Isnin, 24 November 2014

Bengkel Babywearing 101

Assalamualaikum wbt

Teks : Nor Atiqah Hamidi




Pada 18 Oktober 2014 yang lalu, saya dan suami serta Eryna telah menyertai Bengkel Babywearing 101 anjuran Selat Tebrau Babywearers. Bengkel ini diadakan di UTM Skudai.

Seramai 100 orang peserta yang terdiri dari ibu dan bapa telah menyertai bengkel ini. Tujuan utama bengkel adalah untuk megajar bagaimana untuk menggendong anak dengan cara yang betul. Ini kerana terdapat beberapa jenis penggendong bayi yang tidak selamat untuk bayi, tetapi masih dijual. Terdapat beberapa jenis penggendong bayi. Seperti Soft Structed Carrier (SSC), Mei Tai, Woven Wrap (WW), Strechy Wrap dan Ring Sling. Setiap satu jenis ini adalah berlainan. Namun tetap sama iaitu menggendong bayi dengan selamat.

Ketika di bengkel ini kami berpeluang mempelajari dan mencuba pelbagai jenis penggendong bayi yang ada. Saya sangat tertarik dengan Wrap. Saya manfaatkan masa yang ada untuk mencuba wrap dan saya sangat menyukainya. Bukankah saya sudah cakap setiap penggendong bayi itu berbeza. Kita boleh cuba dahulu sebelum beli. Maklumlah harganya agak mahal.

Pastikan ibu-ibu mencari maklumat yang tepat mengenai penggendong bayi sebelum membeli. Ini bagi memastikan kita membeli penggendong bayi yang sesuai untuk kita. Sesuai yang dimaksudkan adalah selesa dengan pemakai dan juga penggendong. Selesa yang bagaimana?. Selesa dengan tubuh badan kita, material yang digunakan untuk membuat ssc juga selesa dengan kita. Selesa dibadan orang lain tidak semestinya selesa dibadan orang kita. Kerana itulah saya amat menitikberatkan untuk ibu bapa mencuba dahulu sebelum membeli.

Bagaimana untuk memcuba?

  • Kita boleh cuba di kedai fizikal seperti Fabulous Mom, Baby Ultra, Hers Butik dan ditempat lain. Ambil masa untuk cuba dahulu sebelum membeli.
  • Sertai kelas babywearing yang dianjurkan. Seperti Baby Ultra ada mengadakan kelas babywearing.
  • Sertai bengkel. Seperti saya dan suami di Bengkel Babywearing 101.
  • Sertai perjumpaan(gathering dan Meetup) yang dianjurkan oleh persatuan babywear yang berhampiran dengan kawasan anda.
  • Pinjam dari kawan yang tahu mengenai babywearing. Ini kerana mereka tahu pelbagai jenis babywear yang ada dipasaran
Seterusnya dibengkel itu juga kami didedahkan dengan penggendong tiruan (fake carrier). Jika kita lihat melalui mata kasar kita tidak akan perasan bahawa carrier itu tiruan. Kebanyakkan yang ada tiruan ini adalah jenama Ergobaby. Kita dapar lihat lambakan ergo tiruan ini dalam pasaran Malaysia. Malah KPDNKK pernah mengadakan rampasan terhadap carrier tiruan ini. Jika ibubapa telah berkenan dan mahu memiliki Ergo, sebaiknya beli dengan penjual yang sah. Klik SINI untuk melihat pengedar ergo yang sah. 

Sebaiknya bergaullah dengan mereka yang menggunakan penggendong bayi. Ini bagi memastikan kita sentiasa tahu perkembangan terkini mengenai penggendong bayi. Penggunaan penggendong bayi amat meluas sekali di Malaysia. Nasihat saya, dapatkan pengetahuan dan sentiasa bertanya jika terdapat sebarang soalan mengenai penggendong bayi. Nampak ringkas, tetapi nyawa anak yang kita kendong. Belajar dan terus belajar.

Selamat Berbabywearing,
Nor Atiqah Hamidi

Isnin, 17 November 2014

EBM (Express Breast Milk)

Assalamualaikum wbt

Teks : Nor Atiqah Hamidi

Apa itu EBM? 

EBM ada singkatan kepada Express Breast Milk iaitu susu ibu yang diperah. Dalam erti kata yang lain EBM adalah susu ibu yang dikeluarkan dari payudara ibu untuk diberi kepada bayi melalui sudu, picagari atau botol susu. Jika bayi menyusu secara terus itu bukan EBM. Itu adalah penyusuan secara terus (direct feeding)

EBM terbahagi kepada beberapa jenis. Antaranya

Fresh EBM -  Susu ibu perahan sama ada menggunakan pump atau tangan

Chilled EBM - Susu ibu perahan dan disimpan didalam peti ais bawah 

Frozen EBM - Susu ibu  perahan yang disimpan didalam tempat pembeku

Ketahanan setiap jenis susu ibu adalah berbeza. Sebagai ibu kita mesti memastikan susu ibu dalam keadaan yang baik. Ini berikutan susu ibu amat sensitif terhadap perubahan suhu. Ibu-ibu juga perlu tahu bagaimana cara untuk menyimpan susu ibu perahan. Ini bagi memastikan khasiat susu ibu dalam keadaan yang baik untuk diberi kepada anak.
  • Bekas menyimpan susu mestilah bertutup dan diperbuat daripada kaca atau plastik.
  • Jika ibu-ibu menggunakan bekas dadih sebagai bekas untuk menyimpan susu ibu perahan. bekas tersebut mestilah dicuci dengan air sabun dan dibilas dengan air panas. Walaubagaimana pun, bekas ini boleh digunakan sekali sahaja.
  • Perah dan simpan susu ibu terus ke dalam bekas penyimpanan susu ibu
  • Simpan dalam kuantiti yang mencukupi di dalam satu bekas untuk satu kali penyusuan. Contohnya jika bayi minum 2oz satu sesi, masukkan 2oz sahaja dalam satu bekas. Ini termasuk jika susu mahu dibekukan mahupun di hantar ke pengasuh/taska.
  • Labelkan susu dengan tarikh dan masa. Gunakkan sticker. Jangan gunakan marker terus ke bekas penyimpanan susu. Ini kerana marker akan meresap ke dalam susu. Walaupun kuantiti sedikit, tetapi sebaiknya dielakkan.
  • Gunakan konsep 'First In, First Out (FIFO)'. Susu yang dibekukan paling awal, itulah susu yang paling awal keluar. Ini bagi memastikan stok susu beku kita bertukar. Sebaiknya letak susu yang baru dibekukan dibahagian paling dalam. Susu yang lama dinaikkan ke atas untuk digunakan.
Panduan Penyimpanan Susu Ibu
Credit to Lifefit.my






Selasa, 4 November 2014

Pengalaman Bisnes Tanpa Modal

Assalamualaikum wbt

Teks : Nor Atiqah Hamidi

Minat mula untuk berbisnes datang selepas saya berjauhan dengan suami. Ketika itu saya masih bekerja di Pasir Gudang manakala suami di Kuala Lumpur. Saya tidak suka keadaan begini. Saya tidak mahu ianya berlanjutan selamanya. Rancangannya saya akan ikut suami ke Kuala Lumpur, tetapi saya tidak mahu makan gaji. Jadi saya perlu cari sesuatu bagi saya menjana pendapatan walaupun dirumah. Ketika itu saya tidak berjumpa lagi dengan Akademi Bekerja Di Rumah.

Bermulalah pengembaraan dan pembacaan saya di internet. Saya mencari segala maklumat yang berkaitan bisnes untuk memudahkan saya mengenal pasti bisnes apa yang sesuai dengan saya. Apa yang saya perolehi, mulakan bisnes dengan modal yang minima atau yang tiada modal. Ini bagi memastikan kita tidak mengalami kerugian tatkala bisnes kita tidak mendapat sambutan. Bukankah kejayaan itu ada kegagalan sebelumnya?. Tetapi bagaimana mahu berbisnes tanpa modal?. Ketika ini saya sudah mula tertarik dengan pakaian muslimah. Saya selusuri setiap satu jenama pakaian muslimah yang terdapat di Malaysia seperti Zariya, Muslimah Qaseh, Muslimah4u, Keesya Couture dan lain-lain. Tetapi jika saya mahu menjual terus melalui mereka, saya hanya menjual produk mereka sahaja. Saya tidak mahu fokus pada satu jenama sahaja. Akhirnya, saya menemukan seorang pembekal yang menjual pakaian muslimah berbagai jenama. Inilah peluangnya. Tanpa berlengah saya terus pm pembekal tersebut. Dan hari itu juga saya sudah menjadi agen dropship pakaian muslimah.

Saya tidak terus menjual. Saya perhatikan dahulu rentak pembekal ini. Bagaimana untuk booking baju, cara pembayaran dan sebagainya. Selepas seminggu barulah saya mengupload baju-baju pembekal ke fanpage saya. Maka lahirlah Pretty of Muslimah House. Tiada modal yang diperlukan untuk jadi dropship. Ada juga sebahagian dropship akan mengenakan yuran sebagai yuran komitmen. Ini berikutan ada agen yang menjual untuk kegunaan sendiri sahaja. Pada mulanya saya agak kekok untuk menjual. Nampaknya saya perlu belajar cara pemasaran pula. Ketika inilah saya bertemu dengan Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR).

Dalam menjayakan bisnes tanpa modal, ada beberapa perkara perlu dititik beratkan. Antarnya talian  internet, hubungan baik dengan pembekal dan aspek pemasaran. Ini kerana peniaga online sekarang sudah tumbuh bagaikan cendawan. Walaupun kita menjual produk yang sama kita masih boleh menjana pendapatan. Asalkan kita menjual produk yang mempunyai permintaan. Pada saya, pakaian muslimah masih mendapat perhatian berikutan terdapat berbagai jenama dipasaran. Ianya sesuai untuk semua peringkat umur. Saya juga memakai baju muslimah. Maka kerana itulah saya berminat untuk menjual pakaian muslimah. Saya menjual pakaian muslimah untuk memastikan semua wanita di Malaysia menutup aurat dalam erti kata sebenarnya, tetapi masih boleh bergaya. Pakaian muslimah ini juga didatangkan dengan rekaan untuk ibu-ibu yang menyusukan. 

Pengalaman saya sebagai agen dropship amat menarik. Pembekal saya sentiasa mahu menolong agen-agen yang berada dibawahnya. Mereka sentisa memberi kata-kata semangat dan motivasi. Mereka juga tidak lokek dalam memberi ilmu mengenai pemasaran. Ada ketikanya mereka akan membuat jualan murah. Ketika itulah kami sebagai agen boleh mendapat keuntungan berlipat kali ganda kerana ramai pelanggan akan mencari baju pada harga runtuh. Kebanyakkan baju yang dijual pada harga runtuh ini tertumpu ketika musim perayaan.

Melalui bisnes tanpa modal kita akan diberi komisen sekiranya berjaya menjual. Malah komisen kita akan dinaikkan jika berjaya menjual lebih dari target asal. Inilah istmewanya dropship. Kita tidak perlu simpan stok dan pos barang. Hanya promosi produk kita. Kemudian pelanggan akan membeli melalui kita. Pelanggan akan membayar kepada kita dan kita akan membayar kepada pembekal setelah ditolak dengan komisen dan harga pos. Komisen itulah keuntungan kita sebagai dropship. Walaupun tidak banyak, tetapi cukuplah untuk kita yang mahu mula belajar bisnes. 



Sudah ramai pembekal yang mahu mencari agen dropship. Kita kenali dahulu minat kita. Minta petunjuk dari Allah. Kemudian kita cari pembekal yang aktif dalam bisnes. Kita minta untuk jadi agen mereka. Kebanyakkan mereka ini sudah ada agen yang lebih senior. Belajar dengan mereka. Belajar bagaimana mereka boleh menjana pendapatan walau hanya sebagai dropship. Ada juga beberapa pelanggan sudah tertarik untuk menjadi agen saya. Rancangan saya, untuk 3 tahun akan datang saya sudah boleh simpan stok saya sendiri dan mencari agen pula.

Fokus pada satu pembekal sahaja. Jangan semua kita nak jadi agen dropship. Mentang-mentanglah percuma. Semua nak masuk. Fokus pada satu dahulu. Jika sudah stabil kita boleh menjadi agen untuk produk yang lain pula. Jangan campurkan produk dalam satu-satu blog atau fanpage. Pastikan satu produk satu blog atau fanpage. Barulah kita kelihatan profesional.

Semoga perkongsian saya dapat membuka mata anda semua untuk mula berbisnes. Tidak perlu modal yang besar. Hanya perlu hanphone yang ada talian internet, laptop/pc dan produk yang ingin dijual. Itu sahaja. Minta petunjuk dari Allah. Semoga bisnes kita mendapat rahmat dari Allah.

Terima kasih kerana sudi baca coretan saya. Semoga kita semua kaya dengan berniaga.

Salam Sayang,

Nor Atiqah Binti Hamidi