Assalamualaikum wbt
Teks : Nor Atiqah Hamidi
Alhamdullillah. Syukur pada Allah.
Entry kali ini saya akan menceritakan kepada ibu-ibu mengenai pam susu atau dalam bahasa inggeris nya disebut breastpump. Apa itu breastpump?. Breastpump atau pam susu adalah alat untuk mengeluarkan susu dari payudara. Breastpump digunakan ketika ibu-ibu berjauhan dengan bayi. Apa pentingnya breastpump?. Pada saya, breastpump amat penting untuk semua ibu. Ini kerana selepas kelahiran ibu akan mengalami bengkak susu, Bengkak susu selalu berlaku pada hari ketiga selepas kelahiran. Ini kerana susu dihasilkan dengan kadar yang optimum ketika itu kerana badan kita belum biasa dengan keadaan tersebut. Maka dengan itu breastpump digunakan untuk mengeluarkan susu bagi meredakan bengkak susu yang dialami.
Untuk ibu-ibu yang bekerja, breastpump digunakan untuk mengeluarkan susu ketika bekerja. Ini kerana ibu-ibu akan meninggalkan anak dibawah jagaan pengasuh. Ketika inilah breastpump berfungsi untuk mengeluarkan susu dari payudara ibu kerana ibu-ibu perlu mengeluarkan susu mengikut keperluan bayi. Jika ibu-ibu tidak mengeluarkan susu dari payudara, ianya akan menyebabkan payudara membengkak lantas membuatkan ibu-ibu tidak berasa selesa ketika bekerja. Kebanyakkan ibu-ibu yang bekerja akan mengepam susu sebanyak 2-3 kali dalam sehari bagi memastikan susu sentiasa terhasil dan cukup untuk bayi sepeniggalan ibu ke tempat kerja. Apabila pulang, susukan sahaja bayi secara terus dari payudara.
Terdapat berbagai jenis pump susu dipasaran sekarang. Boleh lihat jenis breastpump di SINI.
Ibu-ibu sudah lihat jenis breastpump yang ada dipasaran?
Sekarang mari kita lihat bagaimana untuk memilih breastpump pula. Apa aspek yang perlu ditekankan sebelum ibu-ibu membeli breastpump.
Single atau Double breastpump
Ini merupakan aspek yang perlu dititikberatkan sebelum ibu membeli breastpump. Lambakan breastpump dipasaran kadangkala menyebabkan ibu merasa pening untuk memilih. Namun saya sarankan ibu membeli double breastpump. Melalui pengalaman saya, double breastpump sangat menyenangkan dan menjimatkan masa. Jika kita menggunakan single breastpump, kita akan memperuntukkan 15min untuk sebelah payudara. Maka, untuk kedua-dua payudara akan mengambil hampir 30min untuk satu sesi perahan. Kelebihan double breastpump juga adalah meransang hormon prolaktin yang bertanggungjawab meransang produktiviti susu dan memastikan susu ada untuk satu jangka masa yang lama. Sekarang sudah banyak double breastpump dengan harga berpatutan.
Jenis Operasi
Di pasaran sekarang ada breastpump yang menggunakan operasi seperti bateri, electrik, battery dan elektrik juga manual. Bagaimana untuk menentukan jenis yang sesuai untuk kita. Jika ibu tidak perlu ke keluar pejabat dan ada tempat untuk mengepam yang ada plug, maka breastpump jenis elektrik sesuai. Hanya perlukan plug dan tunggu, Jika ibu sering keluar pejabat dan banyak masa di jalan raya, maka breastpump yang menggunakan bateri dan elektrik paling sesuai. Sekarang sudah ada breastpump yang didatangkan dengan power bank. Jadi ibu boleh mengepam di mana sahaja. Pastikan memlilih breastpump berdasarkan cara kerja ibu.
Sedutan
Sebelum membeli, belek-belek kotak atau flyers breastpump terlebih dahulu. Pastikan breastpump tersebut mempunya cara sedutan seakan bayi (mimics baby suction). Bayi ada 2 cara sedutan. Sedutan pertama bayi akan menghisap dengan laju untuk menghasilkan susu. Kemudian bayi akan menyedut susu setelah Let Down Reflex. Sedutan pertama seakan-akan breast kita diurut dahulu. Selepas itu breast akan disedut supaya susu keluar dengan meriahnya. :)
Kita juga boleh menukarkan cara sedutan ini ketika mengepam bagi menggalakkan penghasilan Let Down Reflex.
Bahagian breastpump (Parts)
Ada breastpump yang mudah untuk dibuka dan dipasangkan. Kadangkala parts yang banyak membuatkan kita mengambil masa untuk pasang dan buka. Jadi sebelum beli ibu boleh lihat sama ada parts breastpump banyak atau tidak. Kalau banyak leceh pula nak basuh. Fikirkan juga parts tersebut mudah dicari jika rosak. Ini kerana parts breastpump sangat sensitif. Jika satu parts rosak, akan membuatkan sedutan tidak terasa. Ini akan mengganggu proses mengepam. Saya sudah merasa apabila salah satu part tidak berfungsi. Sungguh tertekan masa itu. Jaga seeloknya parts breastpump ibu supaya penghasilan susu tidak terganggu. Cara terbaik untuk memastikan part bertahan lama adalah segera membasuh parts selepas digunakan. Jangan tinggal tanpa basuh. Lagi satu, ada sesetengah breastpump parts nya agak mahal. Jagalah parts breastpump ibu sebaiknya.
Bunyi (sound)
Bunyi ini terhasil dari motor breastpump. Pada saya, motor paling senyap adalah Spectra. Bunyi pun macam dengar tak dengar. Sangat bagus untuk ibu yang mengepam di cubicle. Pastikan sebelum membeli ibu pastikan bunyi motor breastpump ini. Kadangkala jika terlalu kuat akan mengganggu orang lain pula.
Ketahanan
Breastpump terbahagi kepada beberapa jenis. Seperti light duty (ringan), medium duty (sederhana) dan heavy duty (berat). Kebanyakkan yang ada dipasaran adalah medium duty iaitu untuk penggunaan 3-5 kali sehari. Jika ibu mengepam lebih dari itu elokkan mengambil breastpump jenis heavy duty. Selalunya heavy duty ini digunakan oleh EP Mom. Sebaiknya belilah breastpump yang mempunyai ketahanan untuk jangka masa panjang. Jadi kita tidak perlu untuk membeli breastpump baru jika melahirkan. Kadangkala ketahanan breastpump juga bergantung pada penggunaan kita. Gunakan sebaiknya breastpump kita supaya dapat berjasa hingga 2 tahun. Tidak salah jika kita membelanjakan duit untuk membeli breastpump yang mahal dari kita membeli yang murah kemudian tidak dapat bertahan lama.
Senang dibawa
Ada breastpump yang bersaiz kecil, ada yang bersaiz besar. Ada yang berat, ada yang ringan. Semuanya bergantung pada penggunaan ibu. Pastikan breastpump ini mudah untuk dibawa ke mana-mana dan tidak membebankan ibu.
Hand free (Tidak perlu dipegang)
Sebahagian ibu agak keberatan untuk meninggalkan tempat duduk. Jadi disinilah penting untuk ibu yang mahu mengepam di cubicle. Pastikan breastpump ibu ada fungsi untuk hand free. Jadi sambil mengepam ibu boleh terus membuat kerja. Sekarang sudah ada Freemie. Freemie ini sangat membantu ibu yang ingin mengepam sambil membuat kerja. Medela FS ada didatangkan dengan handsfree kits. Jadi boleh mengepam sambil membuat kerja.
Budget
Jika kita sudah senaraikan keperluan untuk breastpump, maka budget kan berapa yang kita sanggup laburkan untuk membeli breastpump. Katakanlah ibu ada RM500, ibu sudah boleh dapat double breastpump. Sekarang sudah banyak breastpump dipasaran. Cuma perlu survey dan pilih. Bertanyalah kepada ibu yang sudah berjaya menyusukan anak. Jadi kita tahu breastpump apa yang sesuai untuk kita. Jangan terikut-ikut akan orang lain. Tetapkan pendirian kita sendiri.
Itulah adalah antara aspek yang boleh dititikberatkan sebelum pembelian breastpump. Nasihat saya, survey sepuasnya sebelum membeli. Ada juga kedai yang kita boleh tengok dan pegang sebelum membeli seperti Pumponthego, Fabulous Mom dll. Ibu juga boleh pergi ke mana-mana baby expo untuk melihat dan membeli breastpump. Tetapi pastikan ibu sudah mengenal pasti breastpump apa yang ingin dibeli. Jangan pula bila pergi tidak tahu mahu membeli breastpump apa.
kredit to www.harlindahalim.com
Sekian.
Salam Susu Ibu,
Nor Atiqah Hamidi