Selasa, 9 Januari 2018

Kenapa saya jual Elysian?

Assalamualaikum WBT

Teks : Atiqah Hamidi

Awal tahun 2017, tiba-tiba saya rasa muka saya makin kering. Saya agak fobia sebenarnya dengan kulit kering sebab saya dah pernah alami muka kering yang sangat teruk ketika di Pasir Gudang dulu. Bila saya bagi tahu suami, suami cadangkan produk Elysian. Malam tu juga saya scroll instagram Elysian Hq dan baca semua info. Tak lama lepas tu saya order Complete Set Elysian Skincare.

Alhamdullillah muka bertambah baik. Ketika itu saya konsisten guna Cleanser (pembersih muka) dan Booster Serum. Saya suka sangat pakai serum. Walaupun duduk rumah saya tetap pakai booster serum. Saya perasan muka makin lembut, makin putih dan kurang jerawat. Dalam masa yang sama saya jaga pemakanan juga. Saya banyakkan minum air masak.



Bila dah jatuh cinta lagi senang kita nak sebarkan kebaikan. Betul kan? July 2017 saya daftar sebagai dropship Elysian bawah #TimKakMasKuning. Leader saya iaitu Kak Mas banyak bagi ilmu dan tunjuk ajar kepada kami bagaimana untuk mudah jual skincare. Ini pengalaman baru untuk saya yang baru jual skincare. Tak lama lepas tu, saya upgrade sebagai agen. Saya tahu produk Elysian boleh bantu ramai wanita untuk tampil cantik dengan mudah.

Bahan-bahan yang digunakan dalam semua produk Elysian disahkan selamat dan diakui oleh Institut RAHN di Switzerland. Malah produk Elysian juga mendapat disahkan selamat oleh pihak KKM Malaysia. Yang terbaru produk Elysian juga menjalankan ujikaji makmal dan terbukti tiada bahan kimia berbahaya seperti Mercury, Hydroquinon, Paraben dan sebagainya.

Saya percaya produk Elysian boleh bantu ramai lagi wanita untuk cantik dan menawan. Walaupun kesan lambat disebabkan penggunaan bahan natural, tapi biar lambat asal selamat. Betul dak?

Salam Sayang,
Atiqah Hamidi💕

Tiada ulasan:

Catat Ulasan