Selasa, 9 Januari 2018

Kenapa saya jual Elysian?

Assalamualaikum WBT

Teks : Atiqah Hamidi

Awal tahun 2017, tiba-tiba saya rasa muka saya makin kering. Saya agak fobia sebenarnya dengan kulit kering sebab saya dah pernah alami muka kering yang sangat teruk ketika di Pasir Gudang dulu. Bila saya bagi tahu suami, suami cadangkan produk Elysian. Malam tu juga saya scroll instagram Elysian Hq dan baca semua info. Tak lama lepas tu saya order Complete Set Elysian Skincare.

Alhamdullillah muka bertambah baik. Ketika itu saya konsisten guna Cleanser (pembersih muka) dan Booster Serum. Saya suka sangat pakai serum. Walaupun duduk rumah saya tetap pakai booster serum. Saya perasan muka makin lembut, makin putih dan kurang jerawat. Dalam masa yang sama saya jaga pemakanan juga. Saya banyakkan minum air masak.



Bila dah jatuh cinta lagi senang kita nak sebarkan kebaikan. Betul kan? July 2017 saya daftar sebagai dropship Elysian bawah #TimKakMasKuning. Leader saya iaitu Kak Mas banyak bagi ilmu dan tunjuk ajar kepada kami bagaimana untuk mudah jual skincare. Ini pengalaman baru untuk saya yang baru jual skincare. Tak lama lepas tu, saya upgrade sebagai agen. Saya tahu produk Elysian boleh bantu ramai wanita untuk tampil cantik dengan mudah.

Bahan-bahan yang digunakan dalam semua produk Elysian disahkan selamat dan diakui oleh Institut RAHN di Switzerland. Malah produk Elysian juga mendapat disahkan selamat oleh pihak KKM Malaysia. Yang terbaru produk Elysian juga menjalankan ujikaji makmal dan terbukti tiada bahan kimia berbahaya seperti Mercury, Hydroquinon, Paraben dan sebagainya.

Saya percaya produk Elysian boleh bantu ramai lagi wanita untuk cantik dan menawan. Walaupun kesan lambat disebabkan penggunaan bahan natural, tapi biar lambat asal selamat. Betul dak?

Salam Sayang,
Atiqah Hamidi💕

Isnin, 8 Januari 2018

Selamat Datang 2018

Assalamualaikum wbt

Teks : Atiqah Hamidi

Alhamdullillah, syukur pada Allah. Kita dipertemukan lagi dengan tahun 2018. Dah hari ke-8 tahun 2018? Macam mana kehidupan kalian? Didoakan tahun ini kehidupan kalian dan keluarga lebih baik dari tahun lepas. Amin Amin Ya Rab

Tahun 2017 saya buat satu anjakan bilamana saya cuba buat bisnes lain. Mula-mula tu agak susah. Tapi lama-lama Alhamdullillah dah suka dan saya upgrade jadi agan dalam masa 2 bulan lepas daftar jadi dropship. Tahun 2017 juga merupakan tahun sedih untuk saya dan suami bila saya keguguran. Dan sekarang masih ambil masa untuk pulih.

2018, anak sulung saya Eryna dah masuk sekolah tadika. Hari pertama pergi sekolah dah menangis. Hari ketiga tak nak pergi sekolah sebab dah sekolah banyak katanya. Sekarang dah minggu ke-2 nampak lagi drama sikit-sikit. Tapi alhamdullillah semakin baik. InsyaAllah saya akan coretkan lebih banyak kisah di dalam blog.

Terima kasih sudi baca coretan pertama saya di tahun 2018.
Ayuh Doa, Usaha dan Tawakal 😊

Salam Sayang,
Atiqah Hamidi💖