Assalamualaikum
Teks : Nor Atiqah Hamidi
Allah. Lamanya saya tak update blog kan. Maaf kan saya wahai pembaca sekalian. Saya akan cuba sentiasa update selepas ini.
Minggu lepas ada seorang bakal ibu WhatsApp saya. Katanya mahu beli buku. Buku tersebut saya ada iklankan di blog ini. Bila saya tanya adakah ini kelahiran pertama? Ibu tersebut jawab Ya. Rupanya Ibu itu mahu meyakinkan ibunya yang dia boleh menyusukan anak.
Ibu-ibu sekalian,
Masalah ini sememangnya sering terjadi kepada kita, Terutamanya ibu yang pertama kali melahirkan. Sebagai orang yang akan menjaga kita sepanjang tempoh berpantang, Ibu kita mahu memberikan yang terbaik. Jadi, kita sendiri yang perlu bersedia jika sudah ternampak bayang-bayang yang ibu kita kurang memberi sokongan terhadap penyusuan susu ibu. Kita yang harus cari ilmu. Supaya kita boleh memberi info dan bercerita kepada ibu apa kelebihan dan kebaikkan susu ibu. Boleh ya Ibu-Ibu sekalian?
Jangan anggap ini satu masalah yang besar. Kita harus bergembira untuk menerima kelahiran permata hati yang ditunggu selama 9 bulan. Sekarang sudah banyak kelas penyusuan. Apa kata bawa sekali ibu kita ke kelas penyusuan. Oh ya. Suami pun harus dibawa juga. Suami merupakan tulang belakang kejayaan penyusuan kita. Selalulah bercakap mengenai susu ibu dengan suami. Terutama betapa jimatnya poket suami kita.
Semoga perjalanan penyusuan susu ibu kita semua dipermudahkan.
Selamat menyambut bulan Ramadan yang bakal tiba. Saya akan kongsikan pengalaman saya menyusukan Eryna ketika bulan Ramadan. Tunggu ya.
Ibu Kepada 2 Puteri,
Nor Atiqah Hamidi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan