Assalamualaikum wbt.
Teks : Nor Atiqah Hamidi
Pada beberapa minggu lalu, kecoh mengenai seorang bayi telah jatuh akibat dari kegagalan alat pengendong berfungsi dengan baik. Kerana itulah saya terpanggil untuk menulis artikel mengenai penggendong bayi. Saya akan kongsikan mengenai penggendong bayi ini menerusi pengalaman dan pembacaan serta perbincangan di dalam Malaysian Babywearers (FB Group).
Pada pandangan saya, ibu bapa di Malaysia telah kenal akan penggendong bayi. Berbanding dengan stroller, penggendong bayi sangat mudah untuk digunakan dan mudah didapati disamping harga yang mampu dimiliki. Tetapi malangnya, kebanyakkan penggendong bayi yang dijual di kedai bayi tidak ergonomik. Pada itu ergonomik?. Ergonomik adalah sains yang membantu manusia dan peralatan agar selesa dan mudah digunakan oleh pengguna. Penggendong bayi adalah suatu alatan yang memudahkan tugas ibu atau bapa yang mahu mendukung anak untuk jangka masa yang lama. Dalam situasi ini, anak juga dianggap sebagai pengguna kerana anak kita akan berada di dalam penggendong bayi untuk jangka masa yang panjang. Pendek kata, untuk memastikan penggendong bayi selamat digunakan mestilah mendatangkan keselesaan kepada ibubapa sebagai pemakai dan bayi sebagai kendongan. Sebab itulah dalam pemilihan penggendong bayi ciri ergonomik adalah ciri utama dalam memilih penggendong bayi di pasaran.
Walaubagaimanapun, penggunaan penggendong yang salah akan membahayakan bayi dan juga ibu bapa. Kerana itulah sebelum ibubapa membeli penggendong bayi, perlulah membuat sedikit penyelidikan bagi memastikan penggendong bayi itu adalah selamat. Walaupun penggendong bayi itu murah, tetapi aspek ergonomik mestilah diberi perhatian yang utama.
Penggendong bayi terdiri daripada beberapa jenis. Contoh seperti Wrap, Ringsling, SSC dan Mei Tai. Setiapnya adalah berlainan. Fungsinya tetap sama iaitu menggendong bayi. Rujuk gambar dibawah. InsyaAllah saya akan menghuraikan setiap satu jenis penggendong bayi di entry akan datang.
Antara penggendong bayi yang sering saya nampak di pasaran adalah Crotch Carrier. Untuk makluman ibu-ibu sekalian, croth carrier adalah didalam kategori tidak ergonomik. Ini kerana bahagian bawah yang merupakan tempat bayi duduk adalah tidak selamat untuk bayi. Perhatikan gambar dibawah. Terdapat perbrzaan antara croth carrier dan SSC. Perbezaan paling utama adalah kaki bayi akan terjuntai ke bawah tanpa ada halangan. Keadaan ini agak berbahaya untuk bayi.
Manakala SSC pula, bukaan kain ditempat duduk bayi adalah lebih luas dan kaki bayi dapat disokong dengan sempurna. Namun untuk bayi berumur 4 bulan ke bawah, SSC tidak digalakkan. Ini kerana tulang belakang bayi masih tidak kuat untuk duduk di dalam SSC. Untuk bayi baru lahir hingga 4 bulan, Wrap dan Ring Sling adalah pilihan paling tepat.
Bayangkan jika kita duduk tanpa ada sesuatu yang menyokong kaki kita. Sudah tentu kita penat bukan. Sama juga keadaannya dengan bayi. Jadi, rajin-rajinkan menggoogle terlebih dahulu sebelum membeli.
Ada yang berpendapat baby carrier yang ergonomik ini mahal harganya. Ya. Saya mengaku. Purata harga untuk SSC adalah RM150 - RM400. Tetapi bukankah kita membeli sekali sahaja. Bukan kita perlu beli setiap bulan. Tidak salah jika kita membeli untuk kebaikan bayi. Kasihanilah bayi kita. Terus terang saya katakan. Setiap kali saya melihat ibu bapa memakai croth carrier, saya akan berasa kesian. Dengan kaki tergantung begitu. Allahuakbar. Kerana itulah, sebelum saya membeli untuk Eryna, saya cari maklumat dahulu. Jangan malu bertanya.
Kita mampu untuk membeli handphone yang mahal. Takkan untuk bayi kita mahu memilih juga yang murah sedangkan kita sudah tahu mana yang terbaik. Fikir-fikirkan. Jangan kerana mahu menggendong bayi, kita tersalah membeli. Banyakkan membaca. Banyakkan bertanya.
Selamat Hari BabyWearing Sedunia.
Nor Atiqah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan