Teks : Nor Atiqah Hamidi
Dalam islam doa amat ditekankan supaya kita meletakkan pengharapan ke atas ALLAH SWT. Begitu juga dalam penyusuan. Setiap titis susu ibu yang mengalir semuanya datang dari ALLAH. Itu adalah rezeki anak dari ALLAH. Berapa oz yang ibu-ibu dapat ketika mengepam itulah rezeki anak untuk hari itu. Jangan membanding kuantiti susu yang ibu-ibu peroleh dengan ibu-ibu yang lain. Setiap orang rezekinya sudah ditentukan. Cuma kita boleh berdoa semoga rezeki susu untuk anak kita cukup untuk pembesarannya.
Antara doa dan zikir yang boleh diamalkan :
- Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalanan penyusuanku agar dapat menuruti segala yang telah Engkau syariatkan. Ya Allah, seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini, penuhilah ia dengan rahmatMU dan keberkatan disisiMU. Semoga dengan keberkatanMU, susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang untuk anakku.
- Zikir Ya Mattin sebanyak 70x pada setiap malam dan subuh. Hembuskan pada air dan dibuat minum.
- Membaca surah Al-Hujurat dan surah Al-Kauthar. Kedua surah ini dijadikan amalan ketika ibu mengandung dan boleh diteruskan selepas kelahiran dengan niat semoga Allah memurahkan rezeki anak.
- Membaca ayat dari surah Al-Baqarah, ayat 60.
Maksud ayat : " Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman : "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air, Sesungguhnya tiap-tiap satu puak (diantara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan kami berfirman) : " Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi.
- Membaca ayat 72-73 dari Surah Yaasin
- Amalkan Solat Sunat Dhuha. Berdoalah disujud yang terakhir.
Jika tidak berkesempatan untuk solat sunat, cukuplah sekadar berdoa dengan doa dhuha ini.
Marilah kita bersama-sama mengamalkan doa ini supaya kita sebagai ibu diberikan kekuatan untuk menyempurnakan penyusuan susu ibu selama 2 tahun. Selamat beramal ibu-ibu..
Salam Sayang,
Nor Atiqah Hamidi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan