Isnin, 13 Oktober 2014

Babywearing (Menggendong Bayi )

Assalamualaikum wbt.

Teks : Nor Atiqah Hamidi

Pada beberapa minggu lalu, kecoh mengenai seorang bayi telah jatuh akibat dari kegagalan alat pengendong berfungsi dengan baik. Kerana itulah saya terpanggil untuk menulis artikel mengenai penggendong bayi. Saya akan kongsikan mengenai penggendong bayi ini menerusi pengalaman dan pembacaan serta perbincangan di dalam Malaysian Babywearers (FB Group).

Pada pandangan saya, ibu bapa di Malaysia telah kenal akan penggendong bayi. Berbanding dengan stroller, penggendong bayi sangat mudah untuk digunakan dan mudah didapati disamping harga yang mampu dimiliki. Tetapi malangnya, kebanyakkan penggendong bayi yang dijual di kedai bayi tidak ergonomik. Pada itu ergonomik?. Ergonomik adalah sains yang membantu manusia dan peralatan agar selesa dan mudah digunakan oleh pengguna. Penggendong bayi adalah suatu alatan yang memudahkan tugas ibu atau bapa yang mahu mendukung anak untuk jangka masa yang lama. Dalam situasi ini, anak juga dianggap sebagai pengguna kerana anak kita akan berada di dalam penggendong bayi untuk jangka masa yang panjang. Pendek kata, untuk memastikan penggendong bayi selamat digunakan mestilah mendatangkan keselesaan kepada ibubapa sebagai pemakai dan bayi sebagai kendongan. Sebab itulah dalam pemilihan penggendong bayi ciri ergonomik adalah ciri utama dalam memilih penggendong bayi di pasaran.

Walaubagaimanapun, penggunaan penggendong yang salah akan membahayakan bayi dan juga ibu bapa. Kerana itulah sebelum ibubapa membeli penggendong bayi, perlulah membuat sedikit penyelidikan bagi memastikan penggendong bayi itu adalah selamat. Walaupun penggendong bayi itu murah, tetapi aspek ergonomik mestilah diberi perhatian yang utama. 

Penggendong bayi terdiri daripada beberapa jenis. Contoh seperti Wrap, Ringsling, SSC dan Mei Tai. Setiapnya adalah berlainan. Fungsinya tetap sama iaitu menggendong bayi. Rujuk gambar dibawah. InsyaAllah saya akan menghuraikan setiap satu jenis penggendong bayi di entry akan datang.



Antara penggendong bayi yang sering saya nampak di pasaran adalah Crotch Carrier. Untuk makluman ibu-ibu sekalian, croth carrier adalah didalam kategori tidak ergonomik. Ini kerana bahagian bawah yang merupakan tempat bayi duduk adalah tidak selamat untuk bayi. Perhatikan gambar dibawah. Terdapat perbrzaan antara croth carrier dan SSC. Perbezaan paling utama adalah kaki bayi akan terjuntai ke bawah tanpa ada halangan. Keadaan ini agak berbahaya untuk bayi. 

Manakala SSC pula, bukaan kain ditempat duduk bayi adalah lebih luas dan kaki bayi dapat disokong dengan sempurna. Namun untuk bayi berumur 4 bulan ke bawah, SSC tidak digalakkan. Ini kerana tulang belakang bayi masih tidak kuat untuk duduk di dalam SSC. Untuk bayi baru lahir hingga 4 bulan, Wrap dan Ring Sling adalah pilihan paling tepat.



Bayangkan jika kita duduk tanpa ada sesuatu yang menyokong kaki kita. Sudah tentu kita penat bukan. Sama juga keadaannya dengan bayi. Jadi, rajin-rajinkan menggoogle terlebih dahulu sebelum membeli.


Ada yang berpendapat baby carrier yang ergonomik ini mahal harganya. Ya. Saya mengaku. Purata harga untuk SSC adalah RM150 - RM400. Tetapi bukankah kita membeli sekali sahaja. Bukan kita perlu beli setiap bulan. Tidak salah jika kita membeli untuk kebaikan bayi. Kasihanilah bayi kita. Terus terang saya katakan. Setiap kali saya melihat ibu bapa memakai croth carrier, saya akan berasa kesian. Dengan kaki tergantung begitu. Allahuakbar. Kerana itulah, sebelum saya membeli untuk Eryna, saya cari maklumat dahulu. Jangan malu bertanya. 

Kita mampu untuk membeli handphone yang mahal. Takkan untuk bayi kita mahu memilih juga yang murah sedangkan kita sudah tahu mana yang terbaik. Fikir-fikirkan. Jangan kerana mahu menggendong bayi, kita tersalah membeli. Banyakkan membaca. Banyakkan bertanya. 

Selamat Hari BabyWearing Sedunia.
Nor Atiqah






Ahad, 12 Oktober 2014

Kelas Online Akademi Bekerja di Rumah

Assalamualaikum wbt.

Teks : Nor Atiqah Hamidi



Akademi Bekerja Di Rumah menawarkan berbagai jenis kelas yang sesuai untuk suri yang mahu memulakan bisnes dari rumah. Antara kelas yang ditawarkan adalah

Kelas online asas bina blog dan penulisan
Di dalam kelas ini, kita semua akan di ajar bagimana mahu menulis cara santai tapi masih mengekalkan bahasa melayu formal. Ini merupakan salah satu cara menarik minat pembaca suka baca dan bertandang. Teknik tulisan yang baik akan mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi. Bergabung dengan lebih ramai blogger di akademi kami yang kini sudah mencecah 800blog dan mahu menuju ke 1000 blog pada tahun 2015 untuk membantu aliran trafik ke blog. Belajar mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog. Bagi yang sudah ada blog, tapi masih tiada idea menulis juga dialu-alukan untuk sertai kelas ini.


Kelas online asas blog dan fanpage mula bisnes
Sesuai untuk suri yang mahu mulakan bisnes online tapi tidak tahu bagaimana caranya.Juga untuk suri yang mahu mula berbisnes tapi masih tiada produk. Belajar urusniaga mudah dengan menggunakan medium percuma seperti blog, fanpage, dan fb. Kelas ini juga akan mengajar bagaimana untuk menjana pendapatan awal bermula RM5, RM10, seterusnya ditingkatkan lagi RM20, RM50, RM100 dan seterusnya (tertakluk kepada kerajinan dan konsisten masing-masing). Kelas yang sangat sesuai untuk suri bekerjaya yang sangat sibuk, suri rumah sepenuh masa dan bagi mereka yang mahu buat secara sambilan atau sepenuh masa. Belajar membuat blog kedai online, belajar menulis konsisten, buat borang tempahan, jenis-jenis entri blog, buat fan page, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.


Kelas beriklan di mudah.my
Mudah.my merupakan medium promosi online secara percuma. Belajar teknik beriklan dengan betul di situ.
Kelas penulisan kreatif 
Sesuai untuk suri yang bercita-cita untuk menulis cerpen. Belajar menulis cerpen dahulu sebelum menulis novel. Apabila sudah pandai tulis cerpen, insya Allah boleh menulis novel. Sudah ramai yang berjaya menulis novel.
Rakan niaga / pengurus online akademi 
Kami buka penyertaan ini kepada suri yang mahu memulakan bisnes online tapi tiada produk untuk diniagakan. Antara produk utama akademi iaitu kelas online, produk digital ebook, pakej iklan., dropship makanan sunnah, dropship produk makan, dropship telekung solat dan dropship produk islamik. Kesemuanya atas talian. Tiada stok yang perlu disimpan, juga tidak memerlukan modal tinggi. Hanya berbekalkan komputer dan talian internet.
Kelas urus niaga akaun bisnes kecil WAHM SOHO
Sesuai untuk suri yang mahu belajar mengurus akaun bisnes. Kelas ini diadakan secara dalam talian dan juga di dalam bengkel. Kelas ini penting bagi memastikan akaun bisnes suri teratur dan mudah diuruskan. 

Matlamat utama kelas

- Memberi pengenalan dan mengajar kepada surirumah yang baru mengenal dunia online, terutama fan page, blog dan lain-lain.

- Bagi kelas asas blog dan fan page, khusus kepada 'sasaran' yang zero tentang urus niaga online. Sebagai permulaan awal suri akan diajar bagaimana mahu membina kedai online dan latihan urus niaga. Selepas boleh berdikari suri boleh belajar dengan pakar-pakar pemasaran yang ada di Malaysia dengan lebih meluas dan membina rangkaian bisnes sendiri. Kami adalah sebagai trek pemula, sebagai 'langkah awal' bagi yang benar-benar 'zero' tentang bisnes dan urus niaga online.

- Kelas asas blog dan penulisan, matlamatnya untuk memberi pendedahan dan cara bagaimana membina blog yang disukai pembaca, membina jaringan dan pengaruh penulis blog dan juga penjenamaan dalam carian google.
 Bagaimana kelas ini dijalankan?
Kelas berbentuk toturial ini dijalankan sepenuhnya secara online (atas talian). Suri akan diberikan ebook rujukan iaitu ebook belajar asas blog. Selepas itu suri akan dimasukkan dalam group kelas di facebook. Komunikasi adalah secara one to one (personal coaching) melalui pm di facebook atau group kelas. Nota dan toturial bergambar disediakan di dalam group kelas tersebut.
Jadual kelas adalah fleksibel, mengiikut masa suri sendiri bila mahu belajar. Pertanyaan dan soalan boleh dilontarkan terus kepada guru online melalui message di facebook. Suri hanya perlu rajin menyiapkan tugasan yang diberikan dan rajin bertanya dan berhubung dengan guru jika ada soalan yang ingin diajukan.
Tugasan yang diberikan adalah untuk membantu suri menyiapkan blog masing-masing. Suri dan guru online hanya berhubung secara online sahaja. Hanya perlu ada kelengkapan gadget iaitu laptop atau komputer dan talian internet. Malah jika ada telefon canggih juga satu kelebihan kepada protege untuk membuat tugasan terus walau di mana pun mereka berada.

Soalan lazim.
Kelas ini di mana?
Uniknya kelas kami secara online sahaja. Boleh mula bila-bila masa sudah sedia.
Saya bekerja tak ada masa?
Disebabkan suri tak ada masa, itu sebab kelas ini masanya fleksibel. Iaitu 10 langkah mudah untuk kelas penulisan dan 16 langkah untuk kelas bisnes.
Saya tak ada produk
Produk kami sediakan. Boleh jadi rakan niaga akademi. Jika sudah ada produk lagi ok.
Berapa lama boleh pandai? 
Bukan berapa lama boleh pandai, tetapi berapa cepat boleh siapkan tugasan. Ada pelajar laju ambil masa 10 hari sahaja, ada 3 minggu, ada sebulan dan ada lebih dari itu. Cepat lambat adalah bergantung pada diri sendiri. Cepat siapkan tugasan, maka cepatlah suri boleh mula menggunakan blog, facebook dan fanpage untuk menjana pendapatan pula.
Apa lagi yang kami dapat?
Jaringan dan perhubungan sahabat-sahabat lain yang juga dari kalangan surirumah, suri bekerjaya. Boleh berkenalan dan bertukar pandangan. Inilah kumpulan sokongan yang perlu untuk wanita yang bekerja di rumah, untuk mendapatkan semangat, pendapat, bina kenalan baru dan sebagainya. Juga pertukaran antara blog di akademi dapat membantu menarik traffik ke blog.
Kelas ini terbuka kepada semua yang mahu memulakan bisnes secara online, masih tidak tahu cara bagaimana mahu memulakan. Khusus utama untuk suri rumah, suri bekerjaya yang mahu menambah pendapatan secara sambilan atau sepenuh masa. Juga dialu-alukan penyertaan untuk kaum adam.

Pakej Kelas yang ditawarkan 


PAKEJ 1 - RM150


PAKEJ 2 - RM180


PAKEJ 3 - RM200

Pendaftaran mana-mana kelas boleh dibuat melalui borang tempahan. Bagi ruangan saiz baju, hendaklah diletakkan pakej berapa yang suri mahu.
untuk bersama kami di Akademi Bekerja di Rumah

Khamis, 9 Oktober 2014

Menyimpan stok susu ketika berpantang

Assalamualaikum wbt..

Teks : Nor Atiqah Binti Hamidi

Berbalik pada tajuk diatas, mengapa pentingnya mengumpul stok susu ketika berpantang. Ada ibu-ibu tahu jawapannya?. Mengikut pandangan saya, stok susu boleh dikumpul dan disimpan ketika berpantang. Dengan syarat, ibu-ibu tidak mengeluh andai susu yang diperah sedikit. Bak kata pepatah sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit. Begitulah perumpaannya dengan susu ibu. Mula-mula sikit. Lama-lama banyak.

Stok susu beku (EBM – Express breast milk) amat penting  terutamanya untuk ibu-ibu yang bekerja. Entry kali ini akan membincangkan mengenai EBM secara terperinci. Apa itu EBM?. EBM adalah susu ibu yang diperah dan dibekukan dibahagian beku peti ais. Ketahanan EBM adalah bergantung kepada jenis peti ais yang digunakan. Rujuk jadual dibawah.





Bagaimana mahu menyimpan EBM ketika berpantang?. 

Ibu-ibu sudah boleh menyimpan stok EBM selepas susu matang keluar. Selalunya susu matang keluar pada hari 3-5 selepas bersalin. Bergantung pada badan. Ketika susu matang mulai keluar, ibu-ibu akan mengalami bengkak susu kerana waktu itu susu terhasil dengan banyaknya berikutan badan masih tidak tahu mengawal proses keluaran susu. Ketika inilah ibu-ibu sudah boleh mulai mengepam susu untuk melegakan bengkak susu dan menyimpan stok.  Waktu ini susu yang diperah mungkin tidak banyak. Tetapi ibu-ibu janganlah berputus asa kerana susu sikit ketika berpantang adalah NORMAL. Ini kerana bayi sudah menghisap secara terus melalui payudara ibu.

Langkah-langkah dibawah ini boleh diambil untuk menyimpan stok EBM sebelum ibu mula berkerja

  • Pump susu waktu pagi. Ini kerana payudara akan mengalami pembengkakan berikutan susu yang terhasil ketika waktu malam
  • Pump susu ketika waktu tengah hari. Semua pejabat memperuntukkan waktu rehat selama 1 jam bukan?. Jadi ambillah waktu ini untuk mengepam susu dan melatih badan untuk menghasilkan susu yang maksimum pada waktu ini
  • Pam susu pada waktu petang. Pada waktu ini selalunya semua kerja untuk hari itu sudah selesai. Solat asar dahulu dan kemudian pump susu.
  • Tanderm nursing dengan bayi ketika waktu malam. Ini bagi memastikan susu terhasil dengan banyaknya berikutan hisapan bayi adalah kaedah terbaik untuk meningkatkan susu ibu
  • Tidak memberikan bayi EBM yang diperah. Susukan bayi secara terus sekerap dan semahu bayi. Hanya berikan ketika berlaku perpisahan sementara.
  • Memberi EBM melalui botol susu selepas 1 bulan kelahiran bayi. Seeloknya biarlah orang lain yang memberi EBM tersebut. Seperti suami, mak, mak mertua dll
  • Percaya kepada konsep supply vs demand. Semakin banyak ibu-ibu mengosongkan payudara semakin banyak susu dihasilkan.
  • Pump susu selepas bayi menyusu. Ini untuk meningkatkan ransangan pada payudara dan menghantar signal ke otak bahawa badan perlukan lebih susu. Susu yang keluar mungkin sedikit atau tiada langsung. Tetapi bukankah susu ibu boleh meningkat?
Langkah-langkah yang diberi ini mungkin boleh membantu ibu-ibu bersedia seawal mungkin sebelum mula bekerja. Paling penting ibu-ibu jangan berputus asa sekiranya susu yang diperah sedikit. Itu adalah NORMAL. Jaga waktu mengepam ibu-ibu. Jangan ponteng selepas mula bekerja nanti.

Sekian sahaja untuk entry kali ini. Hingga berjumpa di entry akan datang.

Salam Susu Ibu,
Nor Atiqah Hamidi