Teks : Nor Atiqah Hamidi
Dengan Nama Allah yang maha Pemurah lagiMaha Penyayang. Syukur kita masih bernafas di Bumi Allah ini. Entry kali ini akan menceritakan mengenai kedai online saya iaitu www.airyna.com.
Airyna adalah gabungan nama Aimi Eryna. Disatukan menjadi Airyna. Mudah untuk diingati. Mudah untuk disebut. Bermula dari tahun lepas lagi saya sudah bercita-cita mahu membuka sebuah laman web bercirikan e-commerce. Ini bagi memudahkan pelanggan saya memilih item yang mereka kehendaki. Bukanlah saya katakan Fanpage Facebook tidak releven. Tetapi dengan adanya laman web ianya lebih memudahkan orang untuk melihat koleksi pakaian yang ada.
Saya mula berbisnes dengan menggunaka medium percuma seperti Fanpage Facebook, Blog dan Instagram. Paling banyak digunakan adalah fanpage Facebook. Saya tidak mengikuti sebarang kelas khusus mengenai Fanpage Facebook. Saya hanya membaca perkongsian dan membeli e-book. Alhamdullillah saya mampu menjana pendapatan dengan menggunakan fanpage. Untuk menggunakan Fanpage, kita perlu mahir dengan Fb ads. Langkah terbaik adalah dengan mengikuti kelas yang diadakan agar kita betul-betul tahu mengenai FB ads. Ini bagi mengelakkan duit kita hangus begitu sahaja.
Pada pendapat saya, Blog adalah medium terbaik untuk mempromosikan sesuatu barang atau produk. Bayangkanlah jubah muslimah yang saya iklankan di blog masih ada yang bertanya. Sedangkan jubah tersebut sudah lama kehabisan stok. Blog ibarat kad nama di alam maya. Jadikan blog kita sebagai penyelesaian kepada masalah orang yang membaca.
Kenapa saya buat laman web ecommerce
- Memudahkan pelanggan untuk memilih serta melihat segala produk yang saya jual. Ketika ini saya mengasingkan produk tshirt muslimah dan blouse cotton. Menerusi website saya gabungkan semuanya di bawah satu label iaitu airyna.com. Boleh add to favourite sebelum buat pembayaran
- Stok sentiasa diupdate dari semasa ke semasa.
- Pembeli akan terus diberi maklumat pembayaran.
- Maklumat seperti tracking no akan di update dalam website.
Buat suri yang baru mula berbisnes, jangan terburu untuk memiliki sebuah laman web. Pelajari dahulu bagaimana untuk menjual. Apa medium yang boleh digunakan untuk menjual. Bagaimana untuk menjual kepada orang yang betul-betul memerlukan produk kita. Jangan jual di FB personal. Ini akan mengakibatkan orang tidak suka kepada anda. Ceritakan sahaja mengenai produk anda. Kemudian link kan dengan fanpage atau blog anda.
Saya masih ingat kata-kata Puan Ainon ABS. Gunakan apa yang ada dirumah untuk menjual. Jangan fikir untuk mengeluarkan produk. Kita juga boleh menjual produk orang lain. Terdapat banyak produk yang boleh dijual. Malah ada yang tanpa modal. Ini dipanggil dropship. Boleh baca perkongsian mengenai dropship saya di SINI.
Jika anda berminat untuk belajar menggunakan blog dan fanpage boleh whatsApp 0137793014 untuk bersama kami di Akademi Bekerja di Rumah.
Salam Sayang,
Nor Atiqah Hamidi
Jika anda berminat untuk belajar menggunakan blog dan fanpage boleh whatsApp 0137793014 untuk bersama kami di Akademi Bekerja di Rumah.
Salam Sayang,
Nor Atiqah Hamidi