Selasa, 20 Mei 2014

Akademi Bekerja Dari Rumah

Assalamualaikum wbt..

Teks : Nor Atiqah Hamidi

Keinginan untuk berhenti kerja terpancul selepas saya membaca satu kisah di laman Facebook. Kisah yang membuka mata saya mengenai wanita bekerja. Mengenai kepincangan masyarakat yang berlaku, keruntuhan rumahtangga dan peranan isteri dalam islam yang sebenarnya. Saya terpinga sewaktu membaca artikel tersebut. Sangat membina. Ketika itu pula suami ditugaskan ke luar negeri. Jadi saya rasa sudah sampai masa saya berhenti kerja dan menjalankan tanggungjawab yang sepenuhnya sebagai seorang isteri dan ibu.

Ketika itu saya masih menjelajah di internet mengenai bekerja dari rumah. Semua saya buka dan baca. Satu-satu blog dan laman web saya baca dan fahamkan. Tekad ketika itu 2015 saya mahu berhenti kerja. Tetapi saya mahu menjana pendapatan dari rumah. Bukan duduk goyang kaki sahaja. Akhirnya saya terjumpa blog kak Aishah Hussein. Beliau bercerita mengenai bekerja dari rumah sambil menjana pendapatan dengan penulisan blog. Wah. Sangat menarik. Ketika itu saya sudah mahu berkongsi mengenai penyusuan susu ibu. Saya menjelajah lagi ke blog-blog alumni. Akhirnya saya mendapati bahawa rakan pejabat saya iaitu Puan Kizeewatty ada dalam list ini. Tanpa membuang masa saya terus bertanya kepada beliau mengenai Akademi Bekerja Di Rumah.

Pertanyaan demi pertanyaan saya ajukan sebelum saya menyertai ABDR. Akhirnya pada bulan February 2014, saya menyertai Akademi Bekerja Di Rumah dibawah guru online saya iaitu Puan Nisa. Alhamdullillah, perjalanan untuk berhenti kerja nampak semakin cerah bila bersama-sama dengan mereka yang bekerja di rumah juga. Saya mulakan entry pengenalan diri dan seterusnya hinggalah ke blog perniagaan saya. Semuanya berkat tunjuk ajar rakan-rakan ABDR. 

Mungkin anda tertanya apakah sebenarnya ABDR ini. 
  • Secara ringkasnya Akademi Bekerja Di Rumah ini adalah satu kumpulan sokongan atau satu kelompok khususnya para suri yang bekerja di rumah. 
  • Kami bergabungan bersama dengan 600 blog peserta, 21 kelas dan 13 guru online yang berdedikasi. Operasi ABDR adalah 100% secara online (atas talian) dengan menawarkan kelas online untuk menjana pendapatan dari rumah melalui platform blog dan fanpage niaga di Facebook. 
  • Kelas online yang dijalankan adalah berbentuk tutorial. Setiap protege (peserta) akan dibekalkan Ebook belajar asas blog sebagai rujukan utama. 
  • Protege akan dimasukkan dalam group kelas online di laman facebook dan komunikasi antara protege dan guru online adalah secara one to one (personal coaching). Nota dan tutorial bergambar juga disediakan di dalam group kelas online tersebut. 
  • Jadual kelas online adalah fleksibel mengikut masa dan kesediaan protege sendiri untuk mula kelas. 
  • Peserta ABDR adalah di kalangan yang mempunyai pelbagai latarbelakang pendidikan dan pengalaman.
Allahuakbar. Perjalanan saya untuk berhenti kerja nampaknya semakin cerah. Saya tahu saya akan berdepan dengan pelbagai cabaran dan persaingan dalam perniagaan. Tetapi bukankah Allah ada dengan saya. Allah akan tolong saya. Dengan syarat saya mesti berdoa dan berusaha. Jadi kepada suri berkerjaya jangan takut untuk berhenti kerja. Fikirkan tentang anak, fikirkan tentang suami. Anda akan jumpa jalannya. Insyaallah. Semoga entry saya kali ini dapat membuka mata anda untuk memulakan langkah pertama untuk menjadi Work at Home Mother (WAHM).

WAHM to Be,
Nor Atiqah Hamidi










Menyusu ketika Berpantang

Assalamualaikum wbt..

Teks : Nor Atiqah Hamidi



Dalam masyarakat Melayu, berpantang selepas bersalin adalah menjadi keutamaan. Maka, banyaklah pantang larang yang perlu dipatuhi agar ibu kembali sihat seperti sediakala. Namun saya bukanlah mahu bercerita mengenai proses berpantang. Tetapi saya mahu bercerita mengenai menyusu ketika berpantang.

Untuk pengetahuan ibu-ibu, seeloknya makanan dan minuman seperti jamu, air akar kayu dan sebagainya hendaklah dimulakan selepas 2 minggu kelahiran bayi. Ini bagi memastikan bayi tidak mendapat Jaundice yang tinggi. Ada juga orang-orang lama yang tidak memberi minum air kosong dengan alasan rahim akan kembang. Ini adalah antara dilema ibu-ibu zaman sekarang yang mahu berpantang tetapi menyusukan bayi. Saranan saya, terangkan kepada mereka yang akan menjaga anda ketika berpantang bahawa anda mahu menyusukan bayi anda. Jangan tunggu selepas bersalin baru hendak beritahu. Ingat ya ibu-ibu.

Air kosong adalah keutamaan dalam menjayakan penyusuan susu ibu. Jika seseorang itu kekurangan air dalam badan akan mengelami hiderasi. Jadi, untuk ibu-ibu juga perlu air masak yang banyak kerana sebahagian besar kandungan susu ibu adalah air. Minumlah air masak. Tidak perlu risau rahim kembang kerana melalui penyusuan susu ibu juga rahim boleh kembali ke bentuk asal. Ini info yang saya dapat ketika di HSI. Jika kita meyusukan bayi dengan betul, rahim akan kembali ke bentuk asal dengan cepat.

Susukan bayi dengan kerap selepas kelahiran bagi memastikan bayi mendapat kolostrum yang berkhasiat itu. Jangan jadikan alasan susu sedikit, susu tidak cukup, bayi lapar dan berbagai lagi. Percayalah susu ibu cukup untuk bayi. Tidak perlu yang lain-lain hatta air masak sekalipun. Dapatkan posisi menyusu yang sesuai dan selesa untuk anda. Pelajari posisi menyusu sambil baring. Insyaallah bayi akan mudah untuk menyusu dan kita akan mendapat rehat yang cukup. Bayi akan kerap untuk menyusu kerana susu ibu mudah dihadam. Ikut kehendak dan keperluan bila bayi mahu menyusu. Kalau diikutkan, mahu berehat saja. Tetapi fikirkan tentang permata hati yang mahu menyusu. Susukan bayi dan sambunglah tidur. Tidak lama. Hanya 15 - 20 minit sahaja. Bayi akan tertidur atau melepaskan puting ibunya sendiri jika bayi sudah kenyang.

Pengalaman saya ketika berpantang. Bangun awal siapkan diri sebelum bayi bangun. Mandi dan bersihkan badan. Selepas itu pakai bengkung, stoking dan lain-lain untuk memastikan badan saya kembali sihat seperti sediakala. Saya pakai bengkung 24jam. Termasuk waktu tidur. Mak saya yang suruh. Buka hanya bila saya mandi sahaja. Hasilnya selepas 44hari perut saya kembali ke keadaan asal. Kemudian saya sarapan dan makan ubat yang diberi. Jika Eryna belum bangun saya akan mengepam susu untuk dijadikan stok. Adakalanya ketika saya mengepam Eryna bangun. Saya akan berhenti mengepam dan memberi susu secara terus kepada Eryna. Selepas itu, saya akan memandikan Eryna. Dan Eryna akan tidur semula selepas menikmati susu ibu. Begitulah rutin saya ketika berpantang.

Susu ibu adalah titisan paling berharga untuk anak. Kuatkan semangat. Dalami ilmu. Insyaallah ganjaran menanti. Dapatkan sokongan dari suami. Nikmati saat-saat indah menyusukan bayi dari selepas kelahiran hingga 2 tahun. Kita akan merindui momen-momen indah ketika menyusukan.

Salam Susu Ibu,
Nor Atiqah Hamid

Khamis, 15 Mei 2014

Penyusuan Eksklusif Selama 6 Bulan

Assalamualaikum wbt..

Teks : Nor Atiqah Hamidi



Apakah yang dimaksudkan dengan Penyusuan Eksklusif?. Penyusuan eksklusif bermaksud bayi hanya minum susu ibu sahaja tanpa makanan dan minuman lain seperti nestum, air masak, air glukos dan sebagainya. Ubat-ubatan tidak dikira mengganggu penyusuan eksklusif kerana ubat-ubatan diberi dalam dos yang sedikit dan bukan selalu diberi.

Untuk menjayakan penyusuan eksklusif ini, ibu-ibu harus mempunyai azam dan keinginan yang kuat bagi memastikan penghasilan susu terhasil dengan banyaknya. Kerapakan mengepam bila berjauhan dengan bayi dan memberi secara terus bila bayi bersama kita. Walaubagaimanapun, terdapat sebilangan ibu-ibu akan berdepan masalah untuk menjayakan penyusuan eksklusif ini lantaran kurangnya pendedahan. Terutama untuk ibu-ibu yang berkerja. Golongan ini akan memberi bayi susu formula ketika bekerja. Tahukan anda susu ibu boleh diberi ketika ibu-ibu berjauhan dengan bayi?. Ya. Boleh. Malah lagi menyenangkan pengasuh. Itu kata pengasuh anak saya.

Penyusuan eksklusif memberi banyak manfaat kepada bayi. Antaranya
  • Susu ibu membekalkan semua zat dan air yang diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi pada 6 bulan pertama. Jadi, ibu-ibu sudah faham bukan mengapa air masak tidak perlu diberi kepada bayi berumur 6 bulan kebawah?. Susu ibu sudah mengandungi air yang cukup untuk bayi. Tidak perlu air masak sebagai tambahan.
  • Kandungan nutrien dalam susu ibu adalam mencukupi untuk pertumbuhan bayi. Selain itu, pemberian susu ibu sahaja tidak menjejaskan pertumbuhan bayi.
  • Memastikan penyerapan zat besi yang optimum dari susu ibu. Pengambilan makanan lain boleh mengurangkan penyerapan zat besi kepada bayi.
  • Untuk mengelakkan masalah berkaitan penghadaman dan pencernaan bayi. Ini kerana sistem pencernaan dan penghadaman bayi belum matang untuk memproses makanan selain susu ibu.
  • Mengelakkan bayi mendapat cirit birit (diarrhea) kerana enzim-enzim penghadaman belum bersedia sepenuhnya.
  • Mengelakkan salutan pelindung penyakit terhakis disebabkan pemberian air atau cecair lain selain susu ibu. Ini boleh mendedahkan bayi kepada alahan dan jangkitan.

Ini merupakan sebahagian dari mengapa kita digalakkan menyusukan bayi secara eksklusif selama 6 bulan tanpa makanan dan minuman lain. Percayalah susu ibu cukup untuk bayi. Bukankah susu ibu susu terbaik. Jadi, percayalah pada titisan emas ini agar kita boleh menepis segala cakap-cakap disekeliling. Insyaallah saya akan menulis lagi mengenai penyusuan eksklusif ketika ibu bekerja. Nantikan ya..

Salam Susu Ibu,
Nor Atiqah Hamidi 

(Rujukan : Bagaimana Menjayakan Penyusuan Eksklusif - Panduan Lengkap Bagi Ibu dan Wanita Bekerja)




Sabtu, 10 Mei 2014

Car Boot Sale - Pasir Gudang

Assalamualaikum..

Teks : Nor Atiqah Hamidi


Pada hari Sabtu yang lepas, saya bersama suami dan Erya pergi ke Car Boot Sale yang pertama di Pasir Gudang.  Diadakan di Todays Mart merupakan pilihan yang terbaik. Ini kerana kawasan tempat letak kereta yang luas dan tersusun membuatkan pengunjung dan peniaga selesa. Banyak juga peniaga yang menjual. Pelbagai barangan dijual antaranya tudung, baju lelaki dan perempuan, mainan kanak-kanak dan berbagai lagi. Jika anda berada disekitar Pasir Gudang Car Boot Sale ini pasti memberikan sesuatu yang baru untuk anda. Berkunjunglah ke Car Boot Sale ini bersama keluarga. 

Dibawah ini ada beberapa gambar untuk tatapan anda. Selamat berCar Boot Sale.. :)













Isnin, 5 Mei 2014

Bazar Karat JB


Assalamualaikum wbt..

Teks : Nor Atiqah Hamidi

Johor Bahru merupakan ibu negeri Johor. Pembangunan pesat yang sedang berjalan menyebabkan JB antara negeri yang menerima banyak pelancong dari luar negeri. Bazar Karat adalah antara tempat tumpuan di JB. Menjual pelbagai barangan seperti tudung, baju, aksesori malah barang-barang terpakai. Suasana yang santai menyebabkan bazar karat antara tempat yang sering dikunjungi.

Untuk mereka yang berada diluar Johor yang ingin datang ke Bazar Karat, ianya satu pilihan yang tepat. Bazr Karat dibuka setiap hari dari jam 8malam hingga 12malam. Kawasan ini akan penuh dengan pengunjung terutama dihari minggu. Jom singgah ke Bazar Karat, JB.