Khamis, 15 November 2018

2018, Allah hadirkan Puteri Ketiga

Teks : Atiqah Hamidi

Tahun 2018 dah letak macam-macam azam. Antaranya nak update blog. Tapi dah hujung tahun, baru 2 entry je berupdate. Haha. Maafkan la mummy tiqa yang kengkonon bizi ni. Sebenarnya banyak benda jadi tahun ni. Yang teristimewa adalah kelahiran puteri ke-3 kami, Nuha Arrisa.

Sebenarnya waktu Nuha mula-mula ada, saya macam tak percaya dan susah nak terima. Sebabnya saya baru sahaja keguguran bulan 9 tahun 2017. Dan perasaan takut tu masih ada. Tetapi bila Allah hadirkan Nuha, saya tahu Allah bagi anugerah terindah. Jadi lama kelamaan saya terima dan enjoy sepanjang mengandungkan Nuha.

Semasa mengandung, saya disahkan ada Kencing Manis. Dua kandungan sebelum ini tak ada pun. Tapi kali ini kantoi pulak. What to do? Redha aje la. Dua minggu sekali buat BSP. Sempat la juga 3 kali pergi Hospital Ampang. Saya pergi Hospital Ampang berdua sahaja dengan Hana, puteri ke-2. Eryna puteri sulung di tadika. Satu pengalaman dan pengajaran untuk saya supaya lebih berhati-hati untuk kandungan seterusnya. Ingat ya mummy, elakkan la makanan manis tu. Dah kantoi, penat nak ulang alik hospital dan buat BSP tu. HiHi

Nuha lahir pada 22/8/2018. Malam tu adalah malam raya aidiladha. Makanya mummy pun beraya di hospital. Pengalaman bersalin macam biasa saja. Selepas 9 hari kelahiran Nuha, tetiba saya kena demam sampai menggigil. Dan ianya berterusan hingga 2 hari. Hinggalah hari ke11 saya kena tahan wad di Hospital Kluang. Orang kita kata bentan. Banyak faktor penyebab demam ni. Antaranya bengkak susu, salah makan dan juga luka episotomy. Bila ibu dalam pantang demam, ianya agak merisaukan para doktor. Jadi mummy sekalian, jaga diri sebaik mungkin ya ketika berpantang.

Pantang kali ini saya ambil khidmat Confinement Lady (CL). Sekarang khidmat CL agak popular dikalangan ibu-ibu terutama selepas Dato Siti Nurhaliza menggunakan khidmat CL. Pada saya khidmat CL sangat bagus dan meringankan tugas suami mahupun mak yang menjaga kita. Tetapi saya faham, bayaran untuk khidmat CL agak mahal. Pilihan di tangan kita. Ada juga CL yang harga murah. Rajin-rajinkan bertanya dan cari mana yang sesuai dengan poket kita. Mummy boleh cari CL ini di instagram. Lebih mudah dan senang untuk dicari berdasarkan kawasan mummy.

Rasanya dah panjang entry kali ini, jumpa di entry akan datang ye.

Salam Sayang,
Mummy Tiqa