih breastpump berdasarkan cara kerja ibu.

Sedutan
Sebelum membeli, belek-belek kotak atau flyers breastpump terlebih dahulu. Pastikan breastpump tersebut mempunya cara sedutan seakan bayi (mimics baby suction). Bayi ada 2 cara sedutan. Sedutan pertama bayi akan menghisap dengan laju untuk menghasilkan susu. Kemudian bayi akan menyedut susu setelah Let Down Reflex. Sedutan pertama seakan-akan breast kita diurut dahulu. Selepas itu breast akan disedut supaya susu keluar dengan meriahnya. :)
Kita juga boleh menukarkan cara sedutan ini ketika mengepam bagi menggalakkan penghasilan Let Down Reflex.

Bahagian breastpump (Parts)
Ada breastpump yang mudah untuk dibuka dan dipasangkan. Kadangkala parts yang banyak membuatkan kita mengambil masa untuk pasang dan buka. Jadi sebelum beli ibu boleh lihat sama ada parts breastpump banyak atau tidak. Kalau banyak leceh pula nak basuh. Fikirkan juga parts tersebut mudah dicari jika rosak. Ini kerana parts breastpump sangat sensitif. Jika satu parts rosak, akan membuatkan sedutan tidak terasa. Ini akan mengganggu proses mengepam. Saya sudah merasa apabila salah satu part tidak berfungsi. Sungguh tertekan masa itu. Jaga seeloknya parts breastpump ibu supaya penghasilan susu tidak terganggu. Cara terbaik untuk memastikan part bertahan lama adalah segera membasuh parts selepas digunakan. Jangan tinggal tanpa basuh. Lagi satu, ada sesetengah breastpump parts nya agak mahal. Jagalah parts breastpump ibu sebaiknya.

Bunyi (sound)  
Bunyi ini terhasil dari motor breastpump. Pada saya, motor paling senyap adalah Spectra. Bunyi pun macam dengar tak dengar. Sangat bagus untuk ibu yang mengepam di cubicle. Pastikan sebelum membeli ibu pastikan bunyi motor breastpump ini. Kadangkala jika terlalu kuat akan mengganggu orang lain pula.

Ketahanan
Breastpump terbahagi kepada beberapa jenis. Seperti light duty (ringan), medium duty (sederhana) dan heavy duty (berat). Kebanyakkan yang ada dipasaran adalah medium duty iaitu untuk penggunaan 3-5 kali sehari. Jika ibu mengepam lebih dari itu elokkan mengambil breastpump jenis heavy duty. Selalunya heavy duty ini digunakan oleh EP Mom. Sebaiknya belilah breastpump yang mempunyai ketahanan untuk jangka masa panjang. Jadi kita tidak perlu untuk membeli breastpump baru jika melahirkan. Kadangkala ketahanan breastpump juga bergantung pada penggunaan kita. Gunakan sebaiknya breastpump kita supaya dapat berjasa hingga 2 tahun. Tidak salah jika kita membelanjakan duit untuk membeli breastpump yang mahal dari kita membeli yang murah kemudian tidak dapat bertahan lama.

Senang dibawa
Ada breastpump yang bersaiz kecil, ada yang bersaiz besar. Ada yang berat, ada yang ringan. Semuanya bergantung pada penggunaan ibu. Pastikan breastpump ini mudah untuk dibawa ke mana-mana dan tidak membebankan ibu.

Hand free (Tidak perlu dipegang) 
Sebahagian ibu agak keberatan untuk meninggalkan tempat duduk. Jadi disinilah penting untuk ibu yang mahu mengepam di cubicle. Pastikan breastpump ibu ada fungsi untuk hand free. Jadi sambil mengepam ibu boleh terus membuat kerja. Sekarang sudah ada Freemie. Freemie ini sangat membantu ibu yang ingin mengepam sambil membuat kerja. Medela FS ada didatangkan dengan handsfree kits. Jadi boleh mengepam sambil membuat kerja.

Budget
Jika kita sudah senaraikan keperluan untuk breastpump, maka budget kan berapa yang kita sanggup laburkan untuk membeli breastpump. Katakanlah ibu ada RM500, ibu sudah boleh dapat double breastpump. Sekarang sudah banyak breastpump dipasaran. Cuma perlu survey dan pilih. Bertanyalah kepada ibu yang sudah berjaya menyusukan anak. Jadi kita tahu breastpump apa yang sesuai untuk kita. Jangan terikut-ikut akan orang lain. Tetapkan pendirian kita sendiri.

Itulah adalah antara aspek yang boleh dititikberatkan sebelum pembelian breastpump. Nasihat saya, survey sepuasnya sebelum membeli. Ada juga kedai yang kita boleh tengok dan pegang sebelum membeli seperti Pumponthego, Fabulous Mom dll. Ibu juga boleh pergi ke mana-mana baby expo untuk melihat dan membeli breastpump. Tetapi pastikan ibu sudah mengenal pasti breastpump apa yang ingin dibeli. Jangan pula bila pergi tidak tahu mahu membeli breastpump apa.

kredit to www.harlindahalim.com 

Sekian.
Salam Susu Ibu,
Nor Atiqah Hamidi


Jumaat, 9 Januari 2015

Kedai Penyusuanku : AIRYNA NURSING SHOP

Assalamualaikum.

Teks : Nor Atiqah Hamidi

Alhamdullillah. Syukur pada Allah.



Sudah hari kelapan dalam tahun 2015. Nampaknya azam saya sudah mula kelihatan menyinar satu persatu. Bagaimana dengan anda?. Sudah tulis apa azam dan impian anda untuk tahun ini. Jika belum, lekas-lekas ambil pen dan kertas. Duduk diam-diam dan catatkan. Fikir sedalamnya apa impian dan azam anda. Saya doakan anda berjaya.

Salah satu azam saya pada tahun ini adalah untuk menjual kelengkapan penyusuan susu ibu. Alhamdullillah. Kedai alam maya saya sudah ada. Hanya mahu masukkan barang sahaja. Kemudian sudah boleh diniagakan. Saya juga menyediakan khidmat konsultasi penyusuan susu ibu. Segala permasalahan saya akan rujuk kepada buku dan artikel yang pernah saya baca. 

Penyusuan susu ibu bukan mudah. Nampak mudah, tetapi tak senang. Macam mana itu?. Ianya bermula dari keazaman serta kesungguhan. Kemudian diikuti dengan usaha dan kerajinan. Dan anda akan dapat hasilnya.

Sebaiknya persiapkan segala keperluan penyusuan susu ibu sebelum kelahiran cahaya mata. Beli sedikit demi sedikit. Kalau beli sekali gus kita akan rasa terbeban. Sebaiknya apabila masuk bulan kesembilan kehamilan, semua barang tersebut sudah tersedia. Pada masa ini, kita harus bersedia untuk melahirkan. 

' Buat apa beli semua ni. Manalah tahu susu tidak ada atau sikit'
Mentaliti sebegini amat berbahaya. Seolah-olah anda mahu mengalah tanpa berusaha. Usahalah dulu kemudian kalau betul susu anda tiada, jumpa dengan Pakat Laktasi. Jangan mudah mengalah kepada susu formula. 

Gunakan masa kehamilan selama 9 bulan 10 hari ini sebagai proses pembelajaran untuk menyusukan bayi. Ini adalah benda paling penting dalam hidup anak anda. Banyakkan membaca. Rajinkan bertanya kepada ibu-ibu yang sudah berjaya menyusukan anak. Pelbagai cabaran dan rintangan mereka tempuhi sebelum berjaya menyusukan anak selama 2 tahun tanpa susu formula.

Salam Sayang, 
Nor Atiqah Hamidi

Isnin, 5 Januari 2015

Impian dan Azam 2015

Assalamualaikum wbt..

Teks : Nor Atiqah Hamidi



Alhamdullillah, Syukur pada Allah atas limpah dan rahmatNya.
Kita sudah berada di tahun 2015. Apa azam dan impian yang ingin kita capai untuk tahun baru ini. Sebelum itu, bagaimana dengan impian dan azam kita di tahun lepas. Sudah tercapaikah? Atau hanya tinggal angan-angan. Tidak mengapa. Jadikan tahun ini sebagai tahun untuk kita memenuhi impian dan azam kita. Jangan putus asa. Pandang ke hadapan dan berusahalah.

Sejujurnya saya tidak pernah ada azam di tahun baru. Ini kerana saya sudah selesa dengan keadaan saya sebelum ini. Namun apabila melihat pencapaian saya di tahun-tahun lalu membuatkan saya terfikir apa tujuan Allah hidupkan saya untuk tahun ini. Mana mungkin sekadar ini sahaja. Jadi, di tahun 2015 saya sudah mula nampak apa yang saya mahu. Saya mahu keluar dari keadaan ini dan menjadi orang yang baru.

Azam dan impian saya untuk tahun 2015

  • Membantu lebih ramai ibu-ibu yang ingin menyusukan bayi terutama ibu yang melahirkan anak pertama. Ini kerana ibu muda mudah terpengaruh dengan cakap-cakap orang sekeliling. Apatah lagi di awal kelahiran susu tidak banyak. Ketika itulah ibu akan mula memberi anak susu formula kerana mengganggap susu tidak ada. Pemikiran beginilah yang mahu saya hapuskan. Sebaiknya ibu bersedia sebelum kelahiran lagi. Jangan anggap bila sudah melahirkan anak susu akan memancut keluar dengan banyaknya. Ada proses yang perlu dipelajari. Ada kaedah yang perlu diteliti. Saya akan cuba untuk memberi khidmat ke rumah ibu yang memerlukan. Saya juga mahu menjadi Kaunselor Laktasi yang bertauliah. Doakan saya ye. 
  • Memberi sebanyak mungkin ilmu untuk memulakan perniagaan tanpa modal. Kita dihidangkan dengan pelbagai medium sosial yang percuma seperti Facebook, Blogspot, Wordpress, Instagram dan berbagai lagi yang percuma. Gunakan medium-medium percuma ini untuk menjana pendapatan. Walaupun kita lihat bisnes online berkembang dengan majunya, namun ada sesuatu dalam diri anda yang boleh digunakan untuk menjana pendapatan. Misalnya anda suka makan kek, jadi anda akan mencari bagaimana untuk membuat kek yang sedap seperti yang anda makan. Dari situ anda akan cuba untuk membuat kek supaya anda boleh makan dan tidak perlu ke kedai. Akhirnya setelah dicuba berkali-kali, kek anda berjaya di hasilkan. Kemudian anda bawa ke tempat kerja dan ada orang berminat untuk membeli. Dari situlah anda boleh menjana pendapatan dengan menjual kek. Mana tahu suatu hari nanti anda mampu membuka kedai kek setaraf Secret Recepi. Amin.
  • Membuka pernigaan untuk barangan penyusuan susu ibu dan baju muslimah. Seperti yang ada tahu saya sudah ada FB pakaian muslimah yang saya jual. Untuk tahun 2015, saya mahu menambah produk saya kepada dress menyusu dan juga barangan penyusuan seperti pam susu. Jadi sambil-sambil anda baca blog saya, anda boleh cuci mata di kedai online saya. Dari situ, saya boleh beri konsultasi untuk anda yang membeli dengan saya.
  • Menambah ilmu mengenai Babywearing (penggendong bayi). Kebelakangan ini saya lihat penggunaan penggendong bayi sangat meluas di Malaysia. Namun penggendong yang digunakan tidak sesuai untuk anak yang dikendong. Mudah-mudahan tahun ini ALLAH kuatkan saya supaya dapat menyebarkan ilmu babywearing kepada semua ibubapa. Saya mahu menegur, tetapi kekuatan itu belum ada. Semoga Allah memberi kekuatan kepada saya untuk berterus terang kepada mereka.
Itulah antara impian dan azam saya untuk tahun 2015. Lebih banyak kita memberi, lebih banyak kita menerima. Duit yang banyak, rumah yang besar. Itu semua impian kita, Namun berikan sesuatu kepada masyarakat kerana masyarakat itu lebih memerlukan kita.

Senaraikan azam dan impian anda untuk tahun 2015. Dari situ kita akan cuba untuk capai walaupun pelbagai duri dan ranjau terpaksa kita tempuhi. Semoga 2015 memberi sinar harapan kepada kita semua. InsyaAllah.

Salam 2015,
Nor Atiqah Hamidi

Jumaat, 2 Januari 2015

Pahit Manis 2014

Assalamualaikum wbt..

Teks : Nor Atiqah Hamidi



Alhamdullillah, Syukur pada Allah.
Kita melangkah ke tahun 2015. Bagaimana dengan azam kita pada tahun lepas?. Sudah tercapaikah?. Mana yang sudah tercapai tahniah di ucapkan. Yang belum sama-sama kita usahakan untuk capai pada tahun ini. Mulai tahun baru ini untuk jadi yang lebih baik untuk tahun lepas. Jadikan semua yang berlaku pada 2014 sebagai pengajaran dan proses pembelajaran untuk kita jadi yang lebih baik.

Tahun 2014 merupakan tahun yang banyak mengubah perjalanan hidup saya. Inagt lagi pada awal tahun saya mencari ilmu untuk memulakan perniagaan. Saya telah dipertemukan oleh Allah dengan blog Puan Masayu Ahmad yang bercerita mengenai Akademi Bekerja Di Rumah. Bermulalah dari situ saya belajar ilmu berblog dan berbisnes. Walaupun bisnes saya masih suam-suam kuku, tapi itu merupakan satu pencapaian terbaik untuk saya yang baru berbisnes.

Kenapa blog saya mengenai susu ibu?. Sedangkan banyak topik lain yang boleh diketengahkan untuk tatapan masyarakat. Ini kerana saya adalah ibu yang menyusukan dan bekerja. Saya lihat ibu-ibu akan bermasalah untuk menyusukan anak selepas ibu kembali bekerja. Kerana itulah saya sangat ingin membantu ibu-ibu ini supaya terus menyusukan anak walaupun kembali ke tempat kerja, Tidak perlu susu melimpah ruah. Asalkan CUKUP untuk anak. Itulah yang saya ketengahkan dalam blog saya.

Peluang berbisnes datang selepas saya berjauhan dengan suami. Ketika itu suami di KL dan saya di Pasir Gudang bersama Eryna. Saya tidak mahu selamanya berjauhan. Saya berusaha untuk berniaga walaupun tidak tahu bagaimana mahu bermula. Saya google dan terus google. Alhamdullillah, dengan izin Allah lahirlah Pretty of Muslimah House. Sekarang saya dalam proses untuk membina laman  web supaya perjalan perniagaan saya lebih mudah. Doakan saya.

Saya juga menerima ramai rakan-rakan FB baru yang terdiri dari ibu-ibu yang menyusukan bayi. Alhamdullillah niat untuk membantu semakin dipermudahkan berikutan perkongsian melalui blog dan FB. Saya telah merobohkan dinding FB saya. Dulu saya pernah berkata kepada suami yang FB saya adalah untuk kenalan sahaja. Namun setelah difikirkan semula mengapa saya tidak mahu menambah kenalan baru. Takkan saya mahu berada di keadaan ini sahaja. Maka ketika itulah saya mula menerima rakan baru dan meng'add' kawan baru yang kebanyakkannya terdiri dari mereka yang berbisnes. Alhamdullillah banyak perkongsian dan ilmu diperolehi melalui mereka.

Saya juga telah mengenal cabang ilmu keibubapaan yang lain iaitu Babywearing. Babywearing adalah salah satu kaedah untuk menggendong bayi yang sudah lama bertapak di Malaysia. Mulanya saya hanya menggunakan SSC. Selepas menyertai Bengkel Babywearing 101 anjuran Selat Tebrau Babywearers saya sudah jatuh cinta dengan wrap. Menggendong bayi juga telah memberikan saya rakan-rakan baru yang semuanya mempunyai matlamat yang sama iaitu menggendong dengan selamat. Saya juga menerima pelbagai PM mengenai penggendong bayi. Semua takut jika tersalah beli penggendong bayi. Kesedaran sudah meningkat di kalangan ibubapa di Malaysia mengenai Babywearing. Tahniah semua.

Matlamat utama saya pada tahun ini adalah untuk menjadi WAHM iaitu Work at Home Mother. Apa impian anda?. Kita senaraikan impian kita untuk tahun ini. Semoga Allah memudahkan kita supaya dapat mencapai impian yang kita mahukan.

Sekian,
Selamat Tahun Baru 2015
 Nor Atiqah Hamidi