Teks : Nor Atiqah Hamidi
Ketika usia kehamilan mencecah 4 bulan, saya mula mencari barang keperluan kelahiran. Pada masa ini, saya tidak mengambil kisah mengenai penyusuan susu ibu. Sehinggalah pada suatu hari, ketika melayari internet saya secara tidak sengaja menjumpai satu forum yang sangat menarik bercerita mengenai menyusukan bayi kali pertama. Setelah itu barulah saya tahu ilmu mengenai susu ibu ini hendaklah dicari bukan ianya datang sendiri.
Pernahkah anda terfikir bahawa susu ibu adalah perkara terpenting pada bayi yang baru dilahirkan. Bukan baju, bukan juga aksesori yang mahal. Ini kerana susu ibu adalah makanan yang membesarkan bayi dan memberi khasiat yang tidak berbelah bahagi. Jadi, saya menyeru kepada ibu-ibu diluar sana carilah ilmu mengenai susu ibu ketika dalam fasa kehamilan lagi kerana ianya tidak akan datang dengan sendirinya. Berjumpalah dengan ibu-ibu yang berjaya menyusukan anak mereka.
Saya senaraikan apa yang perlu ibu-ibu buat sebelum dan selepas kelahiran untuk menjayakan penyusuan kali pertama setelah melahirkan.
Sebelum kelahiran bayi
- Sematkan dalam fikiran bahawa susu anda cukup untuk bayi. Jangan sesekali terlintas dalam fikiran untuk membeli susu formula, botol susu dan puting kosong. Ini akan membuatkan anda mudah patah semangat untuk meyusukan bayi anda. Ini yang saya buat dan saya berjaya.
- Cuci puting anda setiap kali semasa mandi. Jangan letak sabun di kawasan tersebut semasa anda mandi. Ini kerana puting amat sensitif ketika hamil.
- Ceritakan niat anda untuk menyusukan bayi anda kepada suami anda. Ini kerana suami adalah tulang belakang dalam menjayakan penyusuan susu ibu. Ceritakan juga kepada ibubapa anda, ibubapa mertua dan rakan anda untuk mendapat sokongan.
- Beli keperluan untuk menyusu seperti nursing bra, nipple cream. Ini akan membuatkan anda lebih bersedia untuk menyusukan bayi anda. Saya akan ceritakan mengenai nursing bra dan nipple cream di entry yang lain.
Selepas kelahiran
- Susukan bayi anda secepat mungkin selepas kelahiran. Hisapan bayi dapat memberi ransangan kepada payudara untuk menghasilkan kolostrum yang merupakan makanan pertama bayi. Kolostrum mengandungi protein, vitamin A dan E. Ia juga penting untuk mengelakkan bayi dari terkena demam kuning (jaundice)
- Pelajari teknik lekapan dan meyusu yang betul. Jangan malu untuk bertanya kepada jururawat. Belajar juga posisi meyusu secara baring. Ini memudahkan penyusuan ketika waktu malam
Teknik lekapan yang betul |
- Susukan bayi setiap 2 jam. Ini kerana susu ibu mudah dihadam dan akan menyebabkan bayi anda cepat lapar. Jangan mudah mengalah untuk memberi susu formula, air masak dan sebagainya. Susukan bayi anda dengan susu ibu sahaja. Ini juga penting untuk mengelakkan bayi dari mendapat demam kuning.
- Banyakkan minum air masak sepanjang dalam pantang. Ada sebahagian yang berpendapat minum air masak dalam kuantiti yang banyak semasa pantang akan menyebabkan perut buncit atau rahim bengkak. Teori tersebut salah sama sekali. Tegaskan pada mereka bahawa anda memerlukan air sebanyak 3 liter dalam sehari untuk memastikan badan anda tidak kekurangan air untuk penghasilan susu. Dengan meminum banyak air dapat mengelakkan anda dari sembelit.
Ini cuma sebahagian dari pengalaman dan pengetahuan yang telah saya aplikasikan. Jika anda melayari internet, banyak lagi tips yang boleh anda aplikasikan. Semoga ianya bermanafaat kepada anda.
Salam Sayang,
Nor Atiqah Hamidi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan