Isnin, 3 Mac 2014

Nipple Cream (Krim untuk Puting Luka)

Assalamulaikum wbt..

Teks : Nor Atiqah Hamidi

Nipple cream merupakan salah satu benda penting dalam menjayakan penyusuan susu ibu. Ini kerana hampir kesemua ibu akan mengalami masalah puting luka terutama ibu-ibu yang mengandung anak sulung. Jadi entry kali ini saya akan menceritakan mengenai nipple cream ini.

Saya mula mengalami masalah puting luka ini dihari pertama kelahiran Eryna. Ianya berlanjutan hinggalah ke hari ke-10 berpantang. Bayangkan betapa lamanya saya menganggung kesakitan itu. Ini kerana saya tidak membuat persediaan untuk masalah ini. Mulanya saya ingat hanya sekejap sahaja. Selepas selesai menyusukan Eryna saya akan sapukan air susu di bahagian yang luka itu. Tetapi tidak pulih juga. Saya google dan kebanyakkannya mengatakan dengan meletak air susu akan pulih. Saya cuba lagi dan tidak berjaya. Hinggakan pada satu tahap saya tidak mahu menyusukan Eryna di sebelah yang sakit. Masalahnya Eryna pula tidak puas menghisap susu.

Akhirnya saya minta ibu saya membelikan krim untuk puting luka iaitu Medela Lanolin Tendercare. Setelah pergi ke kedai tersebut, jurujual memberi Medela Purelan 100. Tidak mengapalah. Saya terus meletak Medela Purelan 100 tersebut. Ianya tidak menjadi dan puting saya masih sakit.

Medela Purelan 100

Saya masih takut untuk menyusukan Eryna. Akhirnya saya terjumpa satu blog yang menjual barang Medela. Dan bermulalah perkenalan saya dengan Medela Lanolin Tendercare. Dan Alhamdullillah, puting saya yang luka itu sembuh selepas 2 hari. Rupanya terdapat perbezaan antara Medela Purelan 100 dengan Medela Lanolin Tendercare ini. Dibawah ini merupakan jawapan perbezaan kedua krim ini.
Tendercare is for Sensitive Nipple. So its good even for normal nipple sbb dia effective. And berbanding purelan, Tendercare Lanolin got beta-glucan so that any cracked will heal fast,mcm 'glue', InsyaAllah. And I've tried Purelan 100 before, memang x menjadi, so Aja tried Tendercare Lanolin and works much better and faster. though its depends on people jugak la. Mcm ubat juga..  
(Petikan dari blog mybreastpumpshop.com)
Bagi memastikan keberkesanan Medela Lanolin Tendercare ini, ianya didatangkan dengan Medela Therashells. Untuk pengetahuan ibu-ibu, Medela Therashells ini boleh digunakan untuk masalah puting tenggelam. Kiranya 2 dalam 1. Medela Therashells digunakan selepas ibu-ibu meletakkan Medela Lanolin Tendercare ke atas puting yang luka. Ianya untuk melindungi puting yang luka dari terkena bra dan untuk mempercepatkan penyembuhan.

 Medela Lanolin Tendercare

Medela Therashells

 Seperti yang anda dapat lihat didalam gambar, Medela Therashells ini mempunyai lubang-lubang kecil di permukaannya. Inilah yang membantu mempercepatkan penyembuhan puting saya yang luka apabila ianya mengalirkan udara tanpa terkena pada bahagian yang luka. Jika anda pergi ke kedai menjual barang bayi atau penyusuan, anda jarang sekali melihat kedua barang ini dan saya mengalaminya. Jadi, saya menyeru kepada ibu-ibu agar membeli Medela Lanolin Tendercare ini sebelum kelahiran bayi anda lagi. Ini bagi memudahkan anda ketika mengalami masalah puting luka ketika berpantang.

Anda boleh membeli kedua-dua barang ini disini. Pemiliknya iaitu Kak Aja sangat mesra. Jangan malu-malu untuk bertanya.




Salam Sayang,
Nor Atiqah Hamidi



9 ulasan:

  1. Saya sendiri pernah mengalaminya..bermula dr anak ke 2 dan ke3..mmg perit sangat..msa dlm pantang mmg sapu air susu je tp bila baby dh besar skit mmg xjalan air susu..

    Jemput baca blog saya Cara merawat puting luka

    BalasPadam

  2. Sy sdg mengalami nya. Sggh sakit apabila menyusu kan anak.akan cuba pegi ke farmasi utk cri krim ni.thanks for sharing.

    BalasPadam

  3. Sy sdg mengalami nya. Sggh sakit apabila menyusu kan anak.akan cuba pegi ke farmasi utk cri krim ni.thanks for sharing.

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. Waalaikummusalam wbt.

    Terima kasih sudi singgah blog saya. Semoga kita sama-sama dapat bantu ibu menyusukan.

    BalasPadam
  6. Waalaikummusalam wbt.

    Terima kasih sudi singgah blog saya. Semoga kita sama-sama dapat bantu ibu menyusukan.

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum
    blog tu masih aktif ke? macam x je

    BalasPadam
  8. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum,

    Mohon izin daripada tuan punya blog.

    Kepada sesiapa yang memerlukan Krim Medela Tender Care untuk merawat puting susu luka, boleh whatsapp/SMS 0106513731 untuk dapatkan krim ini daripada kami.
    Kami ada ready stok insyaallah.

    Boleh lawati FB page:
    https://www.facebook.com/medelatendercaremurahmujarab/
    SMS/Whatsapp : 0106513731

    Thanks tuan blog :)

    BalasPadam