Isnin, 22 Mei 2017

Dodol Gula Kabung Kak Mahani

Teks : Nor Atiqah Hamidi
Foto : Nor Atiqah Hamidi



Dodol adalah makanan tradisi masyarakat Melayu sejak zaman dahulu lagi. Terdapat berbagai jenis dodol adalah dalam pasaran Malaysia. Kali ini saya mahu cerita mengenai Dodol Gula Kabung Kak Mahani. Dodol ini dihasilkan oleh mak mertua saya iaitu Puan Maharani di Jerantut Pahang. 

Di Pahang gula kabung adalah pemanis yang sering digunakan seperti mana Gula Melaka yang ada di Melaka. Gula Kabung diperolehi dari nira pokok kabung. Rasa gula kabung dan gula melaka adalah beza sama sekali. Harga gula kabung juga berbeza mengikut tempat dan lokasi.



Bahan utama yang digunakan untuk membuat dodol adalah beras pulut, santan dan gula kabung. Masih menggunakan kaedah tradisional dalam proses mengacau dodol. Saya pernah tanya kepada Mak untuk menggunakan mesin dan Mak jawab mesin dodol tidak dapat kacau dodol hingga ke bawah kuali dan boleh menyebabkan dodol hangit. Kebiasaannya masa yang diperlukan adalah sekitar 2 jam dan keatas bergantung pada berat dodol yang dibuat.

Keistimewaan Dodol Gula Kabung Kak Mahani adalah tiada pengawet. Jadi rasa masih asli namun tidak boleh bertahan lama. Jangka masa Dodol sekitar 4 ke 5 hari sahaja. Selalunya tak sampai 4 hari sudah habis dimakan kerana tekstur dodol yang lembut dan mudah dikunyah membuatkan sesiapa yang makan tidak boleh berhenti. 



Nak tahu lebih lanjut boleh tengok di sini - https://www.facebook.com/DodolGulaKabungKakMahani/ 

Nak tempah Dodol Gula Kabung Kak Mahani untuk lebaran boleh terus berhubuung dengan 
Encik Izzul. Whatsapp 013-7783023

Jumaat, 19 Mei 2017

Rambut dan Wanita

Teks : Atiqah Hamidi
Foto ; Google

Bila bercerita pasal rambut ramai pandang sebelah mata. Maklum lah rambut tersembunyi dibalik tudung. Orang tak nampak pun rambut kita. Kita rasa rambut ok, sebenarnya rambut dah bermasalah. Hinggalah bila rambut betul-betul dah merajuk baru kita kelam kabut.


Penjagaan rambut sama pentingnya dengan penjagaan muka. Muka perlu ada serum, pembersih, pelembap dan sebagainya. Mak rambut juga perlu serum, pembersih, penyegar dan sebagainya. Namun kadangkala kita tak kisah mengenai perawatan rambut kerana kita anggap bila shampoo rambut dah sihat dan okey.

Satu perkara basic yang kita semua kena ambil tahu adalah perihal Shampoo rambut. Shampoo rambut hanya membersihkan rambut seperti pemcuci muka membersihkan muka. Itu sahaja. Shampoo rambut akan membersihkan segala kotoran dan minyak yang ada pada rambut dan kulit kepala. Cara terbaik untuk shampoo rambut adalah bila shampoo urut sekali dengan kulit kepala. Ini untuk memastikan darah dapat mengalir dengan baik.

Seeloknya untuk wanita yang berambut panjang melepasi bahu, anda kena shampoo setiap hari. Manakala untuk wanita berambut pendek sekurang-kurangnya dua hari sekali.

Perlu diingat ya. Shampoo hanya membersihkan. Nak rambut cantik, kuat dan sihat perlu penjagaan tambahan. Sebaiknya kita sebagai wanita bertudung, pakai tudung selepas rambut kering. Boleh gunakan hair dryer jika tak sempat. Elakkan pakai tudung ketika rambut basah. Ini boleh menyebabkan kulit kepala berpeluh lalu terjadi rambut berbau kepam.

Sekian perkongsian mengenai rambut untuk kali ini.
Jumpa lagi di entry seterusnya.

Salam Sayang,
MummyTiqa

Mak.. I LOVE YOU

Teks : Nor Atiqah Hamidi

Assalamualaikum WBT

Rasanya baru beberapa hari lepas kita sambut Hari Ibu. Hari untuk mengenang dan memperingati jasa pengorbanan seorang ibu. Saya masih punya Mak. Mak saya seorang guru. Dalam banyak-banyak kenangan dengan Mak ada satu kenangan yang saya tak boleh lupa sampai bila-bila. Ketika Mak disahkan menghidap Kanser Rahim pada tahun 2015.

Ketika itu saya masih di Pasir Gudang dan bekerja. Mak datang bersama Abah dan adik untuk ke kenduri saudara kami. Ketika dalam perjalanan, tiba-tiba Mak mengadu sakit perut. Kami segera ke klinik berhampiran dan diberitahu Mak ada gastrik. Kami terus pulang dan Mak masih sakit perut. Kemudian Mak terus ke Hospital Kluang untuk terima rawatan lanjut. 

Ketika itu saya dah pelik. Tapi disebabkan saya tiada background medical, susah untuk teka apa puncanya dan kenapa. Hinggalah suatu hari saya singgah di satu klinik untuk jumpa doktor. Mahu google pun tak tahu nak google apa. Cerita dan cerita akhirnya doktor bagitahu Mak MUNGKIN ada kanser. Saya terkejut dan dalam perjalanan balik saya menangis. Saya call suami dan suami kata apa-apa kita tunggu Mak kata apa. Jangan buat andaian sendiri. Dan selepas itu Mak senyap dan saya anggap andaian doktor itu salah.

Hinggalah suatu hari Mak bagitahu doktor Hospital Kluang dah confirmkan Mak ada Kanser Hati tahap 4. Remuk luluh hati saya. Betul lah tekaan doktor hari itu. Tak lama lepas tu Mak call lagi bagitahu yang sebenarnya Mak ada Kanser Rahim dan sel kanser dah merebak ke hati. Satu tarikh diberi untuk buat pembedahan dan selepas pembedahan Mak akan buat rawatan Chemoteraphy pula.

Saya lihat Mak tak sedih. Apa yang Mak cakap ketika itu adalah 
'Dah lama Allah bagi nikmat sihat. Kali ni Allah bagi sakit pula.Terima je la. Nak sedih buat apa. Lagi ramai orang kat luar tu yang Allah uji.'

ALLAH. Kuatnya Mak.

Ketika ini adik saya tidak tahu perihal Mak. Hinggalah bila Mak check-in di HSI barulah adik saya diberitahu. Ketika ini adik saya dua orang di KL sambung belajar dan lagi 2 masih bersekolah. Kami 5 beradik. Adik saya di IMU ambil cuti dua minggu untuk jaga Mak lepas pembedahan. Setiap hari saya akan lawat Mak dan adik. Hampir dua minggu Mak di HSI sebelum dibenarkan pulang. 

Perjalanan kanser Mak belum berakhir lagi selepas keseluruhan rahim terpaksa dibuang lantaran disitulah punca kanser. Mak kena buat chemotheraphy pula selepas itu. Pengalaman lihat Mak chemotheraphy saya tulis dientry yang lain ya..

Sayangilah Mak sementara kita masih ada Mak.
Mak adalah syurga kita didunia. 

Selamat hari Ibu untuk Ibu-Ibu sekalian.

Salam Sayang,
MummyTiqa


Khamis, 18 Mei 2017

Seronok ke Berniaga Dari Rumah?

Assalamualaikum WBT

Teks : Atiqah Hamidi

Sebelum berhenti kerja saya merasakan bisnes dan duduk rumah itu suatu yang best dan mudah. Ye la. Tak payah nak bangun pagi kelam kabut hantar anak ke rumah pengasuh, tak kena hadap jem, tak perlu berkejar jalan laju-laju nak punch kad dan macam-macam lagi. Hakikatnya bergelar seoarang WAHM sangat mencabar. Lagi bila anak sedang membesar.

Bila bekerja kita hanya fokus pada kerja dan pulang kerumah jam 5. Tidak perlu fikir pukul berapa nak mandikan anak, nak masak makanan anak, nak update status pukul berapa dan sebagainya. Disinilah pentingnya pengurusan masa. Langkah terbaik tetapkan satu jadual yang MESTI kita patuhi supaya semua perkara berjalan dengan lancar dan teratur.

Lumrah manusia adakalanya semangat tinggi meroket dan tiba-tiba semangat jatuh merudum. Seingat saya hampir 2 kali saya mengalami fasa down ini. Lagi sekali pentingnya rakan-rakan yang boleh naikkan kembali semangat kita. Walaupun hanya dalam medium Whatsapp dan Telegram. Namun sedikit sebanyak dapat membantu menaikkan kembali semangat kita.

Jangan tak tahu ye ramai sudah suri dari rumah yang berjaya pegang tittle JUTAWAN. Contoh Puan Dila Mubarak founder Mamadil, Puan Erna founder Dexandra, Puan Eida Hassan founder Ehps, Puan Fellina founder Raffelinna. Semuanya bermula dari bisnes kecail kemudian berkembang menjadi besar dan alhamdullillah berjaya. Jadikan semangat dan kekuatan mereka sebagai dorongan untuk kita berjaya dimasa akan datang.

Bisnes online sekarang sudah mudah. Pelbagai medium boleh diteroka. Untuk permulaan kita boleh pilih yang free cost seperti Facebook, Instagram, Blog, Wechat dan sebagainya. Bisnes itu mudah bila kita ada ilmu. Jadi bila sudah sudah ada wang yang cukup boleh masuk kelas marketing sama ada yang berbayar atau free. Banyak kelas marketing yang ada untuk kita tingkatkan ilmu dan tambah lebih pendapatan. 

Itu sahaja untuk kali ini.
Jumpa lagi di entry akan datang.

Salam Sayang,
Mummy Tiqa 

Rabu, 15 Mac 2017

Apa Yang Membuatkan Saya Kembali Bangkit Untuk Berbisnes?

Teks : Nor Atiqah Hamidi
Foto : Cik Via Shifa

Assalamualaikum WBT

Mula tahun 2015, bisnes baju muslimah saya mulai menurun. Akhirnya saya diterminate oleh agen kerana tidak berjaya buat sale. Ketika itu juga saya sedang mengandungkan Hana dan baru pindah ke KL. Jadi saya tidak tahu bisnes apa yang saya mahu ceburi ketika itu kerana mood untuk bisnes sudah tiada.

Bulan October 2015, saya masuk group Rakan Niaga Muslimah4u. Beberapa bulan pertama saya masih blur bagaimana mahu pasarkan baju muslimah. Hinggalah pada awal tahun 2016 Team Muslimah4u bagi berbagai task di FB untuk kami belajar bisnes menggunakan medium percuma. Sejak itulah saya belajar Personal Branding. Sebelum ini saya tak berapa suka untuk cerita apa-apa di FB. Tapi itu semua berjaya saya ubah untuk kembangkan bisnes Blouse Muslimah saya.

Sekali lagi hujung tahun 2016 saya mengalami masalah Down. Entahlah. Ketika itu saya PJJ dengan suami. Jadi banyak masa dihabiskan melayan anak-anak. Semangat seolah-olah terbang dibawa angin. Saya pernah tanya suami, boleh ke jika saya berhenti bisnes? Dan suami jawab 'Ikut lah'
Lama saya fikir. FB saya tak update apa-apa pun. Instagram pun sama. Semuanya saya biarkan sahaja. 

Hinggalah Allah buka pintu hati saya untuk pergi ke PD. Ketika ini founder Instapuaka, CikVia Shifa ada buat gathering Instapuaka. Saya masuk kelas Instapuaka bulan 9 macam itu. Alhamdullillah saya berjaya buat sales dengan Instagram berbekalkan ilmu Cik Via. Sebenarnya dalam group Alumni Instapuaka semangat dikalangan ahlinya sangat menajubkan. Mereka sentiasa tolong menolong di antara satu sama lain. Ada sesekali diadakan sesi Sharing. Ahli akan dipilih dan mereka akan ceritakan pengalaman mereka berbisnes dan hal-hal lain yang kita semua tak tahu. Sememangnya saya sangat terinspirasi dengan Sharing dari Kak Fiera, ketua admin Instapuaka. 

Tujuan saya ke PD untuk dapatkan balik semangat saya. Petang itu semua ahli yang datang berkumpul dan diadakan sesi sharing. Saya kena Sharing hari itu. Mulanya macam takut juga. Bila dah mula cakap, air mata yang laju keluar. Rupanya saya pendam cerita itu. Dan cerita itulah yang membuatkan semangat saya terumbang-ambing. Saya luahkan cerita itu. Buat kali pertamanya saya ceritakan cerita itu. Allah leganya bila dah luahkan.






Malam itu kami ada sesi Meditasi. Sesi meditasi ini menyelam kembali segala yang kita buat selama ini. Adakah betul tindakan itu, adakah betul cara ini dan macam-macam lagi. Ketika ini juga kami diajar bagaimana mahu DOA yang betul. Yang spesifik. Tidak bersifat umum. Sekali lagi saya tersentak. Rupanya aku doa selama ini tak betul. Dari sinilah saya betulkan banyak perkara. CikVia ada cakap juga, kita tak boleh nak fahamkan orang, tapi kita boleh buat orang faham kita. Cuba buat orang faham kita. InsyaAllah lama-lama mereka akan faham. Maklumlah bisnes dan rumahtangga. Nampak mudah tapi tak senang ye Puan-puan.

Balik dari PD saya seperti dapat energi baru. Seolah-olah diri yang baru. 
Saya fikir, andaikata ALLAH ambil semula suami saya apa akan berlaku pada saya dan anak-anak? Saya tiada pendapatan. Apa yang perlu saya buat ketika itu jika saya tiada simpanan kecemasan. Maka kerana itulah saya bangkit berniaga kembali. Nak bangkit semula bukan mudah. Seolah-olah kita bermula semula. Tapi kali ini kita dah ada guide line. Ada kawan-kawan yang sokong kita.

Ada kala diatas, ada kala dibawah.
Dimana pun kita, Allah sentiasa ada.

Saya mahu memartabatkan kembali Blouse Muslimah Stailo. Saya mahu sebarkan lagi Blouse Muslimah. Kalau boleh saya mahu semua wanita bergaya dengan mudah dan senang tapi masih menutup aurat. Doakan saya ye.

Terima Kasih sudi Baca.
Jumpa lagi di entry akan datang

Salam Sayang.
Mummy Tiqa 💜

Transformasi Blouse Muslimah4u Dahulu Dan Sekarang

Teks : Nor Atiqah Hamidi
Foto : Muslimah4U

Assalamualaikum WBT

Seperti yang anda baca dalam entry sebelum2 ini, saya mula pakai Blouse Muslimah tahun 2012 macam tu. Gigih bawa semua baju pergi Bali. Balik Bali dah tak boleh pakai baju tu sebab mengandung. Patutnya ambil saiz satu kali lebih besar. Baru boleh pakai lama. Hihih

Sekarang tahun 2017. Jadinya Blouse Muslimah tak ketinggalan juga. Terutama blouse Muslimah4u. Masih menjadikan Kain Cotton sebagai material utama. Namun design makin meletop. Macam-macam yang ditambah baik untuk jadikan Blouse Muslimah masih relevan di kala ini. Maklumlah fesyen makin berkembang. Lagi pula fesyen wanita. Macam-macam jenama pakaian sekarang ini.

Jom kita tengok contoh Blouse Muslimah dari Muslimah4u tahun 2015.



Jika dahulu pihak Muslimah4u hanya menggunakan Kod untuk bajunya, sekarang semua menggunakan nama kolesi. Seperti Thiffal Blouse, Humaira Blouse dan macam-macam nama lagi. Design yang dahulu juga ada Blouse yang tidak nursing friendly. Jadi sekarang semua design adalah Nursing Friendly. Maka ibu-ibu yang menyusu seperti saya dan anda pun boleh bergaya tanpa risau.

Antara penambahbaikan yang lain adalah POKET.
Semua design baru bermula tahun 2016 ada poket. Sama ada poket tepi atau poket hadapan. Saya sangat suka baju poket sebab tak perlu bawa handbag lagi. Jom kita tengok pula design terbaru iaitu Daneen Blouse yang baru dilancarkan minggu lepas. 



Walaupun menggunakan Kain Cotton, Blouse Muslimah sesuai dipakai ke mana sahaja. Ini kerana Kain Cotton yang digunakan adalah yang terbaik dikalangan kain cotton yang ada dipasara. Saya pernah beli baju Muslimah4u tahun 2015. Alhamdullillah masih tahan hingga hari ini. Tak luntur, tak mengembang mahupun mengecut. Jadi untuk anda, jangan terlepas Blouse Muslimah Stailo ini ye. 😄

Terima Kasih kerana membaca.
Jumpa lagi di entry akan datang

Salam Sayang,
Mummy Tiqa 💜


Selasa, 14 Mac 2017

Syurga Buatmu Isteri...

Teks : Nor Atiqah Hamidi

Hari ini MummyTiqa nak share pasal Syurga. Kadang-kadang kita ni dok kejar bisnes sampai lupa tujuan hidup kita yang utama iaitu kejar Syurga Allah. Cuba bayangkan betapa hebatnya Syurga Allah. Hebatnya Syurga diceritakan melalui beberapa petikan Ayat Al-Quran kat bawah ni.


"Mereka bertelekan di atas permadani yang sebelah dalamnya dari sutera. Dan buah-buahan di kedua syurga itu dapat (dipetik) dari dekat."

(Surah Ar-Rahman; 54)

"Di dalam kedua syurga itu ada dua buah mata air yang mengalir."

(Surah Ar-Rahman; 50)

"Di syurga itu mereka memperoleh buah-buahan dan memperoleh apa yang mereka minta."

(Surah Yasin; 57)

"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik." (Surah Ar-Rahman; 70)


---------


Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk Syurga mengikut pintunya mana yang ia suka (mengikut pilihannya).”

(Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)

Berdasarkan Hadis ini, korang rasa senang ke senang sangat nak masuk syurga Allah? Takkan laa korang nak suami masuk syurga sorang-sorang lepastu ada bidadari yang layan. Jadi, kita yang isteri ni kena lah usaha nak masuk Syurga sekali dengan suami.

Barulah boleh cakap 'Bahagia Hingga Ke Jannah'

1. Solat

- Solat seorang wanita adalah lebih susah dari lelaki. Kena pakai telekung, tak boleh nampak rambut. Lagi pula bila anak panjat masa tengah solat. fuhh memang mencabar nak solat dengan anak kecil ini. Jadi jangan tinggal solat, tepat pada waktunya, jangan dilengah-lengahkan dan solatlah dengan sebetul-betulnya. InsyaAllah kita sudah lepas syarat pertama

2. Puasa

- Puasa ikut suruhan Allah. Cuma jika kita ingin berpuasa sunat, perlu lah minta izin suami dahulu. InsyaAllah kita dah berjaya lepas syarat kedua.

3. Menjaga Maruah

- Secara automatik bila dah jadi isteri, kita akan lebih berhati-hati bila bergaul dengan lelaki lain. Betul tak? Malah kita akan sentiasa upgrade diri untuk jadi lebih baik untuk memelihara maruah suami.

4. Taat Pada Suami

- Suami nak air kita buatkan tanpa banyak soal. Suami nak makan ikan masak kicap, kita masakkan tanpa banyak soal. Apa-apa kesukaan suami kita penuhi. Apa-apa yang suami tak suka kita jauhkan. Menurut Ustaz Kazim, taat kepada suami adalah cabaran untuk isteri. Tapi, kita nak masuk mana-mana Syurga Allah kan. Jadinya taatlah untuk grab Redha suami.

#MummyTiqa suka bila Ustaz Kazim bagitahu. Kita orang perempuan ni tak perlu perang susah-susah angkat senjata. Hanya dengan sabar akan karenah suami dan layan suami sebaiknya, kita dah boleh dapat pahala Mati Syahid.


Jom rebut Syurga Allah. Kita semua sama-sama Rasa nikmat Syurga yang tak tergambar dek akal manusia. Ajak sekali kawan-kawan tu. Boleh SHARE dengan gembira.



Isnin, 13 Mac 2017

Bisnes Part Time

Teks : Nor Atiqah Hamidi
Foto : Google



Assalamualaikum WBT

Walaupun saya sudah menjalankan bisnes secara full time, tapi bisnes part time itu adalah suatu kenangan untuk saya. Disitulah saya belajar macam-macam perkara. Disitulah saya berani kehadapan walaupun hanya bisnes part time. Disitulah saya keluar dari dunia kerja saya bilamana saya masuk dalam dunia yang saya tak tahu apa-apa.

Saya bisnes part time semasa saya masih kerja. Adakalanya terbabas juga balas whatsapp masa waktu kerja, tetapi selagi boleh kawal saya cuba kawal. Dahulu tiada apps seperti Buffer atau Hootsuite. Ketika itu pula saya hanya menggunakkan medium FB Pages dan Blog sebagai medium iklan. FB Personal tak cerita pun mengenai bisnes. Malu agaknya. Ke segan tak tahu la.

Bila buat bisnes part time, kadangkala semangat kita turun naik sebab kita masih ada pendapatan tetap. Sebab itulah bila kita masuk dunia bisnes, kita mesti tetapkan TARGET. Jika tiada target ibaratnya kita berniga suka-suka sahaja. Tiada kesungguhan dalam berniaga.

Bisnes dizaman ini amat mudah. Anda hanya perlu handphone dan internet. Untuk permulaan sebaiknya anda cuba jadi DROPSHIP. Walaupun margain keuntungan rendah, namun ianya adalah lebih baik dari anda laburkan duit beli suatu produk yang akhirnya terperuk dibawah katil. Kebanyakkan kita berfikir jika mahu bisnes perlu modal yang besar. Tidak. Tak ada modal pun boleh bisnes asalkan kita tahu produk apa yang kita mahu jual.

Sebaiknya juallah barang yang anda PAKAI DAN SUKA. Ini boleh menyebarkan lagi kecintaan anda kepada barang tersebut dengan mudah kepada pelanggan. Contohnya set mekap. Anda suka mekap. Jadi anda jual barang mekap yang anda pakai dan orang akan tertarik untuk beli kerana anda yakin dengan produk anda. Sebelum saya betul-betul serius dengan Blouse Muslimah, banyak juga dropship lain yang saya sertai seperti buku, pefume dan barang bayi. Saya suka ketiga barang itu. Tapi jiwa saya bukan pada tiga barang itu. InsyaAllah anda akan temui jiwa anda bila anda sudah benar-benar suka bisnes.

Kebelakangan ini sudah ramai sifu. Jangan sampai tersalah pilih sifu. Banyak sudah kes sifu online yang tak mejadi. Kalau boleh bertanyalah kepada kawan-kawan yang sudah lama bisnes siapa sifu mereka. Sifu ini juga terbahagi kepada beberapa bahagian. Ada sifu copywriting, sifu close-sale, sifu storytelling. Macam-macam sifu lagi laa. Bila anda sudah temui sifu idaman hati, bergurulah dengan ikhlas. InsyaAllah anda akan mudah untuk apply dalam bisnes.

Sekian sahaja coretan saya untuk kali ini.
Terima Kasih sudi baca.

Salam Sayang,
Mummy Tiqa 💜

Ahad, 12 Mac 2017

Pengalaman Pergi Kelas Offline

Teks : Nor Atiqah Hamidi
Foto : Nor Atiqah Hamidi



Assalamualaikum WBT
Semalam, 10 Mac 2017 saya telah berjaya memecahkan satu tembok iaitu pergi ke kelas offline. mungkin untuk orang lain ianya biasa-biasa sahaja, tetapi untuk saya ianya suatu yang perlu diraikan kerana saya susah untuk keluar dan tinggalkan anak. Saya ada perasaan takut untuk tinggalkan anak saya walaupun bersama suami kerana Hana masih menyusu badan.

Saya pergi ke Bangi dengan kawan saya yang sama-sama menjual Blouse iaitu Ain. Kami sama-sama menjual Blouse Muslimah dan sama-sama WAHM. Jadi suatu yang berat untuk tinggalkan anak dirumah. Namun kami berjaya buat semalam. Beberapa hari sebelum itu kami sama-sama fikir apa yang patut dibuat untuk memastikan kami benar-benar bersedia untuk pergi kelas dan tinggalkan anak seketika. Kami pasakkan dalam hati, ALLAH ada. InsyaAllah ALLAH jaga anak dan suami kami.

Kami bergerak ke Bangi jam 8 pagi. Sampai dalam jam 8.45. Kami datang bertiga dengan seorang lagi rakan niaga Muslimah4u iaitu Ardziah. Semua semangat mahu menuntut ilmu dan mahu menyebarkan lagi Blouse Muslimah agar lebih dikenali. Kelas amat santai. Cikgu pun best. Saya akan ceritakan mengenai Kelas ini dientry akan datang.



Hana tidak mahu menyusu menggunakan botol. Itu sangat merisaukan saya pagi itu. Walaupun dia sudah makan, susu juga penting untuk dia. Tengah hari itu saya call suami. Katanya sudah beri susu menggunakan syringe. Lega hati saya. Makna nya suami boleh mencari solusi lain untuk memastikan Hana minum susu. Alhamdullillah. Dan bila pulang saya tengok susu habis 2 botol. Lagi sekali saya bersyukur kerana Allah jaga suami dan anak saya.

Malam ketika pulang, saya dan Ain tersesat. Sebenarnya kami tersalah jalan. Biasa lah jalan di KL ini. Salah simpang, ke mana ajelah Google Maps bawa kita pergi. Kesian Ain. Maaf ye Ain. Moga tak serik lagi ye nak tumpangkan saya ke kelas offline.

Sebelum ini saya banyak sertai kelas online. Bila dah pergi kelas offline, auranya lain macam. Kita boleh sedut seberapa banyak ilmu tanpa halangan. Benarlah kata orang, berguru secara berdepan lagi terasa auranya berbanding di alam maya. Jadi untuk kalian yang punya masa, pergi lah menuntut ilmu secara berdepan. Saya sudah, anda bila lagi? 😉

Terima kasih kerana membaca.
Kita jumpa di Entry akan datang.

Salam Sayang,
Mummy Tiqa 💜

Jumaat, 10 Mac 2017

Gambar Menyentuh Rasa, Mengundang Rindu

Teks : Nor Atiqah Hamidi
Foto : Nor Atiqah Hamidi

Assalamualaikum Wbt


Semalam belek-belek gambar dalam laptop. Terjumpa gambar ini. Sejujurnya saya rindu suasana ini. Saya rindu kawan-kawan dalam gambar ini. Sara rindu event ini. Event ini berlangsung dalam tahun 2015. Bermula dari situlah saya bergerak aktif dalam STB. 




Ketika ini saya sedang mengandungkan Hana. Saya bawa bersama suami dan Eryna untuk sama-sama joint event ini. Saya mahu mereka rasa sebahagian dari keluarga STB. Walaupun pada mulanya agak sukar suami untuk sama-sama sertai, saya tidak putus asa untuk terus ajak. Alhamdullillah sekarang suami dah Ok bila ajak pergi event STB



Southern Babywearing Fiesta ini diadakan sempena Babywearing Month. Setiap tahun pada bulan Oktober adalah Babywearing Month yang ditetapkan oleh pihak antarabangsa. Jadi event ini bertujuan untuk memberi lebih banyak info mengenai Babywearing kepada masyarakat luar. Ada kalanya info yang kita tahu datangnya bukan dari mereka yang pakar. Bagi membetulkan presepsi orang luar mengenai babywearing, event ini adalah satu daripadanya.

Kebanyakkan event kami buat bersama. Malah tenaga kerja juga dari kalangan kami juga. Kerana itulah bila suatu event itu berjaya, kami merasa sangat puas hati. Inilah masa untuk berkumpul kerana kekangan masa. Banyak masa lagi hanya di dalam group Whatsapp. 

Semoga STB terus maju dan maju untuk sebarkan Babywearing di Malaysia.
Saya Sayang STB. 

Buku : Lelaki Terakhir Menangis Di Bumi

Teks : Nor Atiqah Hamidi
Foto : Nor Atiqah Hamidi

Assalamualaikum WBT



Entry kali ini saya nak share pasal Buku. Sebenarnya buku ni dah lama saya beli. Tapi baru ada kesempatan untuk baca sampai habis. Bila dah mula baca, rasa lain macam. Terus baca sampailah muka surat terakhir. Buku ini bukan novel cinta. Hihi. Tetapi kerana buku inilah saya terfikir sesuatu iaitu 'Apa Yang Aku Boleh Buat Untuk Tolong Umat Islam?'

Kerana buku ini jugalah saya bangkit semula untuk sebarkan Blouse Muslimah walaupun dalam keadaan ekonomi kita yang turun naik. Semangat penulis buku ini saya cuba serap. Walaupun masih muda dan cabaran lagi dasyat, beliau tetap bersemangat untuk bantu walhal bukan dalam negara sendiri. Jadi untuk anda, boleh lah beli buku ini. Baca dengan mata hati. Baca dengan ikhlas. InsyaAllah anda akan temui sesuatu.

Buku ini ditulis oleh Tuan Musa Nuwayri. Rakyat Malaysia yang menuntut di Jordan. Seperti yang kita tahu, Jordan adalah bersempadan dengan Syria. Jadi ramai Rakyat Syria yang menetap di Jordan. Tetapi mereka tidak diberi keistimewaan seperti Di Turki. Kebanyakkan mereka tersepit diatara keluarga dan kos sara hidup. Ada juga Anak-anak Syria ini yang tidak bersekolah lantaran dipaksa berjual di jalanan. Banyak iktibar kita boleh singkap dari buku ini. Beruntunglah kita yang berada di Malaysia. Bersyukur lah, bersyukurlah.

Buku ini telah membuka mata saya mengenai masalah yang berlaku di luar Malaysia khasnya negara-negara islam seperti Syria. Kadangkala apa yang kita dengar atau baca di berita tidak sama dengan realiti. Jadi buku ini banyak memberi info mengenai hal itu.

Sebuah badan NGO diasaskan oleh Tuan Musa yang dinamakan Tangisan Syria Di Bumi Jordan. Semua penggerak badan ini terdiri dari pelajar Malaysia yang menuntut di Jordan. Sejujurnya saya tertarik dengan buku ini kerana rata-rata mereka bukanlah golongan yang kaya-raya. Tetapi mereka mampu menyediakan sekolah untuk Anak-Anak Syria dari sumbangan orang ramai terutama rakyat Malaysia.Kalian boleh tengok Sekolah Ini Di FB Tuan Musa. Banyak update beliau update disitu.

Pada pendapat saya, golongan muda seperti ini mampu memimpin remaja dan generasi akan datang untuk lebih empati kepada orang lain. Semoga dengan lahirnya buku ini dapat memimpin remaja kita ke arah yang lebih baik.

Good Job Tuan Musa and Team!

Salam Perjuangan,
MummyTiqa 💜

Khamis, 9 Mac 2017

Pengalaman Masuk Majalah

Teks : Nor Atiqah Hamidi
Gambar : Nor Atiqah Hamidi

Assalamualaikum WBT

Sepanjang saya berkecimpung dalam dunia Blog, adalah satu kegembiraan apabila artikel kita berjaya menarik ramai pembaca. Lagi pula bila artikel disiarkan dalam majalah. Alhamdullillah, syukur pada Allah. Itu yang membuatkan saya bersemangat kembali untuk terus menulis di blog.

Pertama kali saya masuk majalah adalah Majalah Pa&Ma edisi Bulan Disember 2015. Ketika bulan Disember saya melahirkan Hana. Jadi ada dua kegembiraan dalam bulan Disember. Saya dan suami pergi ke Pejabat Karangkraf di Seksyen 15 Shah Alam untuk sesi fotografi. Ketika ini tajuknya adalah Bestnya Mama Resign. Kena sangatlah tajuk tu dengan saya. Walaupun ketika itu saya baru berhenti kerja.





Kali kedua saya masuk Majalah Mingguan Wanita. Saya tidak tahu artikel saya rupanya dipilih oleh Cikgu Blog saya untuk masuk majalah. Saya dapat tahu melalui FB. Dan artikel itu ada dalam blog ini. Ianya ditulis ketika saya dalam proses untuk berhenti kerja. Jadi semangat membara mahu menjadi WAHM. 

Artikel tersebut juga membuatkan saya lebih berani kehadapan untuk Personal Branding diri saya. Sebelum ini saya banyak Branding kan Blouse Muslimah. Kini saya mula selesa untuk Brandingkan diri saya pula. 




Inilah kenangan manis saya sepanjang bersama dunia Blog. Kerana itulah saya masih teruskan blog ini walaupun saya ambil masa yang lama untuk bangun kembali. Doakan saya untuk terus menginspirasikan ramai lagi Wanita di luar sana. 

Terima Kasih Kerana Membaca
Jumpa Lagi

Salam Sayang,
Mummy Tiqa 💜


Seronok Bila Jumpa Kawan-Kawan

Teks : Nor Atiqah Hamidi
Gambar : Nor Atiqah Hamidi

Assalamualaikum WBT

26 Februari 2017 bertempat di Wangsa Walk saya dan rakan-rakan team Muslimah4u telah mengadakan satu gathering iaitu berkumpul dan bercerita mengenai Blouse Muslimah. Kami sering berhubung melalui Group Whatsapp. Namun untuk berjumpa jarang sekali.

Alhamdullillah, Puan Ummu berjaya buat saya bertambah semangat untuk terus sebarkan Blouse Muslimah. Lain rasanya bila jumpa berdepan banding berhubung dalam group. Bila jumpa macam-macam ilmu dapat dikongsi malah ilmu lain dapat ditambah. Puan Ummu juga memberi banyak info mengenai Muslimah4u yang kami pertama kali dengar.

Salah satu sebab saya suka pergi Gathering seperti ini adalah kerana saya jarang dapat keluar. Bila dapat keluar dan jumpa kawan-kawan ianya adalah suatu yang tidak saya lepaskan. Walaupun saya datang lewat kerana tunggu suami habis kerja, ianya tidak menjadi alasan. Kadang-kadang ada persoalan yang kita segan mahu tanya dalam group. Bila ada Gathering seperti ini kita bebas bertanya apa-apa soalan terus kepada Founder.

Kami merancang mahu mengadakan Gathering seperti ini setiap bulan. Supaya semangat kami terus membara walaupun kami bergelar Suri rumah. Siapa kata suri rumah tidak boleh berjaya. Kami pasti boleh. Bisnes secara jemaah lagi seronok berbanding bisnes sendirian. Jadi bila anda ada dalam group, jangan jadi Silent Reader. Nanti orang tak kenal.






Doakan saya terus maju dan maju untuk sebarkan Blouse Muslimah yang membuatkan anda Bergaya Tanpa Abai Aurat. 😃

Salam Sayang,
Mummy Tiqa 💜

Rabu, 8 Mac 2017

Apa Itu Cotton Premium?

Assalamualaikum WBT

Teks : Nor Atiqah Hamidi
Foto : Google

Ramai orang tertanya bagaimana rupa sebenar Blouse Muslimah yang menggunakan Cotton Premium. Sebenarnya semua Blouse Muslimah yang saya jual kebanyakkannya menggunakan 100% Kain Cotton berkualiti tinggi. Kerana itulah harga yang ditawarkan mahal berbanding jenama lain.

Founder Muslimah4u berkata bahawa Kain Cotton yang digunakan setanding Kain Cotton yang digunakan oleh jenama POLO. Selain itu, Kain Cotton yang kami guna juga merupakan Kain Cotton gred teratas dalam kategori Kain Cotton Tshirt. Sebab itulah kualiti kain cotton berbeza antara satu sama lain walaupun namanya Cotton.

Untuk pengetahuan anda, Kain Cotton dihasilkan dari kain kapas tanpa campuran bahan lain. Biasanya dicantumkan dengan 40 hingga 60 benang menegak dan melintang.


Antara Kelebihan Kain Cotton

  • Selesa dipakai kerana tekstur kain yang lembut, tidak berkanji, sejuk dan tidak mengecut
  • Tahan hama dan habuk.
  • Sesuai untuk mereka yang mengalami asma, alahan, kulit sensitif dan mudah terdedah kepada kerengsangan
  • Sifatnya yang berongga dapat memberikan badan pengaliran udara yang baik
  • Agen penyerap bau badan dan peluh yang hebat
  • Sukar untuk rosak dan lusuh malah tahan lama dan berkualiti
  • Satu2nya fabrik di dunia yang tahan kepada semua jenis cuaca (bergantung pada ketebalan)
  • Kain Kapas kesukaan Baginda Rasullullah SAW.
Selain itu istimewanya Kain Cotton adalah
  • Tidak mudah kecut apabila dibasuh
  • Tahan lama walaupun sering basuh dan pakai
  • Warna yang tidak luntur
  • Kain yang tidak berbulu. Adakalanya kain mudah berbulu selepas dibasuh.
  • Kotoran mudah basuh pada fabrik
  • Kain tak melekap apabila dipakai
  • Kain tak perlu iron. Jika iron pun, hanya minima iron sahaja. 
Itulah antara kelebihan dan keistimewaa Kain Cotton Premium yang digunakan untuk membuat Blouse Muslimah jenama Muslimah4u. Jangan malu nak whatsapp saya ye. 😉

Salam Sayang
MummyTiqa 💜

Duduk Rumah Tapi Masih PJJ?

Assalamualaikum

Teks : Nor Atiqah Hamidi

Bulan Julai 2016 suami ada kerja di Labuan. Masa tu harga minyak dunia tengah turun. Banyak pelantar minyak diberhentikan operasi dan tiada pelantar minyak baru dibina. Ketika ini ramai pekerja Oil&Gas terkesan. Termasuklah keluarga kecil saya. Tapi kami bersyukur suami masih ada kerja walaupun terpaksa berjauhan seketika.

Bila dah duduk rumah kalau boleh kita nak ikut ke mana suami pergi je kan. Ibaratnya tak mahu berpisah. Tapi untuk kes saya, suami duduk di Labuan bersama rakan-rakan. Jadi untuk sewa rumah dan tinggalkan rumah sekarang agak payah. Jadi keputusan terbaik adalah duduk sahaja disini. Suami akan pulang ke KL setiap 2 minggu.

Mulanya agak susah kami tiga beranak mahu menyesuaikan diri. Terutama Eryna, anak sulung saya. Eryna agak rapat dengan suami semenjak Hana lahir. Bila suami tiada dirumah dia akan cari. Minggu pertama kami berjauhan, Eryna dan Hana demam. Tak lama kemudian saya pula demam. Ingatkan mampu bertahan di rumah sendiri. Tapi tak cukup kental. Selepas itu kami tinggal di rumah keluarga saya di Kluang.

Saya bertahan selama sebulan di Kluang. Hati meronta mahu balik KL. Akhirnya satu keputusan dibuat. Saya mahu balik KL memandangkan ketika itu suami tidak boleh cuti lama. Balik hari Jumaat dan terbang ke Labuan semual hari Ahad. Saya balik KL.

Kali ini saya doa sungguh-sungguh pada Allah agar diberi kekuatan kepada saya dan anak-anak. Saya doa juga agar keselamatan kami dilindungi sentiasa. Saya pasakkan Allah tempat meminta. Hanya Allah. Alhamdullillah segalanya berjalan lancar. Walaupun anak-anak cari suami, namun mereka boleh faham yang Ayah kerja jauh,

Saya ada satu masalah ketika itu. Iaitu hendak keluar rumah. Kancil saya sudah tidak boleh bergerak lantaran ada masalah pada enjin. Otak ligat berfikir macam mana nak keluar juga walaupun tanpa kenderaan. Tiba-tiba Allah datangkan ilham. Naik Uber. Ketika itu servis Uber sedang popular. Tambahan lagi di KL Uber senang dapat. Hari pertama saya naik Uber pergi Tesco Ampang. Tambang RM4 dari rumah. Murah kan? Kereta pun selesa. Alhamdullillah selesai satu masalah. Balik dari Tesco pun naik Uber. Tapi kali ini tersesat pula. Tak apalah. Asalkan sampai rumah.

Seingat saya, adalah dua ke tiga kali kami naik Uber. Hinggalah suatu hari saya demam. Terus melepek. Dengan muka tak malunya saya terus pergi rumah Acik Syima, jiran depan rumah untuk bawakkan ke klinik. Sebelum ni memang Acik Syima banyak kali bagitahu jika kami mahu pegi mana-mana bagitahu saja. Tapi saya yang segan. Haha. Selepas balik dari klinik, rehat dan makan ubat. Alhamdullillah demam kebah. Selepas itu, jika saya mahu pergi Tesco Acik Syima yang bawakan. Segan juga sebenarnya. Tapi dalam masa yang sama saya bersyukur Allah bagi jiran yang baik untuk saya dan anak-anak.

 Benda baru yang saya explore ketika PJJ adalah Foodpanda. Apa tu? Foodpanda adalah servis penghantaran makanan dari kedai ke rumah. Ada apps. Boleh tengok dalam Google Play dan Apps Store. Menariknya macam-macam kedai makan apa. Western, Arab, Makanan Melayu semua lah ada. Nasi lemak pun ada. Banyak kali juga saya guna apps ni. Terutama bila mood malas masak itu datang. Seronok tau. Lagi satu saya tahu servis penghantaran Burger ke rumah. Burger sedap bak hang. Bila runner hantar burger panas lagi. Tu la antara benda baru yang saya explore bila suami tak ada.

Pengalaman PJJ kali ini agak mencabar dari segi fizikal dan mental. Sejujurnya sangat mencabar. Kali ini saya ada dengan anak-anak 24 jam. Tambahan pula anak-anak sedang membesar. Kesabaran dan ketabahan kena letak paling atas. Saya tak keluar rumah. Jadi sebagai alternatif anak-anak akan ada aktiviti mereka seperti mandi kolam di luar rumah. Sekurang-kurangnya tak adalah terperuk sangat. Bila ke Tesco, saya akan bagi Eryna untuk main playgroud. Selalunya dalam 1 jam. Bagi dia peluang untuk bermain. Balik rumah tak adalah meragam sangat.

Akhirnya pada bulan Januari 2017, tamatlah kerja suami di Labuan. Alhamdullillah kami berjaya harungi PJJ kali ini dengan baik. Jadi untuk anda yang masih PJJ, tanamkan dalam diri
AKU ADA ALLAH. ALLAH JAGA AKU DAN ANAK. Letakkan pengharapan 100% kepada Allah. InsyaAllah semuanya akan baik-baik saja.

Terima kasih kerana membaca.
Jumpa Lagi.

Salam Sayang
Mummy Tiqa 💜

Selasa, 7 Mac 2017

Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak Ibu Mertuaku

Assalamualaikum Wbt
Teks  : Nor Atiqah Hamidi

Alhamdullillah, saya berjaya masak Ikan Patin Masa tempoyak ikut cita rasa suami. Maklumlah walaupun asal Pahang, tapi jarang makan Ikan Patin. Sebelum ini pula macam tak yakin nak masak. 
Resepi ini dari Mak Mertua saya. Sememangnya lauk Ikan Patin Tempoyak masakan wajib bila saya dan suami balik Jerantut. Lagi pun Ikan Patin segar dari Sungai Pahang. Bertambah ummpphh. Jom kita layan resepi Gulai Masam Ikan Patin ini ye.
Bahan-bahan
  •  Ikan Patin - nak guna ayam pun boleh. 
  •  Tempoyak
  •  Cili Api
  •  Kunyit Hidup - yang serbuk pun boleh
  •  Daun Kesum

Cara Penyediaan
  • 📌 Basuh ikan bersih-bersih. Masuk dalam periuk. Masuk pula air separas ikan. Jangan banyak sangat. Nanti kuah cair, tak sedap. Nanti bila dah masak rasa kuah kurang, boleh tambah air. Dun worry. 


  • 📌 Masuk 4-5 sudu tempoyak dalam ikan. Kemudian kacau bagi sebati.
  • Tumbuk Cili api dan kunyit. Masukkan terus dalam periuk.
Dalam periuk ni, dah campur Kunyit hidup, Cili api dan tempoyak

Sila tumbuk. Kalau nak blender pun boleh. Tapi tak sedap.

  • 📌 Letak periuk atas api. Kacau kejap-kejap. Biarkan sampai mendidih. 
  • 📌 Masuk daun kesum.

  • 📌 Masuk garam sesedap rasa. Kuah masa ni dah pekat. Kalau cair tu, maknanya air banyak. 
  • 📌 Rasa. Kalau tak pedas, boleh tambah cili. Tak masam, boleh tambah tempoyak. 
  • Siap dan boleh hidang 



selamat mencuba.

Salam Sayang,
Mummy Tiqa





Isnin, 6 Mac 2017

Cerita Di Sebalik Blouse Muslimah

Assalamualaikum WBT

Teks : Nor Atiqah Hamidi



Sebelum saya mula bisnes Blouse Muslimah, ada beberapa bisnes yang saya rancang. Antaranya menjahit baju dan masak. Padahal dua-dua pun saya tak reti. Jadi, kepala dok fikir lagi. Nak belajar menjahit macam dah tak sempat. Call mak, Mak suruh belajar buat roti. Ah sudah. Tak reti bin tak pandai. Makan tau la.

Tiba-tiba Allah datangkan ilham untuk Jual Blouse Muslimah. Masa tu saya memang dah pakai blouse muslimah. Macam-macam jenama saya dah pakai. Seronok pakai sebab tak payah iron. Walaupun nama Blouse Muslimah, namun setiap jenama berbeza material dan saiz. Kebanyakkan design yang saya beli ketika itu adalah yang boleh menyusukan. Seronok sungguh membeli. Sampai sekarang suka membeli juga. Hahahaha

Saya mula dengan menjadi Dropship Blouse Muslimah. Agen tu jual macam-macam jenama Baju Muslimah. Dan Alhamdullillah saya berjaya capai target saya dalam masa 6 bulan. Masa itu target nak capai lebih banyak komisen. Boss saya lelaki. Jadi, anda boleh bayangkan macam mana kami punya takut dengan boss tu. Sistem teratur. Tak kelam kabut. Sekarang agen tersebut sudah berjaya mengeluarkan Blouse Muslimah jenama sendiri. Awanazstyle. Tahniah Boss. U Are My Inspiration.

Sekarang saya adalah Rakan Niaga Muslimah4u. Diasaskan oleh Puan Ummu Habibah. Lama dah saya follow FB Puan Ummu. Hinggalah satu hari tahun 2015 Puan Ummu buka pengambilan Rakan Niaga. Saya terus masuk tanpa ragu-ragu. Alhamdullillah masih bertahan hingga hari ini. Moga saya terus bersama Muslimah4u untuk sama-sama sebarkan lagi Blouse Muslimah. Aamin..

Terima Kasih sudi Baca.

Salam Sayang
Mummy Tiqa

Isnin, 13 Februari 2017

Kisah Sedih Bisnes

Assalamualaikum

Teks : Nor Atiqah Hamidi

Lama kisah ini saya pendam. Bukan tak mahu cerita. Tapi bila cerita akan terluka kembali. Chewaahh. Tapi tetap nak cerita juga supaya saya dan anda yang baca ambil pengajaran dan tak lupa. Biasa la, dalam bisnes ada turun naik. Saya naik sekejap je. Dan saya jatuh pun sekejap je.

Tahun 2014,
Saya bisnes dengan jayanya. Alhamdullillah. Waktu ini jenama terkenal seperti BellaAmmara, Calaqisya pun tengah naik. Lagi lah kita bersemangat. Saya dah mula survey untuk buat website tahun 2015. Dan Alhamdullillah berjaya.

2015, perancangan untuk berhenti kerja semakin membara. Bisnes going well. Dan saya bersedia untuk pindah dan duduk bersama suami. Namun, ada beberapa perkara timbul di office. Saya jadi kurang semangat untuk kerja. Tiba-tiba saya dapat berita yang sangat-sangat TAK BEST. Dan tanpa fikir panjang saya terus hantar surat resign. 3 bulan notis.

Rancangannya bila dah berhenti kerja terus bisnes macam biasa. Tapi perancangan Allah kita tak tahu. Saya disahkan mengandung anak kedua. Masa ini saya masih menyusukan anak pertama. Jadi emosi saya tidak stabil. Saya terpaksa stop susukan anak pertama dan waktu itu saya mengalami alahan. Keadaan berterusan hinggalah saya dan suami duduk bersama di KL.

Bila duduk KL, semangat nak bisnes makin jatuh. Entahlah. Mungkin sebab keadaan persekitaran baru. Dah tak buat sale, maka Agen pun terminate. Website kelaut, fanpage berhabuk, blog bersawang. Kalau anda perasan, 2015 dan 2016 saya tidak tulis entry. Sampaikan ada orang email saya untuk tanya sama ada blog saya masih aktif atau tidak. Oh, masa itu saya menangis..

Bulan 10 2015, Puan Ummu Habibah, Founder Muslimah4u ada buka untuk jadi agen Baju Muslimah4u. Saya dah kenal baju Muslimah4u. Siapa sangka akhirnya saya dapat jadi agen bersama mentor bisnes yang saya kagumi. Alhamdullillah.

2016 Saya bangkit dengan semangat baru..
Saya mahu sebarkan baju blouse muslimah yang stailo, nursing friendly, tak payah iron, corak cantik-cantik belaka dan labuh yang membolehkan wanita bergaya tanpa abai aurat.
Saya bangkit dengan view yang berbeza. Kali ini saya banyak gunakan FB personal sebagai medium iklan. Akhirnya bulan 9 saya masuk kelas instagram. Nak bisnes kena berani laburkan duit. Cari mentor untuk guide kita. Biarlah orang nak kata apa. Duduk dalam circle Insta Puaka Memang berbeza sangat-sangat dengan kelas lain yang saya pernah sertai. Saya banyak juga joint kelas online. Tapi Insta Puaka lain dari kelas lain. Tak caya? Jom joint kami.

Kini 2017,
saya mahu lagi bantu orang lain. Kali ini dengan menambah nilai pula. Macam mana tu? Dengan ambil agen di bawah saya. Saya mahu bantu orang lain supaya Blouse Muslimah Stailo menggegarkan pasaran Malaysia. Doakan saya ye. Terima kasih Sudi Baca..

Salam Sayang,
Nor Atiqah Hamidi a.k.a #MummyTiqa

Ahad, 8 Januari 2017

Gambar Dengan Kawan

Assalamualaikum

Teks : Nor Atiqah Hamidi

Entry ke3 31-Days Challange By JDT Blogger kali ini adalah mengenai Gambar bersama rakan.mari kira selusuri sebahagian cerita saya dan rakan.

Sebenarnya saya tidak ada kawan rapat. Kawan yang ada sekarang pun kenal dalam group babywearing. Itulah kawan bercerita, membebel dan mencurah rasa. Kami datang dari pelbagai latar belakang. Inilah yang menjadikan persahabatan kami indah dan sentiasa ceria. Kami bersatu pada tahun 2014 di JB. Ketika itu Selat Tebrau Babywearers ada mengadakan Bengkel Babywearing 101. Disitulah titik tolak permulaan kepada jatuh cinta saya kepada dunia babywearing.

Kami bukan sekadar cerita mengenai babywearing. Macam2 kami cerita dan bicara. Keluarga, kesihatan, ekonomi, jenaka, sedih, gembira semua disatukan dalam group wassap. Ada kalanya ada berselisih pendapat, tapi kami semua berlapang dada dan menerima pendapat orang lain.

Kami jarang berjumpa. Malah untuk jumpa semua ahli group pun adalah suatu yang mustahil. Ini kerana tidak semua kami akan ada pada masa itu. Bergantung kepada keadaan dan kesediaan. Namun selalunya kami akan jumpa beramai-ramai pada bulan Oktober. Bulan Oktober telah diiktiraf sebagai Babywearing Month. Jadi akan ada sambutan diadakan bagi menghargai dan saling bertukar pendapat di antara babywear. Ini lah masanya untuk bersua muka.

Southern Baby wearing Festival 2016

Malaysian Baby wearing IBW 2016


Annual General Meeting 2015


Ini adalah sebahagian gambar saya bersama rakan. Saya sayang mereka. Moga Kasih kami kekal selamanya. Aamiin

Salam Sayang,
Nor Atiqah Hamidi

Gambar Setahun Yang Lalu

Assalamualaikum

Teks : Nor Atiqah Hamidi

Terlambat sebenarnya update entry ke-2 untuk 31 Days  Challenge By JDT Blogger. Maapkan saya ye pihak penganjur. Tak sengaja. Tak buat dah lepas ini. 

Entry Ke2 adalah gambar setahun yang lalu.
Setahun yang lalu adalah bulan January. Sebulan selepas kelahiran Hana Zafira. Puteri kedua saya dan suami. Kehadiran Hana dalam kehidupan kami sekeluarga banyak memberi perubahan yang lebih baik. Antaranya saya berhenti kerja dan ikut pindah duduk KL. Sedih juga bila nak tinggalkan Pasir Gudang sebab waktu itu kami baru sahaja setahun duduk rumah yang kami beli sendiri.

Namun, perancangan Allah lebih bermakna. Selepas saya disahkan mengandung, ditambah dengan emosi tidak stabil dan tekanan kerja inilah keputusan paling tepat. Kami pindah ke KL pada bulan June 2015. Dan bulan Disember 2015, saya melahirkan Hana Zafira di Hospital Ampang.


Khamis, 5 Januari 2017

Siapa Saya?

Assalamualaikum Wbt

Teks : Nor Atiqah Hamidi

Tadi scrool instagram. Tiba-tiba ternampak post JDT Blogger "31 Days Challange By JDT Blogger"
Ermm macam best je. Lagipun dah lama blog bersawang. Azam 2017 kan tak mahu lagi blog bersawang macam tahun lepas. Jadi, tanpa fikir panjang terus taip tajuk hari ini. Tajuk hari ini adalah Siapa Saya. Siapa Ya Nor Atiqah Hamidi? Hihihi

2014 dah ada entry pasal Siapa Saya. Jadinya, entry kali ini saya akan cerita mengenai diri saya selepas tahun 2014. Sekarang dah 2017. Mesti ada yang berubah kan.

Saya berhenti kerja pada tahun 2015. Bulan Jun 2015. Dan terus pindah Ampang bulan Jun juga. Sebelum itu, saya dan Eryna di Pasir Gudang. Manakala suami di Kuala Lumpur. Ketika itu juga saya sedang mengandungkan anak kedua, Hana Zafira. Maka bermulalah kehidupan kami sekeluarga di tengah kota metropolitan. Masalah utama kami ketika itu adalah mencari pasar. Hahaha. Kami beranggapan ada pasar basah dan kering seperti di Kipmart Pasir Gudang. Ada sebenarnya, tapi tak sebesar dan sebest Kipmart Pasir Gudang. Beruntung orang Pasir Gudang boleh beli barang dapur dalam mall yang selesa tu. Tak lama lepas tu masalah pasar pun selesai. Tapi masih belum jumpa lagi pasar macam Kipmart Pasir Gudang sampai sekarang.

2015 adalah tahun yang agak suram untuk saya dari segi sudut sebagai bisnesswoman. Saya tidak dapat memberi sepenuh perhatian kepada bisnes dan blog kerana masalah internet dan juga diri yang terumbang ambing. Apabila Puan Ummu Habibah, founder Muslimah4u buka peluang untuk jadi Rakan Niaga Muslimah4u saya tidak tunggu lama untuk daftar. Saya tahu ini peluang saya untuk kembali sebagai bisnesswoman. Sedih tau bila agen lama terminate sebab lama tak buat sale. Salah sendiri yang tak buat sale.

Saya melahirkan Hana Zafira, puteri kedua di Hospital Ampang. Alhamdullillah kelahiran dipermudah namun Allah beri sedikit ujian penyusuan. Namun berkat semangat dan dorongan dari Kawan-Kawan, suami, Mak Abah dan Mak Abah Mertua masalah tersebut berjaya diatasi. Oh Ya, Bulan Disember juga menggalkan kenangan manis apabila muka saya terpampang di Majalah Pa&Ma. Alhamdullillah dua kenangan istimewa ditahun 2015.

2016 saya bangkit dengan semangat baru. Semangat mahu terus mensebarkan lagi Blouse Muslimah Stailo ke serata dunia dan Malaysia. Saya mahu ibu menyusukan mudah untuk menyusukan permata hati dan kekal bergaya. Kali ini medium Fb Digunakan sebagai medium penyebar Blouse Muslimah. Lagi seronok bila Ladyboss bagi semangat dan galakan.

Saya sertai Group Telegram 'Insta Puaka'.
Memang puaka sungguh group ini. Cikgu sempoi. Kami sebagai student pun semangat bila dalam group. Group ini bukan sekadar instagram sahaja. Macam-macam ilmu lain diberi. Semangat dan galakan sentiasa diberi supaya kami kuat dan gagah dalam bisnes. Jangan mudah mengalah kata cikgu.

Itulah sebahagian cerita Siapa Saya selepas 2014.
Jumpa lagi di entry ke2 dalam "31 Days Challange By JDT Blogger"

Salam Sayang,
Nor Atiqah Hamidi 😊

Isnin, 2 Januari 2017

Selamat Tahun Baru 2017

Assalamualaikum Wbt

Teks : Nor Atiqah Hamidi

Alhamdullillah. Syukur pada Allah. Masih dipanjangkan umur dan diberi peluang untuk berkhidmat di atas bumi untuk hari ini. Bagaimana hari anda? Sudah hari kedua dalam tahun 2017. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun 2016.

Tahun 2016 banyak cerita yang tidak sempat ceritakan disini. Ini kerana banyak cerita tersebut ada di FB. Jadi, azam tahun 2017 saya akan cuba masukkan cerita di sini dan juga FB. Saya masih sayangkan blog ini. Blog ini lah tempat saya mencurah rasa. Maka blog ini saya akan update sentiasa untuk tahun 2017.

Sudah tetapkan azam untuk 2017? Apa yang pasti saya mahu menjadi lebih baik untuk tahun 2017. Ibu yang lebih baik, isteri yang lebih baik, bisnesswoman yang lebih baik. Segala-galanya lebih baik untuk tahun ini. Saya mahu bantu ibu-ibu untuk bisnes dari rumah dan terus menyusukan permata hati.

2016 menjadikan saya lebih serius dalam bisnes. Dalam masa yang sama saya juga sekali lagi berjauhan dengan suami. Fasa ini lebih mencabar kerana saya duduk bersama dua puteri sepanjang masa. Walaubagaimanapun, ianya pengalaman yang menarik dan akan diingati. Tugas suami tidak membenarkan kami ikut walaupun saya sudah tidak bekerja. Jadi duduk sahajalah di rumah.

Saya doakan 2017 ini lebih bermakna untuk anda.
Tetapkan azam dan matlamat yok!

Selamat Tahun Baru 2017,
Nor Atiqah Hamidi