Jumaat, 10 Mac 2017

Buku : Lelaki Terakhir Menangis Di Bumi

Teks : Nor Atiqah Hamidi
Foto : Nor Atiqah Hamidi

Assalamualaikum WBT



Entry kali ini saya nak share pasal Buku. Sebenarnya buku ni dah lama saya beli. Tapi baru ada kesempatan untuk baca sampai habis. Bila dah mula baca, rasa lain macam. Terus baca sampailah muka surat terakhir. Buku ini bukan novel cinta. Hihi. Tetapi kerana buku inilah saya terfikir sesuatu iaitu 'Apa Yang Aku Boleh Buat Untuk Tolong Umat Islam?'

Kerana buku ini jugalah saya bangkit semula untuk sebarkan Blouse Muslimah walaupun dalam keadaan ekonomi kita yang turun naik. Semangat penulis buku ini saya cuba serap. Walaupun masih muda dan cabaran lagi dasyat, beliau tetap bersemangat untuk bantu walhal bukan dalam negara sendiri. Jadi untuk anda, boleh lah beli buku ini. Baca dengan mata hati. Baca dengan ikhlas. InsyaAllah anda akan temui sesuatu.

Buku ini ditulis oleh Tuan Musa Nuwayri. Rakyat Malaysia yang menuntut di Jordan. Seperti yang kita tahu, Jordan adalah bersempadan dengan Syria. Jadi ramai Rakyat Syria yang menetap di Jordan. Tetapi mereka tidak diberi keistimewaan seperti Di Turki. Kebanyakkan mereka tersepit diatara keluarga dan kos sara hidup. Ada juga Anak-anak Syria ini yang tidak bersekolah lantaran dipaksa berjual di jalanan. Banyak iktibar kita boleh singkap dari buku ini. Beruntunglah kita yang berada di Malaysia. Bersyukur lah, bersyukurlah.

Buku ini telah membuka mata saya mengenai masalah yang berlaku di luar Malaysia khasnya negara-negara islam seperti Syria. Kadangkala apa yang kita dengar atau baca di berita tidak sama dengan realiti. Jadi buku ini banyak memberi info mengenai hal itu.

Sebuah badan NGO diasaskan oleh Tuan Musa yang dinamakan Tangisan Syria Di Bumi Jordan. Semua penggerak badan ini terdiri dari pelajar Malaysia yang menuntut di Jordan. Sejujurnya saya tertarik dengan buku ini kerana rata-rata mereka bukanlah golongan yang kaya-raya. Tetapi mereka mampu menyediakan sekolah untuk Anak-Anak Syria dari sumbangan orang ramai terutama rakyat Malaysia.Kalian boleh tengok Sekolah Ini Di FB Tuan Musa. Banyak update beliau update disitu.

Pada pendapat saya, golongan muda seperti ini mampu memimpin remaja dan generasi akan datang untuk lebih empati kepada orang lain. Semoga dengan lahirnya buku ini dapat memimpin remaja kita ke arah yang lebih baik.

Good Job Tuan Musa and Team!

Salam Perjuangan,
MummyTiqa 💜

Tiada ulasan:

Catat Ulasan