Teks : Nor Atiqah Hamidi
Alhamdullillah. Syukur pada Allah.
Sudah hari kelapan dalam tahun 2015. Nampaknya azam saya sudah mula kelihatan menyinar satu persatu. Bagaimana dengan anda?. Sudah tulis apa azam dan impian anda untuk tahun ini. Jika belum, lekas-lekas ambil pen dan kertas. Duduk diam-diam dan catatkan. Fikir sedalamnya apa impian dan azam anda. Saya doakan anda berjaya.
Salah satu azam saya pada tahun ini adalah untuk menjual kelengkapan penyusuan susu ibu. Alhamdullillah. Kedai alam maya saya sudah ada. Hanya mahu masukkan barang sahaja. Kemudian sudah boleh diniagakan. Saya juga menyediakan khidmat konsultasi penyusuan susu ibu. Segala permasalahan saya akan rujuk kepada buku dan artikel yang pernah saya baca.
Penyusuan susu ibu bukan mudah. Nampak mudah, tetapi tak senang. Macam mana itu?. Ianya bermula dari keazaman serta kesungguhan. Kemudian diikuti dengan usaha dan kerajinan. Dan anda akan dapat hasilnya.
Sebaiknya persiapkan segala keperluan penyusuan susu ibu sebelum kelahiran cahaya mata. Beli sedikit demi sedikit. Kalau beli sekali gus kita akan rasa terbeban. Sebaiknya apabila masuk bulan kesembilan kehamilan, semua barang tersebut sudah tersedia. Pada masa ini, kita harus bersedia untuk melahirkan.
' Buat apa beli semua ni. Manalah tahu susu tidak ada atau sikit'
Mentaliti sebegini amat berbahaya. Seolah-olah anda mahu mengalah tanpa berusaha. Usahalah dulu kemudian kalau betul susu anda tiada, jumpa dengan Pakat Laktasi. Jangan mudah mengalah kepada susu formula.
Gunakan masa kehamilan selama 9 bulan 10 hari ini sebagai proses pembelajaran untuk menyusukan bayi. Ini adalah benda paling penting dalam hidup anak anda. Banyakkan membaca. Rajinkan bertanya kepada ibu-ibu yang sudah berjaya menyusukan anak. Pelbagai cabaran dan rintangan mereka tempuhi sebelum berjaya menyusukan anak selama 2 tahun tanpa susu formula.
Salam Sayang,
Nor Atiqah Hamidi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan