Teks : Nor Atiqah Hamidi
Foto : Nor Atiqah Hamidi
Assalamualaikum WBT
Semalam, 10 Mac 2017 saya telah berjaya memecahkan satu tembok iaitu pergi ke kelas offline. mungkin untuk orang lain ianya biasa-biasa sahaja, tetapi untuk saya ianya suatu yang perlu diraikan kerana saya susah untuk keluar dan tinggalkan anak. Saya ada perasaan takut untuk tinggalkan anak saya walaupun bersama suami kerana Hana masih menyusu badan.
Saya pergi ke Bangi dengan kawan saya yang sama-sama menjual Blouse iaitu Ain. Kami sama-sama menjual Blouse Muslimah dan sama-sama WAHM. Jadi suatu yang berat untuk tinggalkan anak dirumah. Namun kami berjaya buat semalam. Beberapa hari sebelum itu kami sama-sama fikir apa yang patut dibuat untuk memastikan kami benar-benar bersedia untuk pergi kelas dan tinggalkan anak seketika. Kami pasakkan dalam hati, ALLAH ada. InsyaAllah ALLAH jaga anak dan suami kami.
Kami bergerak ke Bangi jam 8 pagi. Sampai dalam jam 8.45. Kami datang bertiga dengan seorang lagi rakan niaga Muslimah4u iaitu Ardziah. Semua semangat mahu menuntut ilmu dan mahu menyebarkan lagi Blouse Muslimah agar lebih dikenali. Kelas amat santai. Cikgu pun best. Saya akan ceritakan mengenai Kelas ini dientry akan datang.
Hana tidak mahu menyusu menggunakan botol. Itu sangat merisaukan saya pagi itu. Walaupun dia sudah makan, susu juga penting untuk dia. Tengah hari itu saya call suami. Katanya sudah beri susu menggunakan syringe. Lega hati saya. Makna nya suami boleh mencari solusi lain untuk memastikan Hana minum susu. Alhamdullillah. Dan bila pulang saya tengok susu habis 2 botol. Lagi sekali saya bersyukur kerana Allah jaga suami dan anak saya.
Malam ketika pulang, saya dan Ain tersesat. Sebenarnya kami tersalah jalan. Biasa lah jalan di KL ini. Salah simpang, ke mana ajelah Google Maps bawa kita pergi. Kesian Ain. Maaf ye Ain. Moga tak serik lagi ye nak tumpangkan saya ke kelas offline.
Sebelum ini saya banyak sertai kelas online. Bila dah pergi kelas offline, auranya lain macam. Kita boleh sedut seberapa banyak ilmu tanpa halangan. Benarlah kata orang, berguru secara berdepan lagi terasa auranya berbanding di alam maya. Jadi untuk kalian yang punya masa, pergi lah menuntut ilmu secara berdepan. Saya sudah, anda bila lagi? 😉
Terima kasih kerana membaca.
Kita jumpa di Entry akan datang.
Salam Sayang,
Mummy Tiqa 💜
Tiada ulasan:
Catat Ulasan