Assalamualaikum
Teks : Nor Atiqah Hamidi
Bulan Julai 2016 suami ada kerja di Labuan. Masa tu harga minyak dunia tengah turun. Banyak pelantar minyak diberhentikan operasi dan tiada pelantar minyak baru dibina. Ketika ini ramai pekerja Oil&Gas terkesan. Termasuklah keluarga kecil saya. Tapi kami bersyukur suami masih ada kerja walaupun terpaksa berjauhan seketika.
Bila dah duduk rumah kalau boleh kita nak ikut ke mana suami pergi je kan. Ibaratnya tak mahu berpisah. Tapi untuk kes saya, suami duduk di Labuan bersama rakan-rakan. Jadi untuk sewa rumah dan tinggalkan rumah sekarang agak payah. Jadi keputusan terbaik adalah duduk sahaja disini. Suami akan pulang ke KL setiap 2 minggu.
Mulanya agak susah kami tiga beranak mahu menyesuaikan diri. Terutama Eryna, anak sulung saya. Eryna agak rapat dengan suami semenjak Hana lahir. Bila suami tiada dirumah dia akan cari. Minggu pertama kami berjauhan, Eryna dan Hana demam. Tak lama kemudian saya pula demam. Ingatkan mampu bertahan di rumah sendiri. Tapi tak cukup kental. Selepas itu kami tinggal di rumah keluarga saya di Kluang.
Saya bertahan selama sebulan di Kluang. Hati meronta mahu balik KL. Akhirnya satu keputusan dibuat. Saya mahu balik KL memandangkan ketika itu suami tidak boleh cuti lama. Balik hari Jumaat dan terbang ke Labuan semual hari Ahad. Saya balik KL.
Kali ini saya doa sungguh-sungguh pada Allah agar diberi kekuatan kepada saya dan anak-anak. Saya doa juga agar keselamatan kami dilindungi sentiasa. Saya pasakkan Allah tempat meminta. Hanya Allah. Alhamdullillah segalanya berjalan lancar. Walaupun anak-anak cari suami, namun mereka boleh faham yang Ayah kerja jauh,
Saya ada satu masalah ketika itu. Iaitu hendak keluar rumah. Kancil saya sudah tidak boleh bergerak lantaran ada masalah pada enjin. Otak ligat berfikir macam mana nak keluar juga walaupun tanpa kenderaan. Tiba-tiba Allah datangkan ilham. Naik Uber. Ketika itu servis Uber sedang popular. Tambahan lagi di KL Uber senang dapat. Hari pertama saya naik Uber pergi Tesco Ampang. Tambang RM4 dari rumah. Murah kan? Kereta pun selesa. Alhamdullillah selesai satu masalah. Balik dari Tesco pun naik Uber. Tapi kali ini tersesat pula. Tak apalah. Asalkan sampai rumah.
Seingat saya, adalah dua ke tiga kali kami naik Uber. Hinggalah suatu hari saya demam. Terus melepek. Dengan muka tak malunya saya terus pergi rumah Acik Syima, jiran depan rumah untuk bawakkan ke klinik. Sebelum ni memang Acik Syima banyak kali bagitahu jika kami mahu pegi mana-mana bagitahu saja. Tapi saya yang segan. Haha. Selepas balik dari klinik, rehat dan makan ubat. Alhamdullillah demam kebah. Selepas itu, jika saya mahu pergi Tesco Acik Syima yang bawakan. Segan juga sebenarnya. Tapi dalam masa yang sama saya bersyukur Allah bagi jiran yang baik untuk saya dan anak-anak.
Benda baru yang saya explore ketika PJJ adalah Foodpanda. Apa tu? Foodpanda adalah servis penghantaran makanan dari kedai ke rumah. Ada apps. Boleh tengok dalam Google Play dan Apps Store. Menariknya macam-macam kedai makan apa. Western, Arab, Makanan Melayu semua lah ada. Nasi lemak pun ada. Banyak kali juga saya guna apps ni. Terutama bila mood malas masak itu datang. Seronok tau. Lagi satu saya tahu servis penghantaran Burger ke rumah. Burger sedap bak hang. Bila runner hantar burger panas lagi. Tu la antara benda baru yang saya explore bila suami tak ada.
Pengalaman PJJ kali ini agak mencabar dari segi fizikal dan mental. Sejujurnya sangat mencabar. Kali ini saya ada dengan anak-anak 24 jam. Tambahan pula anak-anak sedang membesar. Kesabaran dan ketabahan kena letak paling atas. Saya tak keluar rumah. Jadi sebagai alternatif anak-anak akan ada aktiviti mereka seperti mandi kolam di luar rumah. Sekurang-kurangnya tak adalah terperuk sangat. Bila ke Tesco, saya akan bagi Eryna untuk main playgroud. Selalunya dalam 1 jam. Bagi dia peluang untuk bermain. Balik rumah tak adalah meragam sangat.
Akhirnya pada bulan Januari 2017, tamatlah kerja suami di Labuan. Alhamdullillah kami berjaya harungi PJJ kali ini dengan baik. Jadi untuk anda yang masih PJJ, tanamkan dalam diri
AKU ADA ALLAH. ALLAH JAGA AKU DAN ANAK. Letakkan pengharapan 100% kepada Allah. InsyaAllah semuanya akan baik-baik saja.
Terima kasih kerana membaca.
Jumpa Lagi.
Salam Sayang
Mummy Tiqa 💜