Isnin, 2 Januari 2017

Selamat Tahun Baru 2017

Assalamualaikum Wbt

Teks : Nor Atiqah Hamidi

Alhamdullillah. Syukur pada Allah. Masih dipanjangkan umur dan diberi peluang untuk berkhidmat di atas bumi untuk hari ini. Bagaimana hari anda? Sudah hari kedua dalam tahun 2017. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun 2016.

Tahun 2016 banyak cerita yang tidak sempat ceritakan disini. Ini kerana banyak cerita tersebut ada di FB. Jadi, azam tahun 2017 saya akan cuba masukkan cerita di sini dan juga FB. Saya masih sayangkan blog ini. Blog ini lah tempat saya mencurah rasa. Maka blog ini saya akan update sentiasa untuk tahun 2017.

Sudah tetapkan azam untuk 2017? Apa yang pasti saya mahu menjadi lebih baik untuk tahun 2017. Ibu yang lebih baik, isteri yang lebih baik, bisnesswoman yang lebih baik. Segala-galanya lebih baik untuk tahun ini. Saya mahu bantu ibu-ibu untuk bisnes dari rumah dan terus menyusukan permata hati.

2016 menjadikan saya lebih serius dalam bisnes. Dalam masa yang sama saya juga sekali lagi berjauhan dengan suami. Fasa ini lebih mencabar kerana saya duduk bersama dua puteri sepanjang masa. Walaubagaimanapun, ianya pengalaman yang menarik dan akan diingati. Tugas suami tidak membenarkan kami ikut walaupun saya sudah tidak bekerja. Jadi duduk sahajalah di rumah.

Saya doakan 2017 ini lebih bermakna untuk anda.
Tetapkan azam dan matlamat yok!

Selamat Tahun Baru 2017,
Nor Atiqah Hamidi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan