Jumaat, 2 Januari 2015

Pahit Manis 2014

Assalamualaikum wbt..

Teks : Nor Atiqah Hamidi



Alhamdullillah, Syukur pada Allah.
Kita melangkah ke tahun 2015. Bagaimana dengan azam kita pada tahun lepas?. Sudah tercapaikah?. Mana yang sudah tercapai tahniah di ucapkan. Yang belum sama-sama kita usahakan untuk capai pada tahun ini. Mulai tahun baru ini untuk jadi yang lebih baik untuk tahun lepas. Jadikan semua yang berlaku pada 2014 sebagai pengajaran dan proses pembelajaran untuk kita jadi yang lebih baik.

Tahun 2014 merupakan tahun yang banyak mengubah perjalanan hidup saya. Inagt lagi pada awal tahun saya mencari ilmu untuk memulakan perniagaan. Saya telah dipertemukan oleh Allah dengan blog Puan Masayu Ahmad yang bercerita mengenai Akademi Bekerja Di Rumah. Bermulalah dari situ saya belajar ilmu berblog dan berbisnes. Walaupun bisnes saya masih suam-suam kuku, tapi itu merupakan satu pencapaian terbaik untuk saya yang baru berbisnes.

Kenapa blog saya mengenai susu ibu?. Sedangkan banyak topik lain yang boleh diketengahkan untuk tatapan masyarakat. Ini kerana saya adalah ibu yang menyusukan dan bekerja. Saya lihat ibu-ibu akan bermasalah untuk menyusukan anak selepas ibu kembali bekerja. Kerana itulah saya sangat ingin membantu ibu-ibu ini supaya terus menyusukan anak walaupun kembali ke tempat kerja, Tidak perlu susu melimpah ruah. Asalkan CUKUP untuk anak. Itulah yang saya ketengahkan dalam blog saya.

Peluang berbisnes datang selepas saya berjauhan dengan suami. Ketika itu suami di KL dan saya di Pasir Gudang bersama Eryna. Saya tidak mahu selamanya berjauhan. Saya berusaha untuk berniaga walaupun tidak tahu bagaimana mahu bermula. Saya google dan terus google. Alhamdullillah, dengan izin Allah lahirlah Pretty of Muslimah House. Sekarang saya dalam proses untuk membina laman  web supaya perjalan perniagaan saya lebih mudah. Doakan saya.

Saya juga menerima ramai rakan-rakan FB baru yang terdiri dari ibu-ibu yang menyusukan bayi. Alhamdullillah niat untuk membantu semakin dipermudahkan berikutan perkongsian melalui blog dan FB. Saya telah merobohkan dinding FB saya. Dulu saya pernah berkata kepada suami yang FB saya adalah untuk kenalan sahaja. Namun setelah difikirkan semula mengapa saya tidak mahu menambah kenalan baru. Takkan saya mahu berada di keadaan ini sahaja. Maka ketika itulah saya mula menerima rakan baru dan meng'add' kawan baru yang kebanyakkannya terdiri dari mereka yang berbisnes. Alhamdullillah banyak perkongsian dan ilmu diperolehi melalui mereka.

Saya juga telah mengenal cabang ilmu keibubapaan yang lain iaitu Babywearing. Babywearing adalah salah satu kaedah untuk menggendong bayi yang sudah lama bertapak di Malaysia. Mulanya saya hanya menggunakan SSC. Selepas menyertai Bengkel Babywearing 101 anjuran Selat Tebrau Babywearers saya sudah jatuh cinta dengan wrap. Menggendong bayi juga telah memberikan saya rakan-rakan baru yang semuanya mempunyai matlamat yang sama iaitu menggendong dengan selamat. Saya juga menerima pelbagai PM mengenai penggendong bayi. Semua takut jika tersalah beli penggendong bayi. Kesedaran sudah meningkat di kalangan ibubapa di Malaysia mengenai Babywearing. Tahniah semua.

Matlamat utama saya pada tahun ini adalah untuk menjadi WAHM iaitu Work at Home Mother. Apa impian anda?. Kita senaraikan impian kita untuk tahun ini. Semoga Allah memudahkan kita supaya dapat mencapai impian yang kita mahukan.

Sekian,
Selamat Tahun Baru 2015
 Nor Atiqah Hamidi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan