Ahad, 8 Januari 2017

Gambar Dengan Kawan

Assalamualaikum

Teks : Nor Atiqah Hamidi

Entry ke3 31-Days Challange By JDT Blogger kali ini adalah mengenai Gambar bersama rakan.mari kira selusuri sebahagian cerita saya dan rakan.

Sebenarnya saya tidak ada kawan rapat. Kawan yang ada sekarang pun kenal dalam group babywearing. Itulah kawan bercerita, membebel dan mencurah rasa. Kami datang dari pelbagai latar belakang. Inilah yang menjadikan persahabatan kami indah dan sentiasa ceria. Kami bersatu pada tahun 2014 di JB. Ketika itu Selat Tebrau Babywearers ada mengadakan Bengkel Babywearing 101. Disitulah titik tolak permulaan kepada jatuh cinta saya kepada dunia babywearing.

Kami bukan sekadar cerita mengenai babywearing. Macam2 kami cerita dan bicara. Keluarga, kesihatan, ekonomi, jenaka, sedih, gembira semua disatukan dalam group wassap. Ada kalanya ada berselisih pendapat, tapi kami semua berlapang dada dan menerima pendapat orang lain.

Kami jarang berjumpa. Malah untuk jumpa semua ahli group pun adalah suatu yang mustahil. Ini kerana tidak semua kami akan ada pada masa itu. Bergantung kepada keadaan dan kesediaan. Namun selalunya kami akan jumpa beramai-ramai pada bulan Oktober. Bulan Oktober telah diiktiraf sebagai Babywearing Month. Jadi akan ada sambutan diadakan bagi menghargai dan saling bertukar pendapat di antara babywear. Ini lah masanya untuk bersua muka.

Southern Baby wearing Festival 2016

Malaysian Baby wearing IBW 2016


Annual General Meeting 2015


Ini adalah sebahagian gambar saya bersama rakan. Saya sayang mereka. Moga Kasih kami kekal selamanya. Aamiin

Salam Sayang,
Nor Atiqah Hamidi

Gambar Setahun Yang Lalu

Assalamualaikum

Teks : Nor Atiqah Hamidi

Terlambat sebenarnya update entry ke-2 untuk 31 Days  Challenge By JDT Blogger. Maapkan saya ye pihak penganjur. Tak sengaja. Tak buat dah lepas ini. 

Entry Ke2 adalah gambar setahun yang lalu.
Setahun yang lalu adalah bulan January. Sebulan selepas kelahiran Hana Zafira. Puteri kedua saya dan suami. Kehadiran Hana dalam kehidupan kami sekeluarga banyak memberi perubahan yang lebih baik. Antaranya saya berhenti kerja dan ikut pindah duduk KL. Sedih juga bila nak tinggalkan Pasir Gudang sebab waktu itu kami baru sahaja setahun duduk rumah yang kami beli sendiri.

Namun, perancangan Allah lebih bermakna. Selepas saya disahkan mengandung, ditambah dengan emosi tidak stabil dan tekanan kerja inilah keputusan paling tepat. Kami pindah ke KL pada bulan June 2015. Dan bulan Disember 2015, saya melahirkan Hana Zafira di Hospital Ampang.


Khamis, 5 Januari 2017

Siapa Saya?

Assalamualaikum Wbt

Teks : Nor Atiqah Hamidi

Tadi scrool instagram. Tiba-tiba ternampak post JDT Blogger "31 Days Challange By JDT Blogger"
Ermm macam best je. Lagipun dah lama blog bersawang. Azam 2017 kan tak mahu lagi blog bersawang macam tahun lepas. Jadi, tanpa fikir panjang terus taip tajuk hari ini. Tajuk hari ini adalah Siapa Saya. Siapa Ya Nor Atiqah Hamidi? Hihihi

2014 dah ada entry pasal Siapa Saya. Jadinya, entry kali ini saya akan cerita mengenai diri saya selepas tahun 2014. Sekarang dah 2017. Mesti ada yang berubah kan.

Saya berhenti kerja pada tahun 2015. Bulan Jun 2015. Dan terus pindah Ampang bulan Jun juga. Sebelum itu, saya dan Eryna di Pasir Gudang. Manakala suami di Kuala Lumpur. Ketika itu juga saya sedang mengandungkan anak kedua, Hana Zafira. Maka bermulalah kehidupan kami sekeluarga di tengah kota metropolitan. Masalah utama kami ketika itu adalah mencari pasar. Hahaha. Kami beranggapan ada pasar basah dan kering seperti di Kipmart Pasir Gudang. Ada sebenarnya, tapi tak sebesar dan sebest Kipmart Pasir Gudang. Beruntung orang Pasir Gudang boleh beli barang dapur dalam mall yang selesa tu. Tak lama lepas tu masalah pasar pun selesai. Tapi masih belum jumpa lagi pasar macam Kipmart Pasir Gudang sampai sekarang.

2015 adalah tahun yang agak suram untuk saya dari segi sudut sebagai bisnesswoman. Saya tidak dapat memberi sepenuh perhatian kepada bisnes dan blog kerana masalah internet dan juga diri yang terumbang ambing. Apabila Puan Ummu Habibah, founder Muslimah4u buka peluang untuk jadi Rakan Niaga Muslimah4u saya tidak tunggu lama untuk daftar. Saya tahu ini peluang saya untuk kembali sebagai bisnesswoman. Sedih tau bila agen lama terminate sebab lama tak buat sale. Salah sendiri yang tak buat sale.

Saya melahirkan Hana Zafira, puteri kedua di Hospital Ampang. Alhamdullillah kelahiran dipermudah namun Allah beri sedikit ujian penyusuan. Namun berkat semangat dan dorongan dari Kawan-Kawan, suami, Mak Abah dan Mak Abah Mertua masalah tersebut berjaya diatasi. Oh Ya, Bulan Disember juga menggalkan kenangan manis apabila muka saya terpampang di Majalah Pa&Ma. Alhamdullillah dua kenangan istimewa ditahun 2015.

2016 saya bangkit dengan semangat baru. Semangat mahu terus mensebarkan lagi Blouse Muslimah Stailo ke serata dunia dan Malaysia. Saya mahu ibu menyusukan mudah untuk menyusukan permata hati dan kekal bergaya. Kali ini medium Fb Digunakan sebagai medium penyebar Blouse Muslimah. Lagi seronok bila Ladyboss bagi semangat dan galakan.

Saya sertai Group Telegram 'Insta Puaka'.
Memang puaka sungguh group ini. Cikgu sempoi. Kami sebagai student pun semangat bila dalam group. Group ini bukan sekadar instagram sahaja. Macam-macam ilmu lain diberi. Semangat dan galakan sentiasa diberi supaya kami kuat dan gagah dalam bisnes. Jangan mudah mengalah kata cikgu.

Itulah sebahagian cerita Siapa Saya selepas 2014.
Jumpa lagi di entry ke2 dalam "31 Days Challange By JDT Blogger"

Salam Sayang,
Nor Atiqah Hamidi 😊

Isnin, 2 Januari 2017

Selamat Tahun Baru 2017

Assalamualaikum Wbt

Teks : Nor Atiqah Hamidi

Alhamdullillah. Syukur pada Allah. Masih dipanjangkan umur dan diberi peluang untuk berkhidmat di atas bumi untuk hari ini. Bagaimana hari anda? Sudah hari kedua dalam tahun 2017. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun 2016.

Tahun 2016 banyak cerita yang tidak sempat ceritakan disini. Ini kerana banyak cerita tersebut ada di FB. Jadi, azam tahun 2017 saya akan cuba masukkan cerita di sini dan juga FB. Saya masih sayangkan blog ini. Blog ini lah tempat saya mencurah rasa. Maka blog ini saya akan update sentiasa untuk tahun 2017.

Sudah tetapkan azam untuk 2017? Apa yang pasti saya mahu menjadi lebih baik untuk tahun 2017. Ibu yang lebih baik, isteri yang lebih baik, bisnesswoman yang lebih baik. Segala-galanya lebih baik untuk tahun ini. Saya mahu bantu ibu-ibu untuk bisnes dari rumah dan terus menyusukan permata hati.

2016 menjadikan saya lebih serius dalam bisnes. Dalam masa yang sama saya juga sekali lagi berjauhan dengan suami. Fasa ini lebih mencabar kerana saya duduk bersama dua puteri sepanjang masa. Walaubagaimanapun, ianya pengalaman yang menarik dan akan diingati. Tugas suami tidak membenarkan kami ikut walaupun saya sudah tidak bekerja. Jadi duduk sahajalah di rumah.

Saya doakan 2017 ini lebih bermakna untuk anda.
Tetapkan azam dan matlamat yok!

Selamat Tahun Baru 2017,
Nor Atiqah Hamidi