Selasa, 6 Oktober 2015

Saya mahu jadi WAHM

Saya mahu jadi WAHM



Teks : Nor Atiqah Hamidi

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Semua ibu-ibu mahu duduk dirumah sambil menguruskan rumahtangga. Saya pasti semua ibu berimpian begitu. Saya juga berperasaan sebegitu. Terutamanya selepas melahirkan Eryna. Sedih bila memikirkan anak yang ditinggalkan bersama pengasuh. Namun untuk berhenti kerja secara mendadak adalah mustahil.

Saya mula bercita-cita untuk menjadi WAHM selepas saya membaca satu artikel mengenai wanita berkerja di Facebook karangan Warga Prihatin. Sangat tersentuh bila membacanya. Ketika itulah saya mula memikirkan untuk berhenti kerja. Namun masih belum tercapai. Akhirnya pada bulan Disember 2013 suami saya ditugaskan ke Kuala Lumpur. Bermulalah detik kami sebagai suami isteri yang berjauhan. Ketika itu Eryna berumur 6 bulan. Saya rasa ramai isteri yang memahami keadaan saya bukan?

Saya menyertai ABDR pada bulan February di bawah bimbingan Puan Nisa. Saya belajar bagaimana untuk berniaga. Ketika itu saya sudah menyertai dropship baju muslimah. Saya mula menambah kenalan di Facebook. Saya follow mereka yang sudah Berjaya dalam bisnes. Antaranya Puan Ainon, Tuan Faisal Ahmad, Tuan Aqif Azizan. Setiap yang mereka catatkan di wall facebook saya screenshot. Saya simpan dan baca semula bila ada ruang dan peluang. Maka lahirlah www.noratiqahamidi.blogpsot.com

Akhirnya selepas setahun memendam hasrat untuk menjadi WAHM, tanggal 1 Mac 2015 saya sudah meletakkan jawatan pelukis pelan yang saya sandang selama 6 tahun. Biarlah tugas mencari rezeki diberikan seratus peratus kepada suami. Saya mahu duduk di rumah dan membesarkan anak. Teringat kata kawan saya. Anak akan rapat dengan kita sebelum usia 6 tahun. Selepas usia 6 tahun anak akan kenal dengan kawan-kawan dan akhirnya renggang dengan ibubapa. Maka sebelum usia 6 tahun, sentiasalah berada disisi anak untuk melihat anak membesar.

Namun duduk dirumah bukanlah maksudnya duduk goyang kaki sahaja. Saya mahu berbisnes. Saya mahu memajukan ekonomi umat islam. Saya mahu mejadi peniaga yang berjaya seperti bangsa lain. Saya mahu menolong suri yang bekerja untuk sama-sama menjadi WAHM. Anda boleh mulakan berniaga sekarang. Ya, sekarang. Sudah banyak medium pemasaran percuma yang anda boleh gunakan. Antaranya Blogspot, Fanpage Facebook, Instagram, Twitter dan pelbagai lagi. Fikir apa yang orang mahu beli dan anda ada kepakaran untuk membuatnya. Contoh kek dan roti. Sentiasa ada pemintaan dipasaran. Jika anda minat menjahit, hasilkan sesuatu dan jual di Facebook.

Perkara paling penting dalam membuat keputusan untuk berhenti kerja adalah restu suami dan pertolongan dari Allah. Sentiasa berdoa agar kita boleh menjana pendapatan dari rumah. Perbaiki hubungan dengan Allah. Sentiasa amalkan Solat Sunat Dhuha supaya rezeki kita dibuka seluasnya. Jangan takut untuk berhenti kerja. Allah yang memberi rezeki. Maka mintalah dengan Allah. Allah yang mendorong hati orang untuk membeli dengan kita. Maka, jaga hubungan kita denganAllah.

Pastikan sebelum berhenti anda sudah ada pelan dan tindakan. Jangan pula bila sudah berhenti baru tercari hala tujuan kita. Ketika bekerja pastikan kita sedia untuk melaburkan duit bagi mencari ilmu dan mentor. Supaya apabila sudah berhenti kita betul-betul bersedia. Jangan berkira untuk membeli produk-produk ilmu yang banyak dipasaran. Ada e-book, buku fizikal, kelas online, seminar dan pelbagai lagi. Tetapi jangan pula produk ilmu tersebut disimpan sahaja. Baca dan amalkan. insyaAllah kita akan belajar banyak perkara.

Saya mula bisnes tshirt muslimah dengan menggunakkan blogspot dan fanpage Facebook. Mengapa fanpage? Fanpage adalah medium untuk kita mempromosikan produk kita. Kita war-warkan mengenai bisnes kita melalui fanpage. Kemudian saya buat blog mengenai tshirt muslimah saya. Ramai juga yang bertanya kerana blog adalah medium yang bagus untuk menceritakan mengenai produk kita. Malah blog senang dicari di google. Boleh terus ke www.pretty-muslimah-house.blogpsot.com

Setelah setahun menggunakan medium fanpage dan blogspot, saya beralih kepada laman web berbentuk e-commerce. E-commerce adalah sebuah laman web yang memaparkan produk dan terus sahaja boleh dibeli. Stok dan segala maklumat sudah ada. Ini memudahkan bakal pembeli untuk terus membeli tanpa perlu whatsapp atau pm.  Jemput singgah ke www.airyna.com. Sebenarnya dari mula berniaga lagi saya sudah mahu membuat kedai online sendiri. Tetapi kekangan modal membuatkan niat itu berlalu begitu sahaja. Alhamdullillah saya sudah ada kedai online saya sendiri. Satu persatu pelan tindakan saya mula berhasil.

Jika ada antara suri yang mahu menjadi WAHM, bertindaklah sekarang. Beranikan diri untuk menjual. Belajar bagaimana untuk menjual secara dalam talian. Tidak perlu ambil stok. Mulakan dengan peniagaan tanpa modal atau modal yang sikit.

Sekian,

Nor Atiqah Binti Hamidi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan