Khamis, 9 Oktober 2014

Menyimpan stok susu ketika berpantang

Assalamualaikum wbt..

Teks : Nor Atiqah Binti Hamidi

Berbalik pada tajuk diatas, mengapa pentingnya mengumpul stok susu ketika berpantang. Ada ibu-ibu tahu jawapannya?. Mengikut pandangan saya, stok susu boleh dikumpul dan disimpan ketika berpantang. Dengan syarat, ibu-ibu tidak mengeluh andai susu yang diperah sedikit. Bak kata pepatah sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit. Begitulah perumpaannya dengan susu ibu. Mula-mula sikit. Lama-lama banyak.

Stok susu beku (EBM – Express breast milk) amat penting  terutamanya untuk ibu-ibu yang bekerja. Entry kali ini akan membincangkan mengenai EBM secara terperinci. Apa itu EBM?. EBM adalah susu ibu yang diperah dan dibekukan dibahagian beku peti ais. Ketahanan EBM adalah bergantung kepada jenis peti ais yang digunakan. Rujuk jadual dibawah.





Bagaimana mahu menyimpan EBM ketika berpantang?. 

Ibu-ibu sudah boleh menyimpan stok EBM selepas susu matang keluar. Selalunya susu matang keluar pada hari 3-5 selepas bersalin. Bergantung pada badan. Ketika susu matang mulai keluar, ibu-ibu akan mengalami bengkak susu kerana waktu itu susu terhasil dengan banyaknya berikutan badan masih tidak tahu mengawal proses keluaran susu. Ketika inilah ibu-ibu sudah boleh mulai mengepam susu untuk melegakan bengkak susu dan menyimpan stok.  Waktu ini susu yang diperah mungkin tidak banyak. Tetapi ibu-ibu janganlah berputus asa kerana susu sikit ketika berpantang adalah NORMAL. Ini kerana bayi sudah menghisap secara terus melalui payudara ibu.

Langkah-langkah dibawah ini boleh diambil untuk menyimpan stok EBM sebelum ibu mula berkerja

  • Pump susu waktu pagi. Ini kerana payudara akan mengalami pembengkakan berikutan susu yang terhasil ketika waktu malam
  • Pump susu ketika waktu tengah hari. Semua pejabat memperuntukkan waktu rehat selama 1 jam bukan?. Jadi ambillah waktu ini untuk mengepam susu dan melatih badan untuk menghasilkan susu yang maksimum pada waktu ini
  • Pam susu pada waktu petang. Pada waktu ini selalunya semua kerja untuk hari itu sudah selesai. Solat asar dahulu dan kemudian pump susu.
  • Tanderm nursing dengan bayi ketika waktu malam. Ini bagi memastikan susu terhasil dengan banyaknya berikutan hisapan bayi adalah kaedah terbaik untuk meningkatkan susu ibu
  • Tidak memberikan bayi EBM yang diperah. Susukan bayi secara terus sekerap dan semahu bayi. Hanya berikan ketika berlaku perpisahan sementara.
  • Memberi EBM melalui botol susu selepas 1 bulan kelahiran bayi. Seeloknya biarlah orang lain yang memberi EBM tersebut. Seperti suami, mak, mak mertua dll
  • Percaya kepada konsep supply vs demand. Semakin banyak ibu-ibu mengosongkan payudara semakin banyak susu dihasilkan.
  • Pump susu selepas bayi menyusu. Ini untuk meningkatkan ransangan pada payudara dan menghantar signal ke otak bahawa badan perlukan lebih susu. Susu yang keluar mungkin sedikit atau tiada langsung. Tetapi bukankah susu ibu boleh meningkat?
Langkah-langkah yang diberi ini mungkin boleh membantu ibu-ibu bersedia seawal mungkin sebelum mula bekerja. Paling penting ibu-ibu jangan berputus asa sekiranya susu yang diperah sedikit. Itu adalah NORMAL. Jaga waktu mengepam ibu-ibu. Jangan ponteng selepas mula bekerja nanti.

Sekian sahaja untuk entry kali ini. Hingga berjumpa di entry akan datang.

Salam Susu Ibu,
Nor Atiqah Hamidi









Tiada ulasan:

Catat Ulasan