Teks : Nor Atiqah Hamidi
Pada 18 Oktober 2014 yang lalu, saya dan suami serta Eryna telah menyertai Bengkel Babywearing 101 anjuran Selat Tebrau Babywearers. Bengkel ini diadakan di UTM Skudai.
Seramai 100 orang peserta yang terdiri dari ibu dan bapa telah menyertai bengkel ini. Tujuan utama bengkel adalah untuk megajar bagaimana untuk menggendong anak dengan cara yang betul. Ini kerana terdapat beberapa jenis penggendong bayi yang tidak selamat untuk bayi, tetapi masih dijual. Terdapat beberapa jenis penggendong bayi. Seperti Soft Structed Carrier (SSC), Mei Tai, Woven Wrap (WW), Strechy Wrap dan Ring Sling. Setiap satu jenis ini adalah berlainan. Namun tetap sama iaitu menggendong bayi dengan selamat.
Ketika di bengkel ini kami berpeluang mempelajari dan mencuba pelbagai jenis penggendong bayi yang ada. Saya sangat tertarik dengan Wrap. Saya manfaatkan masa yang ada untuk mencuba wrap dan saya sangat menyukainya. Bukankah saya sudah cakap setiap penggendong bayi itu berbeza. Kita boleh cuba dahulu sebelum beli. Maklumlah harganya agak mahal.
Pastikan ibu-ibu mencari maklumat yang tepat mengenai penggendong bayi sebelum membeli. Ini bagi memastikan kita membeli penggendong bayi yang sesuai untuk kita. Sesuai yang dimaksudkan adalah selesa dengan pemakai dan juga penggendong. Selesa yang bagaimana?. Selesa dengan tubuh badan kita, material yang digunakan untuk membuat ssc juga selesa dengan kita. Selesa dibadan orang lain tidak semestinya selesa dibadan orang kita. Kerana itulah saya amat menitikberatkan untuk ibu bapa mencuba dahulu sebelum membeli.
Bagaimana untuk memcuba?
- Kita boleh cuba di kedai fizikal seperti Fabulous Mom, Baby Ultra, Hers Butik dan ditempat lain. Ambil masa untuk cuba dahulu sebelum membeli.
- Sertai kelas babywearing yang dianjurkan. Seperti Baby Ultra ada mengadakan kelas babywearing.
- Sertai bengkel. Seperti saya dan suami di Bengkel Babywearing 101.
- Sertai perjumpaan(gathering dan Meetup) yang dianjurkan oleh persatuan babywear yang berhampiran dengan kawasan anda.
- Pinjam dari kawan yang tahu mengenai babywearing. Ini kerana mereka tahu pelbagai jenis babywear yang ada dipasaran
Seterusnya dibengkel itu juga kami didedahkan dengan penggendong tiruan (fake carrier). Jika kita lihat melalui mata kasar kita tidak akan perasan bahawa carrier itu tiruan. Kebanyakkan yang ada tiruan ini adalah jenama Ergobaby. Kita dapar lihat lambakan ergo tiruan ini dalam pasaran Malaysia. Malah KPDNKK pernah mengadakan rampasan terhadap carrier tiruan ini. Jika ibubapa telah berkenan dan mahu memiliki Ergo, sebaiknya beli dengan penjual yang sah. Klik SINI untuk melihat pengedar ergo yang sah.
Sebaiknya bergaullah dengan mereka yang menggunakan penggendong bayi. Ini bagi memastikan kita sentiasa tahu perkembangan terkini mengenai penggendong bayi. Penggunaan penggendong bayi amat meluas sekali di Malaysia. Nasihat saya, dapatkan pengetahuan dan sentiasa bertanya jika terdapat sebarang soalan mengenai penggendong bayi. Nampak ringkas, tetapi nyawa anak yang kita kendong. Belajar dan terus belajar.
Selamat Berbabywearing,
Nor Atiqah Hamidi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan