Selasa, 7 Mac 2017

Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak Ibu Mertuaku

Assalamualaikum Wbt
Teks  : Nor Atiqah Hamidi

Alhamdullillah, saya berjaya masak Ikan Patin Masa tempoyak ikut cita rasa suami. Maklumlah walaupun asal Pahang, tapi jarang makan Ikan Patin. Sebelum ini pula macam tak yakin nak masak. 
Resepi ini dari Mak Mertua saya. Sememangnya lauk Ikan Patin Tempoyak masakan wajib bila saya dan suami balik Jerantut. Lagi pun Ikan Patin segar dari Sungai Pahang. Bertambah ummpphh. Jom kita layan resepi Gulai Masam Ikan Patin ini ye.
Bahan-bahan
  •  Ikan Patin - nak guna ayam pun boleh. 
  •  Tempoyak
  •  Cili Api
  •  Kunyit Hidup - yang serbuk pun boleh
  •  Daun Kesum

Cara Penyediaan
  • 📌 Basuh ikan bersih-bersih. Masuk dalam periuk. Masuk pula air separas ikan. Jangan banyak sangat. Nanti kuah cair, tak sedap. Nanti bila dah masak rasa kuah kurang, boleh tambah air. Dun worry. 


  • 📌 Masuk 4-5 sudu tempoyak dalam ikan. Kemudian kacau bagi sebati.
  • Tumbuk Cili api dan kunyit. Masukkan terus dalam periuk.
Dalam periuk ni, dah campur Kunyit hidup, Cili api dan tempoyak

Sila tumbuk. Kalau nak blender pun boleh. Tapi tak sedap.

  • 📌 Letak periuk atas api. Kacau kejap-kejap. Biarkan sampai mendidih. 
  • 📌 Masuk daun kesum.

  • 📌 Masuk garam sesedap rasa. Kuah masa ni dah pekat. Kalau cair tu, maknanya air banyak. 
  • 📌 Rasa. Kalau tak pedas, boleh tambah cili. Tak masam, boleh tambah tempoyak. 
  • Siap dan boleh hidang 



selamat mencuba.

Salam Sayang,
Mummy Tiqa





Tiada ulasan:

Catat Ulasan