Teks : Nor Atiqah Hamidi
Saya adalah seorang yang sangat suka membeli baju. Baju yang saya suka beli adalah dalam lingkungan RM20-RM60. Bergantung kepada corak dan rekaan. Tetapi untuk Muslimah, corak dan rekaan baju di pusat beli belah terkenal agak terhad. Sebahagiannya tidak sesuai untuk Muslimah. Adakalanya penuh dengan gambar kartun. Jadi atas dasar inilah saya menjual T-shirt Muslimah.
T-shirt Muslimah ini sesuai digayakan untuk sesiapa sahaja. Tidak kira usia, tua mahupun muda. Kepesatan teknologi menyebabkan corak dan rekaannya sentiasa berubah. Jadi, t-shirt Muslimah ini tidak ketinggalan zaman. Malah ianya sesuai disuaipadankan dengan skirt mahupun jeans.
Untuk ibu-ibu yang menyusukan anak, t-shirt Muslimah juga didatangkan dengan rekaan yang sesuai untuk anda. Jadi anda boleh bergaya disamping memenuhi keperluan menyusu anak walaupun anda berada diluar. Saya sendiri memiliki beberapa helai t-shirt Muslimah menyusu ini. Amat mudah. Masih menutup aurat ketika anda menyusukan anak.
Saya mula mengenal t-shirt muslimah ini sejak 2012 lagi. Sewaktu itu tidak banyak jenama lagi. Jadi pilihan untuk membeli agak terhad. Ketika memasuki 2013, sudah banyak jenama t-shirt Muslimah dipasaran. Walaupun anda kurang melihat di pusat beli belah terkemuka, mereka ini aktif menjual dalam talian (online). Ini akan memudahkan anda untuk membeli tanpa perlu pergi ke pusat beli belah atau kedai. Hanya duduk dihadapan laptop atau smartphone dan beli. Saya sendiri mula membeli dalam talian. Ini kerana kekangan masa menyebabkan membeli secara dalam talian adalah pilihan saya.
Saya menjual untuk memartabatkan fesyen wanita Muslimah di Malaysia amnya dan didunia khususnya. Saya mengerti sebahagian anda berpendapat t-shirt Muslimah ini harganya agak mahal. Tetapi lihatlah dari sudut yang lain juga. Kain yang digunakan berkualiti. T-shirt juga labuh menutupi punggung. Warna dan rekaan juga menarik. Jahitan kemas dan cantik. Pada saya berpada dengan harga yang ditawarkan.
Dalam al-Quran Allah berfirman: (maksudnya)“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan jilbab (pakaian) mereka ke atas tubuh mereka; cara yang demikian untuk mereka lebih dikenali (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”. (Surah al-Ahzab, ayat 59).Saranan untuk menutup aurat terkandung didalam Al-quran. Jadi kita sebagai hambanya hendaklah mematuhi perintah Allah agar kita disayangi dan dirahmati. Tujuan artikel ini bukan untuk melariskan jualan, tetapi ingin membuka mata Muslimah-muslimah diluar sana mengenai Baju T-shirt Muslimah yang sangat sesuai untuk anda. Harga yang berpatutan. Seiring dengan fesyen wanita Muslimah. Masih kekal bergaya walaupun menutup aurat. Itulah tujuan sebenar saya menjual t-shirt Muslimah. Saya berharap usaha saya menjual t-shirt Muslimah diterima dengan baik oleh Muslimah-Muslimah di Malaysia amnya dan seluruh dunia khususnya. Semoga dengan ini dapat memberikan pahala yang berterusan untuk saya bawa ke akhirat nanti. Insyaallah..
Salam Sayang,
Nor Atiqah Hamidi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan