Jumaat, 19 Mei 2017

Mak.. I LOVE YOU

Teks : Nor Atiqah Hamidi

Assalamualaikum WBT

Rasanya baru beberapa hari lepas kita sambut Hari Ibu. Hari untuk mengenang dan memperingati jasa pengorbanan seorang ibu. Saya masih punya Mak. Mak saya seorang guru. Dalam banyak-banyak kenangan dengan Mak ada satu kenangan yang saya tak boleh lupa sampai bila-bila. Ketika Mak disahkan menghidap Kanser Rahim pada tahun 2015.

Ketika itu saya masih di Pasir Gudang dan bekerja. Mak datang bersama Abah dan adik untuk ke kenduri saudara kami. Ketika dalam perjalanan, tiba-tiba Mak mengadu sakit perut. Kami segera ke klinik berhampiran dan diberitahu Mak ada gastrik. Kami terus pulang dan Mak masih sakit perut. Kemudian Mak terus ke Hospital Kluang untuk terima rawatan lanjut. 

Ketika itu saya dah pelik. Tapi disebabkan saya tiada background medical, susah untuk teka apa puncanya dan kenapa. Hinggalah suatu hari saya singgah di satu klinik untuk jumpa doktor. Mahu google pun tak tahu nak google apa. Cerita dan cerita akhirnya doktor bagitahu Mak MUNGKIN ada kanser. Saya terkejut dan dalam perjalanan balik saya menangis. Saya call suami dan suami kata apa-apa kita tunggu Mak kata apa. Jangan buat andaian sendiri. Dan selepas itu Mak senyap dan saya anggap andaian doktor itu salah.

Hinggalah suatu hari Mak bagitahu doktor Hospital Kluang dah confirmkan Mak ada Kanser Hati tahap 4. Remuk luluh hati saya. Betul lah tekaan doktor hari itu. Tak lama lepas tu Mak call lagi bagitahu yang sebenarnya Mak ada Kanser Rahim dan sel kanser dah merebak ke hati. Satu tarikh diberi untuk buat pembedahan dan selepas pembedahan Mak akan buat rawatan Chemoteraphy pula.

Saya lihat Mak tak sedih. Apa yang Mak cakap ketika itu adalah 
'Dah lama Allah bagi nikmat sihat. Kali ni Allah bagi sakit pula.Terima je la. Nak sedih buat apa. Lagi ramai orang kat luar tu yang Allah uji.'

ALLAH. Kuatnya Mak.

Ketika ini adik saya tidak tahu perihal Mak. Hinggalah bila Mak check-in di HSI barulah adik saya diberitahu. Ketika ini adik saya dua orang di KL sambung belajar dan lagi 2 masih bersekolah. Kami 5 beradik. Adik saya di IMU ambil cuti dua minggu untuk jaga Mak lepas pembedahan. Setiap hari saya akan lawat Mak dan adik. Hampir dua minggu Mak di HSI sebelum dibenarkan pulang. 

Perjalanan kanser Mak belum berakhir lagi selepas keseluruhan rahim terpaksa dibuang lantaran disitulah punca kanser. Mak kena buat chemotheraphy pula selepas itu. Pengalaman lihat Mak chemotheraphy saya tulis dientry yang lain ya..

Sayangilah Mak sementara kita masih ada Mak.
Mak adalah syurga kita didunia. 

Selamat hari Ibu untuk Ibu-Ibu sekalian.

Salam Sayang,
MummyTiqa


1 ulasan:

  1. Ironhead.Titanium Rocks & Bones - Titsanium Arts
    The Ironhead.Titanium Rocks ford edge titanium for sale & where to buy titanium trim Bones offers all natural wood tones and titanium chloride tones, 2020 edge titanium from golden to black and blue and with its sophisticated head and titanium rings a great

    BalasPadam