Khamis, 18 Mei 2017

Seronok ke Berniaga Dari Rumah?

Assalamualaikum WBT

Teks : Atiqah Hamidi

Sebelum berhenti kerja saya merasakan bisnes dan duduk rumah itu suatu yang best dan mudah. Ye la. Tak payah nak bangun pagi kelam kabut hantar anak ke rumah pengasuh, tak kena hadap jem, tak perlu berkejar jalan laju-laju nak punch kad dan macam-macam lagi. Hakikatnya bergelar seoarang WAHM sangat mencabar. Lagi bila anak sedang membesar.

Bila bekerja kita hanya fokus pada kerja dan pulang kerumah jam 5. Tidak perlu fikir pukul berapa nak mandikan anak, nak masak makanan anak, nak update status pukul berapa dan sebagainya. Disinilah pentingnya pengurusan masa. Langkah terbaik tetapkan satu jadual yang MESTI kita patuhi supaya semua perkara berjalan dengan lancar dan teratur.

Lumrah manusia adakalanya semangat tinggi meroket dan tiba-tiba semangat jatuh merudum. Seingat saya hampir 2 kali saya mengalami fasa down ini. Lagi sekali pentingnya rakan-rakan yang boleh naikkan kembali semangat kita. Walaupun hanya dalam medium Whatsapp dan Telegram. Namun sedikit sebanyak dapat membantu menaikkan kembali semangat kita.

Jangan tak tahu ye ramai sudah suri dari rumah yang berjaya pegang tittle JUTAWAN. Contoh Puan Dila Mubarak founder Mamadil, Puan Erna founder Dexandra, Puan Eida Hassan founder Ehps, Puan Fellina founder Raffelinna. Semuanya bermula dari bisnes kecail kemudian berkembang menjadi besar dan alhamdullillah berjaya. Jadikan semangat dan kekuatan mereka sebagai dorongan untuk kita berjaya dimasa akan datang.

Bisnes online sekarang sudah mudah. Pelbagai medium boleh diteroka. Untuk permulaan kita boleh pilih yang free cost seperti Facebook, Instagram, Blog, Wechat dan sebagainya. Bisnes itu mudah bila kita ada ilmu. Jadi bila sudah sudah ada wang yang cukup boleh masuk kelas marketing sama ada yang berbayar atau free. Banyak kelas marketing yang ada untuk kita tingkatkan ilmu dan tambah lebih pendapatan. 

Itu sahaja untuk kali ini.
Jumpa lagi di entry akan datang.

Salam Sayang,
Mummy Tiqa 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan