Isnin, 22 Mei 2017

Dodol Gula Kabung Kak Mahani

Teks : Nor Atiqah Hamidi
Foto : Nor Atiqah Hamidi



Dodol adalah makanan tradisi masyarakat Melayu sejak zaman dahulu lagi. Terdapat berbagai jenis dodol adalah dalam pasaran Malaysia. Kali ini saya mahu cerita mengenai Dodol Gula Kabung Kak Mahani. Dodol ini dihasilkan oleh mak mertua saya iaitu Puan Maharani di Jerantut Pahang. 

Di Pahang gula kabung adalah pemanis yang sering digunakan seperti mana Gula Melaka yang ada di Melaka. Gula Kabung diperolehi dari nira pokok kabung. Rasa gula kabung dan gula melaka adalah beza sama sekali. Harga gula kabung juga berbeza mengikut tempat dan lokasi.



Bahan utama yang digunakan untuk membuat dodol adalah beras pulut, santan dan gula kabung. Masih menggunakan kaedah tradisional dalam proses mengacau dodol. Saya pernah tanya kepada Mak untuk menggunakan mesin dan Mak jawab mesin dodol tidak dapat kacau dodol hingga ke bawah kuali dan boleh menyebabkan dodol hangit. Kebiasaannya masa yang diperlukan adalah sekitar 2 jam dan keatas bergantung pada berat dodol yang dibuat.

Keistimewaan Dodol Gula Kabung Kak Mahani adalah tiada pengawet. Jadi rasa masih asli namun tidak boleh bertahan lama. Jangka masa Dodol sekitar 4 ke 5 hari sahaja. Selalunya tak sampai 4 hari sudah habis dimakan kerana tekstur dodol yang lembut dan mudah dikunyah membuatkan sesiapa yang makan tidak boleh berhenti. 



Nak tahu lebih lanjut boleh tengok di sini - https://www.facebook.com/DodolGulaKabungKakMahani/ 

Nak tempah Dodol Gula Kabung Kak Mahani untuk lebaran boleh terus berhubuung dengan 
Encik Izzul. Whatsapp 013-7783023

Tiada ulasan:

Catat Ulasan