KELAS ONLINE

Akademi Bekerja Di Rumah menawarkan berbagai jenis kelas yang sesuai untuk suri yang mahu memulakan bisnes dari rumah. Antara kelas yang ditawarkan adalah

Kelas online asas bina blog dan penulisan

  • Di dalam kelas ini, kita semua akan di ajar bagimana mahu menulis cara santai tapi masih mengekalkan bahasa melayu formal. Ini merupakan salah satu cara menarik minat pembaca suka baca dan bertandang. Teknik tulisan yang baik akan mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi. Bergabung dengan lebih ramai blogger di akademi kami yang kini sudah mencecah 800blog dan mahu menuju ke 1000 blog pada tahun 2015 untuk membantu aliran trafik ke blog. Belajar mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog. Bagi yang sudah ada blog, tapi masih tiada idea menulis juga dialu-alukan untuk sertai kelas ini.


Kelas online asas blog dan fanpage mula bisnes

  • Sesuai untuk suri yang mahu mulakan bisnes online tapi tidak tahu bagaimana caranya.Juga untuk suri yang mahu mula berbisnes tapi masih tiada produk. Belajar urusniaga mudah dengan menggunakan medium percuma seperti blog, fanpage, dan fb. Kelas ini juga akan mengajar bagaimana untuk menjana pendapatan awal bermula RM5, RM10, seterusnya ditingkatkan lagi RM20, RM50, RM100 dan seterusnya (tertakluk kepada kerajinan dan konsisten masing-masing). Kelas yang sangat sesuai untuk suri bekerjaya yang sangat sibuk, suri rumah sepenuh masa dan bagi mereka yang mahu buat secara sambilan atau sepenuh masa. Belajar membuat blog kedai online, belajar menulis konsisten, buat borang tempahan, jenis-jenis entri blog, buat fan page, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.

Kelas beriklan di mudah.my

  • Mudah.my merupakan medium promosi online secara percuma. Belajar teknik beriklan dengan betul di situ. 

Kelas penulisan kreatif

  • Sesuai untuk suri yang bercita-cita untuk menulis cerpen. Belajar menulis cerpen dahulu sebelum menulis novel. Apabila sudah pandai tulis cerpen, insya Allah boleh menulis novel. Sudah ramai yang berjaya menulis novel. 

Rakan niaga / pengurus online akademi

  • Kami buka penyertaan ini kepada suri yang mahu memulakan bisnes online tapi tiada produk untuk diniagakan. Antara produk utama akademi iaitu kelas online, produk digital ebook, pakej iklan., dropship makanan sunnah, dropship produk makan, dropship telekung solat dan dropship produk islamik. Kesemuanya atas talian. Tiada stok yang perlu disimpan, juga tidak memerlukan modal tinggi. Hanya berbekalkan komputer dan talian internet. 


Kelas urus niaga akaun bisnes kecil WAHM SOHO
  • Sesuai untuk suri yang mahu belajar mengurus akaun bisnes. Kelas ini diadakan secara dalam talian dan juga di dalam bengkel. Kelas ini penting bagi memastikan akaun bisnes suri teratur dan mudah diuruskan. 

Matlamat utama kelas
  • Memberi pengenalan dan mengajar kepada surirumah yang baru mengenal dunia online, terutama fan page, blog dan lain-lain.
  • Bagi kelas asas blog dan fan page, khusus kepada 'sasaran' yang zero tentang urus niaga online. Sebagai permulaan awal suri akan diajar bagaimana mahu membina kedai online dan latihan urus niaga. Selepas boleh berdikari suri boleh belajar dengan pakar-pakar pemasaran yang ada di Malaysia dengan lebih meluas dan membina rangkaian bisnes sendiri. Kami adalah sebagai trek pemula, sebagai 'langkah awal' bagi yang benar-benar 'zero' tentang bisnes dan urus niaga online.
  • Kelas asas blog dan penulisan, matlamatnya untuk memberi pendedahan dan cara bagaimana membina blog yang disukai pembaca, membina jaringan dan pengaruh penulis blog dan juga penjenamaan dalam carian google.
Bagaimana kelas ini dijalankan?
  • Kelas berbentuk toturial ini dijalankan sepenuhnya secara online (atas talian). Suri akan diberikan ebook rujukan iaitu ebook belajar asas blog. Selepas itu suri akan dimasukkan dalam group kelas di facebook. Komunikasi adalah secara one to one (personal coaching) melalui pm di facebook atau group kelas. Nota dan toturial bergambar disediakan di dalam group kelas tersebut. 
  • Jadual kelas adalah fleksibel, mengiikut masa suri sendiri bila mahu belajar. Pertanyaan dan soalan boleh dilontarkan terus kepada guru online melalui message di facebook. Suri hanya perlu rajin menyiapkan tugasan yang diberikan dan rajin bertanya dan berhubung dengan guru jika ada soalan yang ingin diajukan. 
  • Tugasan yang diberikan adalah untuk membantu suri menyiapkan blog masing-masing. Suri dan guru online hanya berhubung secara online sahaja. Hanya perlu ada kelengkapan gadget iaitu laptop atau komputer dan talian internet. Malah jika ada telefon canggih juga satu kelebihan kepada protege untuk membuat tugasan terus walau di mana pun mereka berada

Soalan lazim.
  • Kelas ini di mana? 
    • Uniknya kelas kami secara online sahaja. Boleh mula bila-bila masa sudah sedia. 
  • Saya bekerja tak ada masa? 
    • Disebabkan suri tak ada masa, itu sebab kelas ini masanya fleksibel. Iaitu 10 langkah mudah untuk kelas penulisan dan 16 langkah untuk kelas bisnes. 

  • Saya tak ada produk. 
    • Produk kami sediakan. Boleh jadi rakan niaga akademi. Jika sudah ada produk lagi ok. 

  • Berapa lama boleh pandai? 
    • Bukan berapa lama boleh pandai, tetapi berapa cepat boleh siapkan tugasan. Ada pelajar laju ambil masa 10 hari sahaja, ada 3 minggu, ada sebulan dan ada lebih dari itu. Cepat lambat adalah bergantung pada diri sendiri. Cepat siapkan tugasan, maka cepatlah suri boleh mula menggunakan blog, facebook dan fanpage untuk menjana pendapatan pula.

  • Apa lagi yang kami dapat? 
    • Jaringan dan perhubungan sahabat-sahabat lain yang juga dari kalangan surirumah, suri bekerjaya. Boleh berkenalan dan bertukar pandangan. Inilah kumpulan sokongan yang perlu untuk wanita yang bekerja di rumah, untuk mendapatkan semangat, pendapat, bina kenalan baru dan sebagainya. Juga pertukaran antara blog di akademi dapat membantu menarik traffik ke blog. 
Kelas ini terbuka kepada semua yang mahu memulakan bisnes secara online, masih tidak tahu cara bagaimana mahu memulakan. Khusus utama untuk suri rumah, suri bekerjaya yang mahu menambah pendapatan secara sambilan atau sepenuh masa. Juga dialu-alukan penyertaan untuk kaum adam.

Kalian mahu menyertai Akademi Bekerja Di Rumah?
WhatsApp saya di 013-7793014. Kita sama-sama belajar bagaimana untuk menjana pendapatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan