Assalamualaikum wbt
Teks : Nor Atiqah Hamidi
Minat mula untuk berbisnes datang selepas saya berjauhan dengan suami. Ketika itu saya masih bekerja di Pasir Gudang manakala suami di Kuala Lumpur. Saya tidak suka keadaan begini. Saya tidak mahu ianya berlanjutan selamanya. Rancangannya saya akan ikut suami ke Kuala Lumpur, tetapi saya tidak mahu makan gaji. Jadi saya perlu cari sesuatu bagi saya menjana pendapatan walaupun dirumah. Ketika itu saya tidak berjumpa lagi dengan Akademi Bekerja Di Rumah.
Bermulalah pengembaraan dan pembacaan saya di internet. Saya mencari segala maklumat yang berkaitan bisnes untuk memudahkan saya mengenal pasti bisnes apa yang sesuai dengan saya. Apa yang saya perolehi, mulakan bisnes dengan modal yang minima atau yang tiada modal. Ini bagi memastikan kita tidak mengalami kerugian tatkala bisnes kita tidak mendapat sambutan. Bukankah kejayaan itu ada kegagalan sebelumnya?. Tetapi bagaimana mahu berbisnes tanpa modal?. Ketika ini saya sudah mula tertarik dengan pakaian muslimah. Saya selusuri setiap satu jenama pakaian muslimah yang terdapat di Malaysia seperti Zariya, Muslimah Qaseh, Muslimah4u, Keesya Couture dan lain-lain. Tetapi jika saya mahu menjual terus melalui mereka, saya hanya menjual produk mereka sahaja. Saya tidak mahu fokus pada satu jenama sahaja. Akhirnya, saya menemukan seorang pembekal yang menjual pakaian muslimah berbagai jenama. Inilah peluangnya. Tanpa berlengah saya terus pm pembekal tersebut. Dan hari itu juga saya sudah menjadi agen dropship pakaian muslimah.
Saya tidak terus menjual. Saya perhatikan dahulu rentak pembekal ini. Bagaimana untuk booking baju, cara pembayaran dan sebagainya. Selepas seminggu barulah saya mengupload baju-baju pembekal ke fanpage saya. Maka lahirlah Pretty of Muslimah House. Tiada modal yang diperlukan untuk jadi dropship. Ada juga sebahagian dropship akan mengenakan yuran sebagai yuran komitmen. Ini berikutan ada agen yang menjual untuk kegunaan sendiri sahaja. Pada mulanya saya agak kekok untuk menjual. Nampaknya saya perlu belajar cara pemasaran pula. Ketika inilah saya bertemu dengan Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR).
Dalam menjayakan bisnes tanpa modal, ada beberapa perkara perlu dititik beratkan. Antarnya talian internet, hubungan baik dengan pembekal dan aspek pemasaran. Ini kerana peniaga online sekarang sudah tumbuh bagaikan cendawan. Walaupun kita menjual produk yang sama kita masih boleh menjana pendapatan. Asalkan kita menjual produk yang mempunyai permintaan. Pada saya, pakaian muslimah masih mendapat perhatian berikutan terdapat berbagai jenama dipasaran. Ianya sesuai untuk semua peringkat umur. Saya juga memakai baju muslimah. Maka kerana itulah saya berminat untuk menjual pakaian muslimah. Saya menjual pakaian muslimah untuk memastikan semua wanita di Malaysia menutup aurat dalam erti kata sebenarnya, tetapi masih boleh bergaya. Pakaian muslimah ini juga didatangkan dengan rekaan untuk ibu-ibu yang menyusukan.
Pengalaman saya sebagai agen dropship amat menarik. Pembekal saya sentiasa mahu menolong agen-agen yang berada dibawahnya. Mereka sentisa memberi kata-kata semangat dan motivasi. Mereka juga tidak lokek dalam memberi ilmu mengenai pemasaran. Ada ketikanya mereka akan membuat jualan murah. Ketika itulah kami sebagai agen boleh mendapat keuntungan berlipat kali ganda kerana ramai pelanggan akan mencari baju pada harga runtuh. Kebanyakkan baju yang dijual pada harga runtuh ini tertumpu ketika musim perayaan.
Melalui bisnes tanpa modal kita akan diberi komisen sekiranya berjaya menjual. Malah komisen kita akan dinaikkan jika berjaya menjual lebih dari target asal. Inilah istmewanya dropship. Kita tidak perlu simpan stok dan pos barang. Hanya promosi produk kita. Kemudian pelanggan akan membeli melalui kita. Pelanggan akan membayar kepada kita dan kita akan membayar kepada pembekal setelah ditolak dengan komisen dan harga pos. Komisen itulah keuntungan kita sebagai dropship. Walaupun tidak banyak, tetapi cukuplah untuk kita yang mahu mula belajar bisnes.
Sudah ramai pembekal yang mahu mencari agen dropship. Kita kenali dahulu minat kita. Minta petunjuk dari Allah. Kemudian kita cari pembekal yang aktif dalam bisnes. Kita minta untuk jadi agen mereka. Kebanyakkan mereka ini sudah ada agen yang lebih senior. Belajar dengan mereka. Belajar bagaimana mereka boleh menjana pendapatan walau hanya sebagai dropship. Ada juga beberapa pelanggan sudah tertarik untuk menjadi agen saya. Rancangan saya, untuk 3 tahun akan datang saya sudah boleh simpan stok saya sendiri dan mencari agen pula.
Fokus pada satu pembekal sahaja. Jangan semua kita nak jadi agen dropship. Mentang-mentanglah percuma. Semua nak masuk. Fokus pada satu dahulu. Jika sudah stabil kita boleh menjadi agen untuk produk yang lain pula. Jangan campurkan produk dalam satu-satu blog atau fanpage. Pastikan satu produk satu blog atau fanpage. Barulah kita kelihatan profesional.
Semoga perkongsian saya dapat membuka mata anda semua untuk mula berbisnes. Tidak perlu modal yang besar. Hanya perlu hanphone yang ada talian internet, laptop/pc dan produk yang ingin dijual. Itu sahaja. Minta petunjuk dari Allah. Semoga bisnes kita mendapat rahmat dari Allah.
Terima kasih kerana sudi baca coretan saya. Semoga kita semua kaya dengan berniaga.
Salam Sayang,
Nor Atiqah Binti Hamidi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan