Teks : Nor Atiqah Hamidi
Pam susu menrupakan satu gadjet yang amat penting dalam menjayakan penyusuan susu ibu. Entry kali ini saya akan senaraikan mengapa saya membeli Medela Freestyle yang menjadi idaman hati ibu-ibu di luar sana. Saya faham pam susu ini adalah antara pam susu yang mahal, tetapi percayalah cakap saya pam ini akan memberi anda motivasi dan semangat juang yang tinggi untuk menyusukan anak anda. Selama 9 bulan kehamilan, anda boleh mengumpul wang sedikit demi sedikit untuk membeli pam idaman hati ini. Bak kata pepatah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit.
Medela Freestyle ini merupakan double breastpump (pam berganda). Melalui entry saya yang lepas, saya telah menerangkan serba sedikit mengenai pam susu. Kali ini saya akan menerangkan dengan lebih lanjut mengenai Medela Freestyle. Medela Freestyle merupakan pam bergred hospital dan tahan untuk ibu-ibu yang ekslusif pam sahaja. Maksud ekslusif pam disini adalah ibu tersebut akan mengepam sahaja tanpa memberi secara terus kerana masalah tertentu.
Dalam set Medela Freestyle ini didatangkan sekali dengan set bag yang sangat cantik yang dikenali dengan Medela Citystyle. Jadi, ibu-ibu tidak perlu membeli cooler bag yang lain. Hanya gunakan cooler bag ini sahaja.
Medela Citystyle |
Medela Freestyle juga didatangkan dengan handsfree kits. Inilah faktor utama mengapa pam ini digelar freestyle. Handsfree kits ini digunakan untuk mengepam tanpa perlu ibu-ibu untuk memegang botol. Selain itu juga ianya berguna ketika ibu-ibu mengepam di meja. Ini membolehkan ibu-ibu mengepam sambil membuat kerja. Hanya gunakan selendang atau tudang untuk menutup bahagian dada. Jadi ibu-ibu tidak perlu pergi ke surau atau pantry untuk mengepam. Hanya duduk di tempat dan pam.
Medela Freestyle Handsfree Kits |
Selain itu juga, Medela Freestyle ini juga mempunyai baterinya sendiri. Melalui pengalaman saya, bateri ini boleh bertahan sehingga seminggu untuk ibu-ibu yang mengepam 3 atau 4 kali sehari selama 15-20 minit. Ini tidak termasuk jika ibu-ibu melakukan power pumping. Ibu-ibu hanya perlu mengecas bateri seperti mengecas telefon bimbit. Selalunya bateri akan penuh 2-3 jam. Selain itu juga, pam yang mempunyai baterinya sendiri ini amat memudahkan kerana tidak perlu bergantung kepada punca kuasa elektrik. Misalnya jika tempat kerja ibu-ibu jauh dari rumah, ibu-ibu boleh mengepam sambil memandu. Malah boleh mengepam ketika membuat kerja rumah.
Medla Freestyle juga boleh digunakan sebagai single pump. Saya selalu menjadikan pam saya sebagai single pump ketika saya melakukan tandem nursing dengan Eryna. Sebelah payudara saya menyusukan Eryna, sebelah lagi saya pam. Ini bagi memastikan payudara menghasilkan susu dengan lebih banyak bergantung kepada keperluan. Selain itu juga Medela Freestyle juga didatangkan dengan parts kit, connectors, personal fits saiz M dan L dan tubing untuk mengepam.
Bahagian yang terdapat dalam Medela Freestyle |
Dibawah ini saya senaraikan kedai-kedai online yang menjual Medela Freestyle secara ansuran atau melalui kumpulan kutu. Kedai-kedai ini juga mejual pam jenama lain.
- https://www.facebook.com/DrHanaBreastpumpCorner
- https://www.facebook.com/360shoppe
- Adelia's mom and baby house
- https://www.facebook.com/media/set/?set=a.367601106656663.89570.122219631194813&type=3
- https://www.facebook.com/emma.novianty
Ibu-ibu juga harus menitikberatkan kebersihan parts kits. Ini kerana parts kits merupakan alatan mengepam yang paling utama untuk Medela Freestyle. Cara-cara untuk membersihkan pam ini adalah seperti berikut ;
- Jangan biarkan parts kits ibu-ibu direndam. Ianya tidak perlu direndam
- Jangan terus menyimpan parts kits ibu didalam fridge/cooler bag selepas mengepam. Ianya mestilah dibasuh terlebih dahulu sebelum disimpan. Ini bagi mengelakkan susu yang tinggal membeku lalu menyebabkan parts kits ibu-ibu rosak.
- Jangan biarkan parts kits ibu-ibu tidak dibasuh semalaman. Seharusnya kebersihan mestilah dititikberatkan apabila sudah menjadi ibu.
- Apabila pulang ke rumah, basuhlah parts kits ibu-ibu dengan air suam bersabun. Untuk mencuci celahan pats kits tersebut, ibu-ibu haruslah menggunakan berus gigi 'extra soft'.
Medela Freestyle Parts Kits |
Salam Sayang,
Nor Atiqah Hamidi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan