Ramai ibu-ibu sering bertanya soalan-soalan ini kepada diri sendiri. Antaranya
- Ada ke susu badan aku ni?
- Cukup ke susu badan untuk anak nanti?
- Macam mana nak susukan anak nnti?
- Ada ke orang yang berjaya susukan anak hingga 2 tahun?
- Macam mana nak pastikan susu cukup masa pergi kerja?
Persoalan-persoalan di atas sering ditanya oleh ibu-ibu terutama yang mengandung anak sulung. Tidak semua, mungkin satu atau dua akan terdetik dibenak. Betul tak ibu-ibu?. Jadi, bagaimana kita hendak mengakis persoalan tersebut?. Saya senaraikan kenapa saya memilih susu badan untuk Eryna.
- Saranan Al-Quran. Al-Quran menganjurkan para ibu untuk menyusukan bayi sebaik-baiknya hingga berusia 2 tahun.
" Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap. Iaitu bagi orang yang hendak meyempurnakan penyusuan itu" (Surah Al-Baqarah : Ayat 233)
- Susu ibu adalah hak anak. Dan hak anak itu hendaklah ditunaikan. Jangan mudah menyerah kalah andai susu anda kurang dihari-hari pertama kelahirannya. Ini kerana susu akan banyak terhasil pada hari ketiga kelahiran. Dalami ilmu penyusuan susu ibu dari fasa kehamilan lagi.
- Ikatan kasih sayang yang amat erat diantara anak dan ibu. Bayi akan berasa selesa dalam dakapan ibunya. Ini akan menyebabkan anda mengalami masalah kuranh tidur. Tidak mengapa wahai ibu-ibu. Masalah ini hanya bersifat sementara. Tidurlah semasa bayi anda tidur.
- Jawapan saya yang teakhir ini mungkin boleh menyebabkan anda tersenyum. Penyusuan susu ibu ini menjimatkan dari segi kewangan. Maaf ye ibu-ibu. Saya memang tidak pernah membeli susu formula. Jadi, saya tidak tahu berapa harga satu tin susu formula. Ini kerana saya tidak mahu mengalah dengan susu formula andai susu saya kurang. Banyak cara dan tips yang boleh digunapakai andai susu anda merosot.
- Saya mahu membuktikan pada masyarakat yang ibu bekerja juga boleh menyusukan anak. Ini kerana kebanyakkan ibu bekerja akan memberi susu formula ketika ibu bekerja dan memberi susu badan ketika anak dirumah. Ada juga ibu yang hanya memberi susu badan sehingga 6 bulan dan seterusnya memberi susu formula. Saya mahu ubah mentaliti ini.
Ini merupakan sebahagian dari mengapa saya memilih susu ibu. Mungkin ibu-ibu yang lain mempunyai sebab yang tesendiri. Walau apa pun sebabnya, percayalah tujuan kita hanya satu. Iaitu memberi makanan semulajadi yang terbaik untuk anak. Semoga ibu-ibu terus memberi susu badan kepada anakanda tersayang.
Salam Sayang,
Nor Atiqah Hamidi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan